Followers

sugardaddy saya

Wednesday, 5 October 2011

Sebaik tiba ajalku

      "Ashhaduanla ila ha ilallah.. Wa ashhaduanna muhammad dar rasulullah"

Kalimah ini lah yang akan kita ucapkan bila diambang kematian. Kalimah ini lah yang harus dilafazkan bagi menandakan kita "tidur panjang" dalam keadaan sempurnanya sebagai seorang muslim. Wallahua'lam..

Pernah tak terpikir bahawa sempat atau tidak diri kita untuk melafazkannya tatkala kita sedang bertarung dengan maut. Siapalah aku untuk berbicara tentang ini. Tapi aku punya agenda tersendiri bahawa biar 50 tahun akan datang generasiku dapat merenung kembali kata-kataku dan mengingati bahawa salah satu perkara yang aku pernah catit adalah tentang hal ini.

Mungkin kita manusia lupa, alpa, lalai, leka bahawa yang ada didunia ni, segala apa yang kita miliki, adalah milik DIA. kita hanya peminjam. Dialah penjamin kita. Ahlong kita adalah syurga dan neraka. Terpulang sama ada jika kita dapat membayar, kita tidak akan dipengapa-apakan. dan begitulah juga sebaliknya. Jika kita sempat bertaubat, insyaAllah, Dia terima taubat kita, maka syurgalah yang dijanjikan.

Bila diri ini tidak lagi berpijak dibumi nyata, akan adakah lagi yang sudi mengambil tahu hal diri ini? akan adakah lagi yang ingin melihat gambar-gambar di albumku? akan adakah lagi yang sudi membuka blog ini melihat hasil tulisan tanganku yang tidaklah semenggah mana. Akan adakah insan yang berbisik "ahh, rindunya aku dengan dia". ada tak semua itu? aku sering terfikir tentang ini.

Jangan melenting melihat cara penulisanku. Entry ini adalah pandangan aku CUMA hanya untuk SATU keadaan sahaja.

Kenapa aku berpikir begitu? kerana aku sering merasainya.. Aku sering terpikir insan yang telah pergi. Aku bila lagi? macam mana? bagaimana keadaan aku tika itu. Adakah sama dengan mereka? adakah sama dengan anda? astaghfirullah...

Bila aku melihat gambar orang yang telah tidak wujud lagi di dunia yang fana ini, aku automatically akan terdetik "bagaimana keadaan orang itu andai dia hidup lagi hingga kini."  wallahua'lam

Ada yang kata aku suka berpikir diluar kotak. Hmm, apa masalah otak aku ni?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...