Followers

sugardaddy saya

Sunday, 13 May 2012

First "HoneyMoon" #BHG 2

On my last entry aku ada cakap bahan ujikaji atau eksperiment . Dah taktahu nak buat apa, dah fitrah orang pompuan, tugasnya memasak, so aku pon tak terkecuali. Masak je, entah sedap entah tak, belakang cerita janji habis sebab laporrr. Itu yang penting.

Spaggheti goreng with coctail. Abaikan gelas tu sebab aku memang suka kumpul benda yang comel2.
Nak dijadikan cerita, nak goreng spaggheti ni punyalah azab sebab tak ingat macam mana caranya. Last buat spaggheti ni masa form 4 ke form 5 dulu tak silap. Selalu tinggal ngap je. Entah macam mana terbukak hati nak buat ni Allah je yang tahu. Kira first attempt lah ni setelah sekian lama skill berkepuk.

Oleh kerana aku ni peminat sambal yang tegar, asal boleh pedas lagi aku sumbat, makanya cili aku letak sesuka hati aku banyaknya. Last2 terlebih cili pedas ya amat. So, nak consider failure ke tak tu, tak tahu lah nak comment macam mana. Lepas tu aku malas nak buat lagi dah. Merajuk sekejap.

Tapi coctail tu favorite aku. Lemak2 manis gitu. Rasanya bebudak darjah 6 pon pandai buat kot. Sebab senang sangat. Pejam mata pon boleh. Okay itu melampau. Tipu je yang pejam mata tu. Tapi kalau buat banyak2 aku tak berani lah sebab takut tak sedap. Wehee. Warning dulu.

Ayam Masak Sambal.
Yang ni aku terkejut jugak dengan hasilnya. I didn't expect the taste's gonna be like that. Bagi aku, sedap. Eie. Gediknya sendiri kata sedap. Menyampah! Sebab batak lagi kan, second attempt ni kira succeed . Mak oi. Lapor lah pulakk. Aku masak ayam ni berapa ketul je sebab takut tak jadi. So, tawakal jelah. Last2 menjadi pulak.

Bukti succeed, malam bila aku nak turun makan, betul2 tinggal seketul je ayam. Aku tak sempat nak sebat drumstik ayam yang aku dah chop dulu tu. Mesti Si gemok punya pasal lah! Siapa lagi yang pelahap makanan dalam rumah ni. Next time kalau rajin, nak buat lagi. KALAU.

Roti telur
Yang ni simple je. Mungkin ada yang tak tahu, aku bukan lah peminat telur, dalam erti kata lain, aku tak makan telur. Tapi hanya roti ni je yang digayakan bersama telur begini je  yang aku makan. Kira tekak boleh terima kehadiran telur tu dengan cara begini lah.

Bukanlah dari dulu aku tak makan telur. Dulu aku memang tak berkira dengan telur. Tapi sejak umur aku 10 tahun rasanya aku stop ambil telur. Sebabnya macam bodoh2 je, dulu aku tak makan kuning telur, aku makan yang putih telur je, at last aku dapat tahu bila telur tu jadi anak ayam, yang kuning tu isinya, yang putih tu soon akan jadi bulu ayam, memang tak lah aku nak makan lagi. Memang masa tu aku budak, tapi effect sampai ke hari ni. Lagipon telur berbau lagi2 half-boiled tu. Kadang2 tak tahan bau, rasa loya. Tapi yang pelik, aku suka masak telur, cuma aku tak makan. Si gemok yang makan.

Springy noodles.
Yang ni third attempt. Ada yang tak percaya ke aku buat ni? Percayalahhh.. percayalahh aku yang masak benda ni. Seriousss aku tipu. Rasanya kalau aku masak mee ni esok berduyun kot mak2 orang nak masuk minang untuk anak laki dia. Okay overrrrrrrrrrr!

Memang tak lah aku yang masak. Itu mee dari Noodle station aku sebat. Makan sorang memang tak habis.

Okay aku update sendiri, lapar sendiri. Harus mencari makanan dibawah ni.

Hmm, rasanya korang kena abaikan explanation pasal telur tu. Tak matang langsung T_T

Jadi, inilah bahan ujikaji yang dinyatakan sebelum ni. Kecoh kan? Macam ayam bertelur riuh sekampung.

Ada mak sesiapa yang baca entry ni nak amek jadi menantu tak? Wehee.! gatelen kata yaya nanti! :P 

p/s: Rasanya sya dengan yaya dah boleh condemn kot baca entry pasal telur ni . Hmm, gasaklah korang. Jangan tanya lagi kenapa HD tak makan telur. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...