Followers

sugardaddy saya

Saturday, 31 December 2011

Bila aku dah frust menonggeng

Sebab tak dapat memeriahkan lagi YES2 (year end sale) yang ada disebabkan kesilapan teknikal disamping kesalahan kurang bijak dari aku sendiri.. *tepuk tepuk untuk diri sendiri sambil muka tunduk bawah frust* T_T

Maka kebuangan-tebiatan aku amatlah terserlah melampaunya.

Macam2 rasa ada. Sedih+ketagih+kempunan melampau . Terima kasih ibu. i'll miss you .

Muka buang tebiat. Ada ke laki nak buat bini? taknak pergi jauh2!

Semua yang ada dalam kepala otak aku yang aku dah plan sebelum cuti berkechaiii berderai *bayangkan kaca retak lalu pecah nyilu atas lantai. gedegang!*

Macam ni ke aku mengEndingkan sisa-sisa hidup aku untuk 2011? Gila sadis lagi tragis. Jom terjun dari bas pacik sani!

Friday, 30 December 2011

Ingatlah wahai insan ku sayangi

Tak semua yang kita ada tu kekal. 



Contoh diberi adalah 'AKU'. Tak selamanya aku duduk Shah Alam. Sampai masa aku kena balik Machangster jugak. (Takde motif) Dan tanpa aku menghitung waktu dan hari pon, dah habis dah pon tempoh seminggu untuk aku bermenjeng- menjengan dengan katil dan bilik aku+bebe eppy. Belum sempat aku nak kira pon hari. Laju tak laju 'masa' tu?

Ehem2..

Kehadapan keluargaku, 


Janganlah bersedih sangat kalau aku takde. Kena tinggal jugak aku kat rumah ni. Kawan baik aku yang dari dulu sampai sekarang je setia jadi peneman. Incik Laptop. Engkaulah tempat aku melalak meluahkan rasa yang nan hadoo ni. Si Gemok and Si Ketot, engkau cari gadoh jugak dengan aku kan. Tunggu Si Ketot pergi asrama baru kau tahu apa itu kesunyian. Haha

Macam biasa, naik cuti for sure tak payah nak disangkal-sangkal lagi aku akan busy buat ituini serta menduduki test dan sebagainya + assignment yang melambak dan + lagi dengan extra kerja khusus untuk student terpilih macam aku nak present natang 'catalog card' tu macam mana. Dan aku still xdapat nak recall balik betul tak apa yang incik Azmi suruh aku buat tu. Kerana nila 3 titik rosak D1 IM1101A sebelanga. Melambangkan ada 3 orang insan terpilih termasuk aku untuk present kat depan dan kalau salah apa yang salah seorang dari kami buat silap, satu kelas akan kena. Well, wait and see jahh..


Full time job.
Walau nampak remeh orang asyik sembang pasal "woi, new year mana?" dan aku hanya mampu "haaaihh. wadehel?=..="

Selalu aku tak ambil port pasal new year2 ni. Yang aku tahu, tengok fireworks. Aku tahu aku skema+kampung. Well, kau susah?? Tapi bila dah semakin matang ni, aku termangu, "Ohh.. Dah bertambah setahun usia aku". 

Paling tragis, aku merasmikan muka baru hidup aku 1/1/2012 sorang2 without my family kat tempat orang. Musafir~

p/s: Terdetik kat hati korang apa kejadahnya entry aku ni? heh! Talk to my hand! :3

Tuesday, 13 December 2011

18 years and above+++

Jadi model tak bertauliah with Mokya depan library. Pon bolehhhh.. Apa adahal?! kau hado?

"Memang kat UITM ni kami diajar untuk buat benda2 mengong  macam  gambo atas ni" cehh. gurau je. Kang tak pasal2 kena saman dek uitm -.-"

Sorry gambor teroberrr sangat.... Nak wat macam mana kami memang giler kamera. Tapi tokleh lawan che'we kembe ..

Tagline Pemes che'we kembe "Amek gambo che wan lah" gedik menjeng mentel che we kembe -..-"

Ok dah itu je nak cakap sebenarnya. Lain kali update gamba bebanyak lagik . Ni assignment berlambok. GTG.

Tapi fesbuk olwes doplohpatjam nyahhh..~

Thursday, 8 December 2011

Terima Kasih daun bawang untuk ini


Hadiah dari kawan untuk harijadi yang lepas... Thanks ^^

Boleh lah lepasni kalau buat milo atau mushroom sup dapat lagi banyak dari Sha punya. Ngeh3..


Posing dengan Mug dalam kelas pon boleh. Kau hado?? :P



Gediknyewwwwww.... dapat mug je pong~ =..="

Saturday, 3 December 2011

Kejadian di Hari ulangtahun dijadikan

Terima Kasih buat family yang nun jauh di Shah Alam. Akak sayang semua :'( rinduunyaaaa...! Bila ingat balik , rasa nak balik sekarang jugak!

Posto..posto.. Ada surat untuk aku.

Dari ibu.... :( 

Envelope tu patutnya cuma ada gambar passport and slip pendapatan ayah yang tak cukup. Aku cuma mintak itu saja. Tapi... tiba2 tadaaaa..


Ada kad.. Terharuuu, sebak, semua rasa ada.. 



