Followers

sugardaddy saya

Thursday, 1 December 2011

Live Dari Machangster...

Ini boleh dikira entry lapuk dan basi. Patutnya dah lama kena update entry ni. Tapi masuk draft atas sebab faktor2 yang tak dapat dielakkan bebeyh..! 

Hidup di Machangster.. atau sebutan kampungnya 'Mache' (Machang). Terletak di Kelantan ye. Ramai yang tanya "Machang?? kat mana tu? Kedah ye? perak ye?" Sini HD bagitahu untuk sesiapa yang geografi failed atau tokse nak refresh balik subjek geografi dengan alasan dah lama tinggalkan zaman sekolah, Machang terletak di Kelantan.

Standard lah kalau nak masuk mana2 IPT, dah confirm2 ada orientasi kan, Uitm panggil MDS (Minggu Destini Siswa) Ramai yang mengeluh kata tak suka, tak best, tapi bagi aku, biasa je. Best lah jugak. Sebab ada org jaga kita. Kita cuma kena ikut arahan je. Tak payah nak fikir pasal lain. 

Malas lah nak review banyak2. Tengok gambar jelah ye. Oh, kalau gambar tak santek, sorry sebab snap pakai phone cikai je pon. Maklumlah kamera tak mampu nak beli. =.="



Orang first masuk. Yahoo dapat katil single. Sorry katil tengah B*g*L lagi

Bilik sementara untuk MDS je. Senang cerita, bilik tumpangan untuk 5 hari sahaja.

Orang2 yang meninggalkanku kesorangan terkontang-kanting disini. Acecehh.. choi!!

Posing masa MDS. Sakai sebab semua kena pakai tudung putih.

Roommates masa MDS je. Pastu yale2. hilang bercerai. Shira namanya. Budak banking.  

Nyampoh.. tokse tengok kalu rasa nyampoh deh.

Dewan Profesional.


Kawan segera. Syikin. comel budaknya.Kenal masa ni je. Lepas tu dah tak tahu gi mana. hee. ramai orang sangat.

Si gemok beratur nak amek makanan.

Roommates jugak. Masa MDS je. Sara oh sara. Budak pra dip. 
Gambar agak berterabur sikit. Ok Mache, Be nice to me... Adios...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...