Followers

sugardaddy saya

Friday, 18 May 2012

First "HoneyMoon" #BHG4

Ni last #BHG. Boring tahu tajuk sama je. Type pon pejam mata T_T

*Kita selalu tipu pejam mata.

Keesokan harinya dah hangout dengan kawan2 kelas dulu, Gegelz kita ajak keluar pulak khamis tu. My roomate and my classmate. Si yaya dengan sya. Ada lagi gegelz kita yang tak duduk kl ni. Semua duduk luar kl. So, memang tak lah nak jumpa dekat kl ni. Melainkan kalau terbuka hati dorang nak turun sini.

Oleh kerana hanya kami bertiga je yang duduk dekat2, so dari berdua, bertiga lebih baik kan. Annoying statement ni T_T bertiga lebih baik lah, berdua lebih baik lah. Tapi ada jugak aku cakap gitu dekat orang lain.

Kami sepakat jumpa dekat Midvalley je. And lagi excited, naik train. Agak jakun jugak sebab aku jarang guna public transport. Even bas lagi lah, bas sekolah je aku pernah naik. Boleh kira sepanjang 18 tahun aku hidup ni, berapa kali je naik train. Lagi pon aku dengar rungutan dari kawan2 fb pasal public transport ni, sampai ada yang aku pernah perasan, nak naik RapidKL tu macam nak pergi melawat Yogjakarta! Gelak kaw2 aku depan lappy.

*Macam mana rasa naik RapidKL? Kita tak pernah rasa pon. Paling common, Bas Pacik Sani. Lagi up sikit, BAS PACIK SANI YANG ADA TV! Best wooahh

Dari pagi pukul 10 tunggu train, pukul 12 rasanya sampai sana. Train lewat. Masa tu aku terpikir, alangkah bagusnya kalau naik bullet train feeling2 Running Man. Bila Malaysia nak ada? Berdesup laju je. Takdelah asyik stop maybe nak save letrik kot? aku pon tak tahu. Jakun2.

Gambaran Bullet train.
Pendekkan cerita, aku dengan my roomate, Sya dari Shah Alam drop dekat rumah Sya pagi tu. Then we've took a cab untuk ke station Ktm tu. Rasanya kalau aku pergi sorang, memang tak jejak kot Mid tu. Sesat sampai ke Seremban rasanya. Selalu naik kereta je tak pepenah naik train bagai. Sooo Kampung T_T.

Sampai ke malam kami shopping, chillax, gossip, biasalah, dah biasa duduk sekali, sekali tak jumpa lama, macam2 cerita keluar. 

Common. Toilet. 
Yaya, aku tak boleh tahan betul. Sampai2 je nampak kitorang, terus lambai tangan riak excited, sambil terkedek2 lari dekat kitorang. Haha, yaya2, kelakar okay! :P

Them. Kiri my classmate, kanan my roomate. Yang belakang tu Bunga Mangga pengantin. How i'm supposed to spell that. Mangga? Manggar? :o


Promoter lelaki kat situ usha dari belakang. Jeles lettew

Ya Allah, rasanya kat sini je sempat ambik gambar. Tengok beg tu macam mana. 
Banyak masa dihabiskan dengan MENCUCI MATA merangkap MENCUCI PURSE. Itupun tak cukup lagi tu nak shopping. Kalau takde kekangan pitih, rasanya setiap kedai yang dimasuk, nak grab tak satu pon untuk setengah barang je! Memang menguji betul lah. Lepas ni nak keluar bawak kain, tutup mata.

Rasanya kalau dorang dah kahwin nanti, aku nak suggest dekat laki dorang kalau bawak dorang shopping, sila jadi tour guide manakala biar bininya ditutupkan matanya. Kalau tak, balik tinggal jam je dekat tangan rasanya. Baju seluar semua habis kena gadai.

Gedik.!

Spoiled! 

Yaya Punya.
Aku tak makan. Diet2! :P (tipu lagik)

Sempat jugak kami layan The Avengers yang memang gempak gila tu. Siap bergaduh2 lagi dalam panggung tu sebab berebutkan  Chris Evans si Captain america tu. 