Kad dari ibu dengan ayah.
Tercatat...



Pesanan@ucapan dari ibu buat satu-satu anak perempuannya yang jauh di perantauan ni T_T
Dari ayah. Simple but nice. :'(
Dari adik-adikku si ketot and si gemok.

terharuuu

Dari si gg ketot

Ini pulak dari si gemok ..

Thank you so muchhhhh.. Love y'all <3 <3

Entry ni pon kira lapuk jugak. Boleh dikatakan sepanjang aku dah merantau ni, segala entry aku ni semua agak lapuk sebab aku terpaksa save dalam draft kerana keadaan tak mengizinkan untuk aku publish post. Birthday aku yang jatuh pada 25 november haritu, harini baru aku dapat update. 

Terima kasih banyak2. Tak sabar nak balik Shah Alam. :'(

Friday, 2 December 2011

Hijrahku

Still lagi dalam mood uitm, Lepas 5 hari tu kitorang kena tukar kolej. Bayangkan, aku yang dari luar Kelantan ni bawak 9 beg belum lagi +comforter+bantal+baldi . Poyo and gediks and menjeng kan. Over je nak bawak semua tu. Ahh.. Tension aku bila pikir balik macam mana macam indonnya aku angkat semua barang2 tu sorang2 dari Kolej Tho(Tun Hussein Onn) ke Tdm (Tun Dr. Mahathir) yang jaraknya boleh tahan jauh nasib baik ada bas Uitm.Tu pun lebih barang dari tuan. Barang je dapat duduk kat kerusi meanwhile tuan punya badan dapat sipi punggung je duduk.

Indon on the way melaksanakan tugasnya...


Pengembaraan dari Tho ke Tdm. Nak bagitahu je. Aku 4 kali turun naik tangga semata2 nak settle kan barang ni semua. Itu belum lagi nak letak barang kat bilik. Aku pon dah tak ingat berapa kali aku turun naik letak barang. Bilik aku pulak bawah tanah. Cehh. nak bawah tanah je.. Sampai turn yang terakhir untuk barang aku selamat sampai dibilik, aku dah tak ingat ape dah, terus terduduk sebab penat sangat. Letih gilaaaaaa T_T Apelah Uitm seksa student sampai macam ni sekali. Duduk jelah kat bilik masa MDS haritu.

Say Hye to TDM.. Oh, TDM ni kolej baru ye.. So bilik dia better than other college. Cuma jauh la.. Terpinggir sikit rasa.





Meja aku paling banyak barang.

Dengan biskutnya.Kat dalam almari ada lagi 1 tin. Meggi ada 3 plastik. 

Dah tak muat. Padat. 



Serabut blako


Isnin jadual memang pack. Nak buat appoitment hari lain ye :P hehehe

View dari bilik. Nampak rumah kecik je -.-"

Yang ok nye pasal kolej ni dia baru. Cantik kalau nak dibandingkan dengan kolej perempuan yang lain. Ruang laluan pon luas. Cuma yang tak bestnya takde mesin basuh and ampaian. =.=" itu yang seksa tu kalau bab nak membasuh.

Thursday, 1 December 2011

Live Dari Machangster...

Ini boleh dikira entry lapuk dan basi. Patutnya dah lama kena update entry ni. Tapi masuk draft atas sebab faktor2 yang tak dapat dielakkan bebeyh..! 

Hidup di Machangster.. atau sebutan kampungnya 'Mache' (Machang). Terletak di Kelantan ye. Ramai yang tanya "Machang?? kat mana tu? Kedah ye? perak ye?" Sini HD bagitahu untuk sesiapa yang geografi failed atau tokse nak refresh balik subjek geografi dengan alasan dah lama tinggalkan zaman sekolah, Machang terletak di Kelantan.

Standard lah kalau nak masuk mana2 IPT, dah confirm2 ada orientasi kan, Uitm panggil MDS (Minggu Destini Siswa) Ramai yang mengeluh kata tak suka, tak best, tapi bagi aku, biasa je. Best lah jugak. Sebab ada org jaga kita. Kita cuma kena ikut arahan je. Tak payah nak fikir pasal lain. 

Malas lah nak review banyak2. Tengok gambar jelah ye. Oh, kalau gambar tak santek, sorry sebab snap pakai phone cikai je pon. Maklumlah kamera tak mampu nak beli. =.="



Orang first masuk. Yahoo dapat katil single. Sorry katil tengah B*g*L lagi

Bilik sementara untuk MDS je. Senang cerita, bilik tumpangan untuk 5 hari sahaja.

Orang2 yang meninggalkanku kesorangan terkontang-kanting disini. Acecehh.. choi!!

Posing masa MDS. Sakai sebab semua kena pakai tudung putih.

Roommates masa MDS je. Pastu yale2. hilang bercerai. Shira namanya. Budak banking.  

Nyampoh.. tokse tengok kalu rasa nyampoh deh.

Dewan Profesional.


Kawan segera. Syikin. comel budaknya.Kenal masa ni je. Lepas tu dah tak tahu gi mana. hee. ramai orang sangat.

Si gemok beratur nak amek makanan.

Roommates jugak. Masa MDS je. Sara oh sara. Budak pra dip. 
Gambar agak berterabur sikit. Ok Mache, Be nice to me... Adios...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...