Followers

sugardaddy saya

Saturday, 1 October 2011

Kenalkan teman universal saya~


Haiiiii... Meet her.. Puan Sarimah.. belum datin lagi. soon to-be . aceceyhh.~

satu-satunya kesayangan, cinta hati, buat hati, limpa hati, dan lebih tepat sekali ibu kandung yang tiada galang ganti...

Masa kecik2 aku suka nyanyi lagu yang selalu iklan susu essential keluar tu. Eh silap susun ayat. yang selalu iklan susu Essential promote lagu 'ibu' tu.

"ibuu.. ibuu.. 
engkaulah ratu hatiku..
bila ku berduka..
engkau hiburkan selalu
ibuuu.."

Khas untuk ibu lah tu.

Okayy, ce tengok gambar.. ada ke yang tertanya2 ibu aku ke? sorry lah.. atas tu bukan ibu aku. Senangnya korang kena tipuu. jap ek aku upload gambar ibuu.

"erkk? ini ke ibu? kenapa macam sama je dengan gambar yang dekat atas?"  heee. okay tipu100x. ini ibu saya~ *ganda 27 ( cetusan hati dan dedikasi sinar fm)

"Tipulahh.."
"err. betul lah tu"
"ha.. kan  tipu kan??"
"eh?betulah lah.. tak tipu"
"jangan nak membongak"
"kenapa pulak? ini betul2 bukan cobaan!" =.="
"Malas nak layan HD!"
"okay .. terpulang. tapi korang baca jugak kan?" :P

hee. ini betul ibu ku. Bukan KAKAK ye! bencinya aku asal pergi jalan je, keluar dengan ibu, jalan sebelah ibu, orang tanya

"ayoo sarimah, anak you ka? mcm you punya adik saja you dengan dia"

erk? aku yang nampak tua sangat ke, ibu yang nampak muda sangat?

Jalan belakang dia pon orang tanya

Nak test baju ni kat kedai.:

"Adik akak nak baju yang macam mana?"
"Anak akak ni" =.=" mencik taww!

eiee... aku anak dia lah! bukan adik dia... nanti aku keluar, aku nak pakai tag leher

"Saya anak makcik kat sebelah saya ni. Saya ni anak dia, bukan adik, bukan kakak, bukan makcik, bukan aunty.!"

Ramai sangat orang kata muka ibu aku ni muda.. muda dari usia. Aku tak tahu lah betul ke idoknye kan. sebab bagi aku, ibu aku sentiasa muda dihatiku ^^

Tapi kalau sampai muda sentiasa pon, janganlah babitkan aku sekali sampai terdetik aku ni 'adik' ibu pulek -.- puihhh3!!

Ape2 lahh. muda ke, tua ke, yang penting aku saaaaayang ibuuu... sayang berjuta-juta lemon infiniti seluas angkasa kuasa infiniti!

ibu sentiasa paham hati aku, perasaan aku, jiwa aku, apa yang tak kena dengan aku, takda orang lain yang boleh rasa macam yang ibu rasa. Betullah kata orang sebaik2 kita jaga ibu, tak sebaik macam mana ibu kita jaga kita. Tak tahu nak described macam mana pengorbanan yang dah ibu lakukan. Macam-macam dah. Cuma kita ni je sebagai anak tak pandang, tak bersyukur. Aku tak tahu lah macam mana hidup kalau satu hari nanti ibu takde. Sehari ibu takde kat rumah, rasa kosong! Nak bagitahu, takda siapa yang boleh gantikan tempat ibu dalam sini! (sambil menunjuk ke arah hati)

Banyak kami kongsi rasa. Suka, duka, sedih, bahagia, tawa,esak, semua kami kongsi. ibu lah sahabat, ibu lah kakak, ibu lah ibu. Ibu memang fleksibel. Macam dalam cerita Mr. incredible. Boleh lonjong2 macam getah.elastik. ibu macam tu lah.


Tak boleh aku gambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya aku bila berada disisi ibu.

Tadi ada sembang:

aku: ibu, nanti masukkan je si gemok(refer tu adikku) tu kat asrama. Pemalas sangat.
ibu: laa. nanti kalau mcm tu ibu takde kawan lah. Kau dah pergi belajar, gg kat asrama. biar lah dia temankan ibu.
aku: alah, ayah kan ada
ibu: habis kalau ayah outstation? ibu duduk je rumah ni sorang2?
aku: hekeleh -.-"

ahh, aku nak pergi jauh nanti! tak boleh nak share banyak benda dengan ibu lagi.

rindu nanti kat ibu dengan ayah sekali.

"ibu tetap ratu dihatiku. Selamat ulang tahun ke 44 ibu, Sarimah~"

ibu borek anak rintik

Ibu,,,
pengorbananmu tak ternilai 
jasamu tak terbalas
kasihmu ku bawa mati
hingga nafas terakhir
aku tidak akan pernah menyesali ibu adalah 'ibu'
Semoga sihat-sihat selalu di samping kami keluargamu,
walau nanti ku jauh dimata, namun dihati sentiasa rasa hanya seinci
selamat ulang tahun,
walau waktu menginjakkan usia, 
namun waktu juga lah yang sentiasa memuda kan kasih 
sang ibu kepada anaknya, 
dan sang anak kepada ibunya.
salam kasih,
kakak! :) 29september. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...