Followers

sugardaddy saya

Sunday, 13 May 2012

First "HoneyMoon" #BHG 1

First honeymoon membawa hint kepada my 'first' cuti sem. Budak baru lah katakan. Oleh kerana UITM memberi cuti kepada kami budak-budak diploma untuk menchillax kan minda, diri dan rohani makanya aku memilih untuk hanya bekerja dirumah sahaja. 

Rating pekerjaan paling tinggi dalam kalangan student era kini, TANAM ANGGUR. Boleh lah tahan kan.

Sesungguhnya bukanlah seorang dua saja yang tanya, "Tak kerja ke?" "Tak boring ke duduk rumah?". Cehh. tengok ayat tu 'Bukan sorang dua je yang tanya' berlagak macam retis ramai yang tanya 'What's your next project?' and si retis tu mula lah start 'okay i dah start blaa.. blaa.. blaa'.

Persoalan: Kenapa HD tanam anggur tapi dalam masa yang sama blog berhabuk.

Jawapan: Nak menulis ni kena ada point. Kena banyak dan betul-betul pikir baik buruk sama ada untuk diri sendiri waima orang lain. Bukan kau tulis setakat main tembak je. Even ada sesetengah orang  kata, aku tulis blog ni suka-suka je, isi masa lapang, cerita hal diri aku macam diari yang aku selalu tulis dalam buku masa sekolah dulu. Dari pendapat aku, diari mana ada orang bagi baca? kalau aku pon, takkan punya aku bagi orang baca diari aku. Agak2 kalau dah rasa puas makan kaki ayam cubalah. Cehh. tunjuk gangster :P Sebab blog ni senang je nak search dekat google. Unless kalau di private kan. Pepandai lah sendiri.

Bukan aku taknak update, cuma idea tu tak datang dan aku tak tahu nak merepek meraban apa dekat sini. Aku pon tak rajin blogwalking sekarang. So, aku lost. Hmm, bila pikir2 balik, macam segan je nak share dekat fesbuk :P 

Okay bagi menjawab segala persoalan apa aktiviti yang aku buat di rumah tercinta muahh muahh, banyak yang aku buat. Tapi ghupe bodoh2 jelah. 

Start bangun tidur, kadang2 aku online sampai ke tengahari, kalau datang mood rajin sesangat HD awesome tu, aku turun dapur panaskan dapur. What? PANASKAN? bukan bakar dapur. Orang kata Warm-up dapur gas and start ketuk2 kuali. Ketuk je. Masak idok. Lepas tu main game PS2 entah apa-apa game aku balun, sebat je. Cakap, membebel sorang2 kalau kalah. Erkk, macam takde motif je aku bagitahu semua ni kat sini T_T

Untuk asah skill masak, aku rasa, orang pompuan perlu cuma aku ni takdelah rajin mana. Untuk lebih simple, PEMALAS ke dapur. Pon aku tak lincah nak campak2 bahan dalam kuali. Tapi ada jugak lah effort untuk ke dapatkan title 'Bini mithali' yang semua pompuan dok idam2kan tu even aku tak kahwin lagi. GATAL!

Hmm. Hmm.. Hmm.. bagi aku masa untuk pikir patut tak patut aku masukkan segala bahan eksperimen aku.  Jumpa di next entry insyaAllah.

Ohya, dan oleh kerana dah lama tak bukak blog, aku rasa macam what the? loser gila aku tak tahu apa sebab blogger.com dah lain. Tu yang terkial-kial sikit nak tekan button ni silap tekan, button tu bukan. Kesimpulan, hal itu merupakan salah satu sebab yang mendorong aku untuk mengukuhkan lagi alasan 'MALAS BUAT ENTRY'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...