Bye!
Balik rumah, macam semalamnya, terus terbongkang tak hengat apa. Serious, yang ni lagi teruk dari semalamnya. Sekurang2nya masa pergi Curve tu sempat jugak lah aku stay layan lappy sampai pukul 12, 1 pagi. Tapi tang shopping ni, memang tak hengat apa dah. The spirit has gone. Hilang, terbang bersama duitku. Ahh~

Tuesday, 15 May 2012

First "HoneyMoon" #BHG3

Selain dari makan tidur, jadi bibik yang tak bertauliah dekat rumah ni, aku ada buat kerja sampingan dimana kerja ni agak femes dikalangan muda mudi masa kini, MERAYAP. Wehee.

Agak eksaited terkinja-kinja sebenarnya bila kita dapat jumpa balik kengkawan kita masa sekolah dulu. Rasa muda je dengan dorang sebab teringat masa zaman sekolah2 dulu even sekarang ni pon takdelah tua mana. Over je lebih.

So, setelah lebih setahun tak berjumpa, we made a decision to hangout togetha! Betapa aku eksaited sesangat sampai dalam tidur pon asyik terjaga je sebab tak sabar nak tunggu hari esoknya yang we ollz nak hangout. Ingat nak ajak reramai tapi masing2 busy dengan hal masing2. What to do kan. Mana yang ada jelah kita menggedik.

Trust me, this is my first time i drove alone to shopping complex since i've got my license. Pergi Curve pulak tu kan. Selalu pergi Shah Alam je. Even drive ke Shah alam pon tak pernah sensorang. Selalu ada co-pilot disebelah which is siapa lagi kalau bukan my dad takpun ibu. Memula ibu macam tak percaya juga when i asked her whether can or not if i've borrowed her car for that day. Ibu siap perli lagi " Tahu ke jalan nak pergi sana tu?" and i'm just, what question is that. Daa. Tapi bila dah gedik2 dengan ibu, buat2 muka comel sikit walau tak comel pon, ibu kasi juga. Wahaa. Takde orang yang aku paling sayang dalam dunia ni selain ibu. Ibu yang first. Ayah kedua lah sebab ayah selalu kedekut je. Upps. Pacik Daud baca, naya aku.

Yang lagi extra challenge for me on that day masa nak outing tu, i've dropped my car at petrol station. Nak buat apa lagi, isi minyak lah. Nasib baik duit minyak ayah bagi. Kalau tak, habis kopak ahh aku T_T Ini paling aku takut sekali isi minyak, first time, isi minyak sensorang. Boleh kira rasanya 5 kali je kot aku pegang pam minyak tu. Memang peluh2 kat situ. Tapi buat2 cool. Ketaq lutut aku ni hah. Macam2 aku pikir. At last, aku berjaya isi dengan jayanya walau peluh2 jugak lah kat situ.

Silap kitorang keluar lambat haritu dalam pukul 11 kalau keluar awal sikit, boleh buat banyak aktiviti lagi. Kejap, aktiviti apa je yang kau nak buat dekat curve tu fiza oi . T_T Entah macam mana boleh lari script dari yang director beri, aku dengan tak semena-menanya jadi driver tak bertauliah untuk macik 2 orang tu. Si fanim dengan pinat. I've picked them up at school sebab dorang baru lepas ambil sijil spm dulu. Dah tua baru nak ambik. Lepas tu terus pecut ke Curve and tension jugak lah sebab bertembung dengan waktu orang office had their lunch. Jammed. Baru aku paham macam mana ayah drive bila balik kampung kalau jammed.

Sampai2 Curve dalam pukul 12 lebih, cari makan dulu. Lapor katanya..

Mak oi. Spoiled sorang akak tu pegang plastik guardian. Choi!
Pinat kata nak Window Shopping je, 'Window SHOPPING" okay? paham?

Dengan fanim tunggu Yana dengan Hafiz si pengantin tu. Macik dengan Pacik tu lambat!
Lepas dah 'window shopping' yang tak berapa nak window tu, we've decided nak main bowling instead of watch a movie. Alasannya, kalau tengok movie tak boleh gossip2. Biasalah, lumrah orang pompuan kan. Apa je ada kat Curve ni kalau tak bowling, nak karok, suara macam katak puru. Kami sedar tu sebab tu kami pilih bowling walau ke longkang tempat favorite bola tu nak roll.

Macam confident je kunun boleh ganti Shalin Zulkifli tapi nan hado. Ilusi tak menggambarkan realiti.
Tengok jari tu. Position my fingers pon tak betui berangan ada hati nak feeling2 Shalin konon.

Ini Yana. Penat tekan bell rumah dia last2 dia kata bell rumah dia rosak.
Patut tak patut? Aku dah taktahu nak cakap apa dia kata bell rumah dia rosak. Gelak terbahak2 kat situ jugak. Nasib baik lah tak tunggu macik ni lama2 kat rumah dia. Tidur mati ghupanya.

