Followers

sugardaddy saya

Thursday, 10 November 2011

Cara nak mengelak

Hidup ni bukan senang nak jaga hati orang. Lagi susah kalau nak puaskan hati semua orang. Kita juga tak selalunya bahagia, tak juga selalu berduka. Tak semestinya yang kaya tu selamanya kaya, dan yang miskin tu selamanya papa kedana. Dan aku juga macam tu. Tak selamanya dapat doplohpatjam online, yelah ibu dah tutup plug wifi, apakan daya aku nak on balik. Dan ayat aku yang akhir tu pun sememangnya macam tak kena. 

Kenapa lelaki sering dikaitkan dengan buaya? buaya darat pulak tu. Kenapa bukan buaya tembaga ke, buaya laut ke?

:Jawapannya sonang je jang oi. Manusia hidup atas darat. Kalau atas air pon, rumah dorang je yg atas air. Kalau dah kira atas air tu, kira darat lah tu. 

Normal lah kalau orang tengah bercinta, bak kata orang, kentut pon bau wangi, maksud aku orang yang baru2 nak start ni lah. Tapi bila dah lama2, kalau tengah2 dating tu, bau busuk gila, dituduhnya pulak pasangannya yang buang angin, merajuk sampai berbulan2 padahal itu bau pokok getah. Mengikut halusinasi aku yang melampau. Takde kena mengena antara yang hidup atau pon mati.

Standard lah kot kalau air  selalu pasang surut. Sama gak macam hidup kita. Hubungan dengan orang sekeliling. Ada pasang surutnya jugak.

Bagi aku taknak air tu selalu pasang surut, jangan letak tengah panas air tu. Letak je kat area2 sejuk. Ada paham ke cerita ke***g aku ni? 

Maksud aku, kalau taknak selalu gaduh, taknak orang selalu marah kita, janganlah buat benda yang  orang tak suka. Macam aku, sekali aku cakap tak suka, tak suka lah!Tak suka! tak suka! tak suka! Nak tunggu infinity kali ke cakap? ecehh.. emo pulek. Amek mood.. amek mood.. 

Macam ni lah aku, kalau tengok drama sedih, aku pon nangis, kalau tengok cerita happy, aku pulak yang terlebih happynya. Kalau tengok drama lawan2, aku yang terasa sakit kena tikam, kalau tengok cerita sweet2, aku pula yang menyengih macam aku lah kat tempat dorang yang tengah sweet2 dalam tv tu,kalau tengok cerita seram, tunggu berbulan2 takpon bertahun2 kalau nak aku tidur tutup lampu. Kesimpulannya, aku ni memang overr...

Tak suka jugak!! hehehe. ahh, nak tengok 2PM datang sini 25 nov ni :'( 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...