Followers

sugardaddy saya

Saturday, 21 January 2012

Kembara CNY #KASIHAN SI JAKUN#

Disini ingin ku kongsi kembara ku bersama mokya(my kepochi yaya).

Excited kemain buat entry bagai dalam blog pasal kembara pergi KL je pon.

               *KL(Kuala Lumpur) bukan Kok Lanas*

Bukan apa. This is my first trip without my family. So, why not aku take note as a memory.

Bakal anak-anakku. Ketahuilah bahawa ini merupakan kembara ibumu yang pertama kali tanpa datuk dan nenekmu .

                        *kasi mood drama*

Kenapa kembara ini perlu dicatit?

Sungguh.. bermacam-macam cerita di belakang tabir sebelum aku dan mokya sampai ke Pangkalan Chepa untuk flyyyyyaiiaiii..

Aku catit:

1. Mokya tak print nombor booking tu. Aiseyh aku dah kata print tapi dia buat dek je. Hamek kauu. last minit punya story.

2. Pukul 3.30 terkocoh-kocoh naik level 4 dari bilik aku level 2 sedangkan pukul 5.30 driver dah amek. Tujuan? bilik mokya ada printer. Sebat kawan dia punya. Balik Uitm nanti baru bagitahu yang kitorang guna.

3. Ketahuilah wahai manusia, pukul 3.30 tu aku belum mandi sebab baru balik dari kelas bel pukul 2.

4. Dengan sehelai sepinggang+muka bajet innocent bawak lappy pergi naik tingkat atas dengan semangat yang berkobar-kobar dapat siap awal.

5. Kunci bilik, handphone2, beg baju,hati semua aku tinggal dalam bilik.

6. pukul 4 still tak dapat print lagi paper tu. Dan jalan penyelesaian, mokya melabur duit pergi print dekat bilik yang sediakan perkhidmatan printing.

7. Aku semangat turun bawah pukul 4.15 dannn..!!!

8. Aku terkunci! barang2 semua kat dalam. Roomate aku keluar tanpa tinggalkan kunci spare. Aww. belum  mandi, belum siap, sehelai sepinggang. Rasa macam kena kunci dengan ibu masa kecik2 dulu. 

                *mengelamun sekejap*

               *BEREHAT BERSAMA KIT-KAT*

9. Pukul 5 roomate still tak balik, so mandi dekat bilik mokya. Ghasak lahh tak pikir apa yang penting balik!

10. Pukul 5 lebih roomate balik dan aku dengan penuh rakus+gelojohnya bersiap dan 

TING! pukul 5.30 driver sampai. Pacik Hezry bersama kawannya hantar sampai ke pengkalan Chepa. Tepat pukul 8malam sampai PC. 

On the way. Budak terkunci bilik T_T 
Muka excited nak balik! koya3!


Bye2 KLantan~ Hye KLumpur

Sebelum berlepas.  Ibu~ ayah~ i'm coming home hoyeahh!




Selamat tinggal. Tak mungkin ku merinduimu~ ;P

Safely arrived. Alhamdulillah
Muka serabut penat seharian uruskan hal antara hidup dan mati tanpa rest. Nasib 50 min je dah sampai. Dah sampai, Ibu ayah apa lagi, bawak makan char kueytiow paling sedap kat seksyen 7 :P

Eh rezeki jangan ditolak. Tak sempat show off kueytiow sebab jakun dah lama tak dapat makan sedap2. So, kesimpulan cerita ni, 

 *SAYA CUBA BERJANJI TIDAK AKAN MENINGGALKAN KUNCI BILIK LAGI KALAU NAK KE BILIK KAWAN*

              #KASIHAN SI JAKUN#

1 comment:

  1. aduhh tergelak guling guling ohh baca entry ni!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...