Aku redha aku paling rendah. Dulu dan sekarang.
Ye. Aku paling rendah dulu dalam kelas. Cehh! Dah, main jejauh sana!

Dulu dia supplier stok korea saya masa sekolah.

Holding a camera, Pinat @ibu. Saja je panggil dia ibu sebab dia nampak matured.
Next time, nak kumpul reramai lagi taw!
Balik rumah aku terus terbongkang dah tak hengat apa sebab penat sangat bertembung dengan orang office balik. Begitulah seronoknya *tagline iklan koko krunch*

Sunday, 13 May 2012

First "HoneyMoon" #BHG 2

On my last entry aku ada cakap bahan ujikaji atau eksperiment . Dah taktahu nak buat apa, dah fitrah orang pompuan, tugasnya memasak, so aku pon tak terkecuali. Masak je, entah sedap entah tak, belakang cerita janji habis sebab laporrr. Itu yang penting.

Spaggheti goreng with coctail. Abaikan gelas tu sebab aku memang suka kumpul benda yang comel2.
Nak dijadikan cerita, nak goreng spaggheti ni punyalah azab sebab tak ingat macam mana caranya. Last buat spaggheti ni masa form 4 ke form 5 dulu tak silap. Selalu tinggal ngap je. Entah macam mana terbukak hati nak buat ni Allah je yang tahu. Kira first attempt lah ni setelah sekian lama skill berkepuk.

Oleh kerana aku ni peminat sambal yang tegar, asal boleh pedas lagi aku sumbat, makanya cili aku letak sesuka hati aku banyaknya. Last2 terlebih cili pedas ya amat. So, nak consider failure ke tak tu, tak tahu lah nak comment macam mana. Lepas tu aku malas nak buat lagi dah. Merajuk sekejap.

Tapi coctail tu favorite aku. Lemak2 manis gitu. Rasanya bebudak darjah 6 pon pandai buat kot. Sebab senang sangat. Pejam mata pon boleh. Okay itu melampau. Tipu je yang pejam mata tu. Tapi kalau buat banyak2 aku tak berani lah sebab takut tak sedap. Wehee. Warning dulu.

Ayam Masak Sambal.
Yang ni aku terkejut jugak dengan hasilnya. I didn't expect the taste's gonna be like that. Bagi aku, sedap. Eie. Gediknya sendiri kata sedap. Menyampah! Sebab batak lagi kan, second attempt ni kira succeed . Mak oi. Lapor lah pulakk. Aku masak ayam ni berapa ketul je sebab takut tak jadi. So, tawakal jelah. Last2 menjadi pulak.

Bukti succeed, malam bila aku nak turun makan, betul2 tinggal seketul je ayam. Aku tak sempat nak sebat drumstik ayam yang aku dah chop dulu tu. Mesti Si gemok punya pasal lah! Siapa lagi yang pelahap makanan dalam rumah ni. Next time kalau rajin, nak buat lagi. KALAU.

Roti telur
Yang ni simple je. Mungkin ada yang tak tahu, aku bukan lah peminat telur, dalam erti kata lain, aku tak makan telur. Tapi hanya roti ni je yang digayakan bersama telur begini je  yang aku makan. Kira tekak boleh terima kehadiran telur tu dengan cara begini lah.

Bukanlah dari dulu aku tak makan telur. Dulu aku memang tak berkira dengan telur. Tapi sejak umur aku 10 tahun rasanya aku stop ambil telur. Sebabnya macam bodoh2 je, dulu aku tak makan kuning telur, aku makan yang putih telur je, at last aku dapat tahu bila telur tu jadi anak ayam, yang kuning tu isinya, yang putih tu soon akan jadi bulu ayam, memang tak lah aku nak makan lagi. Memang masa tu aku budak, tapi effect sampai ke hari ni. Lagipon telur berbau lagi2 half-boiled tu. Kadang2 tak tahan bau, rasa loya. Tapi yang pelik, aku suka masak telur, cuma aku tak makan. Si gemok yang makan.

Springy noodles.
Yang ni third attempt. Ada yang tak percaya ke aku buat ni? Percayalahhh.. percayalahh aku yang masak benda ni. Seriousss aku tipu. Rasanya kalau aku masak mee ni esok berduyun kot mak2 orang nak masuk minang untuk anak laki dia. Okay overrrrrrrrrrr!

Memang tak lah aku yang masak. Itu mee dari Noodle station aku sebat. Makan sorang memang tak habis.

Okay aku update sendiri, lapar sendiri. Harus mencari makanan dibawah ni.

Hmm, rasanya korang kena abaikan explanation pasal telur tu. Tak matang langsung T_T

Jadi, inilah bahan ujikaji yang dinyatakan sebelum ni. Kecoh kan? Macam ayam bertelur riuh sekampung.

Ada mak sesiapa yang baca entry ni nak amek jadi menantu tak? Wehee.! gatelen kata yaya nanti! :P 

p/s: Rasanya sya dengan yaya dah boleh condemn kot baca entry pasal telur ni . Hmm, gasaklah korang. Jangan tanya lagi kenapa HD tak makan telur. 

First "HoneyMoon" #BHG 1

First honeymoon membawa hint kepada my 'first' cuti sem. Budak baru lah katakan. Oleh kerana UITM memberi cuti kepada kami budak-budak diploma untuk menchillax kan minda, diri dan rohani makanya aku memilih untuk hanya bekerja dirumah sahaja. 

Rating pekerjaan paling tinggi dalam kalangan student era kini, TANAM ANGGUR. Boleh lah tahan kan.

Sesungguhnya bukanlah seorang dua saja yang tanya, "Tak kerja ke?" "Tak boring ke duduk rumah?". Cehh. tengok ayat tu 'Bukan sorang dua je yang tanya' berlagak macam retis ramai yang tanya 'What's your next project?' and si retis tu mula lah start 'okay i dah start blaa.. blaa.. blaa'.

Persoalan: Kenapa HD tanam anggur tapi dalam masa yang sama blog berhabuk.

Jawapan: Nak menulis ni kena ada point. Kena banyak dan betul-betul pikir baik buruk sama ada untuk diri sendiri waima orang lain. Bukan kau tulis setakat main tembak je. Even ada sesetengah orang  kata, aku tulis blog ni suka-suka je, isi masa lapang, cerita hal diri aku macam diari yang aku selalu tulis dalam buku masa sekolah dulu. Dari pendapat aku, diari mana ada orang bagi baca? kalau aku pon, takkan punya aku bagi orang baca diari aku. Agak2 kalau dah rasa puas makan kaki ayam cubalah. Cehh. tunjuk gangster :P Sebab blog ni senang je nak search dekat google. Unless kalau di private kan. Pepandai lah sendiri.

Bukan aku taknak update, cuma idea tu tak datang dan aku tak tahu nak merepek meraban apa dekat sini. Aku pon tak rajin blogwalking sekarang. So, aku lost. Hmm, bila pikir2 balik, macam segan je nak share dekat fesbuk :P 

Okay bagi menjawab segala persoalan apa aktiviti yang aku buat di rumah tercinta muahh muahh, banyak yang aku buat. Tapi ghupe bodoh2 jelah. 

Start bangun tidur, kadang2 aku online sampai ke tengahari, kalau datang mood rajin sesangat HD awesome tu, aku turun dapur panaskan dapur. What? PANASKAN? bukan bakar dapur. Orang kata Warm-up dapur gas and start ketuk2 kuali. Ketuk je. Masak idok. Lepas tu main game PS2 entah apa-apa game aku balun, sebat je. Cakap, membebel sorang2 kalau kalah. Erkk, macam takde motif je aku bagitahu semua ni kat sini T_T

Untuk asah skill masak, aku rasa, orang pompuan perlu cuma aku ni takdelah rajin mana. Untuk lebih simple, PEMALAS ke dapur. Pon aku tak lincah nak campak2 bahan dalam kuali. Tapi ada jugak lah effort untuk ke dapatkan title 'Bini mithali' yang semua pompuan dok idam2kan tu even aku tak kahwin lagi. GATAL!

Hmm. Hmm.. Hmm.. bagi aku masa untuk pikir patut tak patut aku masukkan segala bahan eksperimen aku.  Jumpa di next entry insyaAllah.

Ohya, dan oleh kerana dah lama tak bukak blog, aku rasa macam what the? loser gila aku tak tahu apa sebab blogger.com dah lain. Tu yang terkial-kial sikit nak tekan button ni silap tekan, button tu bukan. Kesimpulan, hal itu merupakan salah satu sebab yang mendorong aku untuk mengukuhkan lagi alasan 'MALAS BUAT ENTRY'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...