Followers

sugardaddy saya

Wednesday, 5 October 2011

Sebaik tiba ajalku

      "Ashhaduanla ila ha ilallah.. Wa ashhaduanna muhammad dar rasulullah"

Kalimah ini lah yang akan kita ucapkan bila diambang kematian. Kalimah ini lah yang harus dilafazkan bagi menandakan kita "tidur panjang" dalam keadaan sempurnanya sebagai seorang muslim. Wallahua'lam..

Pernah tak terpikir bahawa sempat atau tidak diri kita untuk melafazkannya tatkala kita sedang bertarung dengan maut. Siapalah aku untuk berbicara tentang ini. Tapi aku punya agenda tersendiri bahawa biar 50 tahun akan datang generasiku dapat merenung kembali kata-kataku dan mengingati bahawa salah satu perkara yang aku pernah catit adalah tentang hal ini.

Mungkin kita manusia lupa, alpa, lalai, leka bahawa yang ada didunia ni, segala apa yang kita miliki, adalah milik DIA. kita hanya peminjam. Dialah penjamin kita. Ahlong kita adalah syurga dan neraka. Terpulang sama ada jika kita dapat membayar, kita tidak akan dipengapa-apakan. dan begitulah juga sebaliknya. Jika kita sempat bertaubat, insyaAllah, Dia terima taubat kita, maka syurgalah yang dijanjikan.

Bila diri ini tidak lagi berpijak dibumi nyata, akan adakah lagi yang sudi mengambil tahu hal diri ini? akan adakah lagi yang ingin melihat gambar-gambar di albumku? akan adakah lagi yang sudi membuka blog ini melihat hasil tulisan tanganku yang tidaklah semenggah mana. Akan adakah insan yang berbisik "ahh, rindunya aku dengan dia". ada tak semua itu? aku sering terfikir tentang ini.

Jangan melenting melihat cara penulisanku. Entry ini adalah pandangan aku CUMA hanya untuk SATU keadaan sahaja.

Kenapa aku berpikir begitu? kerana aku sering merasainya.. Aku sering terpikir insan yang telah pergi. Aku bila lagi? macam mana? bagaimana keadaan aku tika itu. Adakah sama dengan mereka? adakah sama dengan anda? astaghfirullah...

Bila aku melihat gambar orang yang telah tidak wujud lagi di dunia yang fana ini, aku automatically akan terdetik "bagaimana keadaan orang itu andai dia hidup lagi hingga kini."  wallahua'lam

Ada yang kata aku suka berpikir diluar kotak. Hmm, apa masalah otak aku ni?

Saturday, 1 October 2011

Kenalkan teman universal saya~


Haiiiii... Meet her.. Puan Sarimah.. belum datin lagi. soon to-be . aceceyhh.~

satu-satunya kesayangan, cinta hati, buat hati, limpa hati, dan lebih tepat sekali ibu kandung yang tiada galang ganti...

Masa kecik2 aku suka nyanyi lagu yang selalu iklan susu essential keluar tu. Eh silap susun ayat. yang selalu iklan susu Essential promote lagu 'ibu' tu.

"ibuu.. ibuu.. 
engkaulah ratu hatiku..
bila ku berduka..
engkau hiburkan selalu
ibuuu.."

Khas untuk ibu lah tu.

Okayy, ce tengok gambar.. ada ke yang tertanya2 ibu aku ke? sorry lah.. atas tu bukan ibu aku. Senangnya korang kena tipuu. jap ek aku upload gambar ibuu.

"erkk? ini ke ibu? kenapa macam sama je dengan gambar yang dekat atas?"  heee. okay tipu100x. ini ibu saya~ *ganda 27 ( cetusan hati dan dedikasi sinar fm)

"Tipulahh.."
"err. betul lah tu"
"ha.. kan  tipu kan??"
"eh?betulah lah.. tak tipu"
"jangan nak membongak"
"kenapa pulak? ini betul2 bukan cobaan!" =.="
"Malas nak layan HD!"
"okay .. terpulang. tapi korang baca jugak kan?" :P

hee. ini betul ibu ku. Bukan KAKAK ye! bencinya aku asal pergi jalan je, keluar dengan ibu, jalan sebelah ibu, orang tanya

"ayoo sarimah, anak you ka? mcm you punya adik saja you dengan dia"

erk? aku yang nampak tua sangat ke, ibu yang nampak muda sangat?

Jalan belakang dia pon orang tanya

Nak test baju ni kat kedai.:

"Adik akak nak baju yang macam mana?"
"Anak akak ni" =.=" mencik taww!

eiee... aku anak dia lah! bukan adik dia... nanti aku keluar, aku nak pakai tag leher

"Saya anak makcik kat sebelah saya ni. Saya ni anak dia, bukan adik, bukan kakak, bukan makcik, bukan aunty.!"

Ramai sangat orang kata muka ibu aku ni muda.. muda dari usia. Aku tak tahu lah betul ke idoknye kan. sebab bagi aku, ibu aku sentiasa muda dihatiku ^^

Tapi kalau sampai muda sentiasa pon, janganlah babitkan aku sekali sampai terdetik aku ni 'adik' ibu pulek -.- puihhh3!!

Ape2 lahh. muda ke, tua ke, yang penting aku saaaaayang ibuuu... sayang berjuta-juta lemon infiniti seluas angkasa kuasa infiniti!

ibu sentiasa paham hati aku, perasaan aku, jiwa aku, apa yang tak kena dengan aku, takda orang lain yang boleh rasa macam yang ibu rasa. Betullah kata orang sebaik2 kita jaga ibu, tak sebaik macam mana ibu kita jaga kita. Tak tahu nak described macam mana pengorbanan yang dah ibu lakukan. Macam-macam dah. Cuma kita ni je sebagai anak tak pandang, tak bersyukur. Aku tak tahu lah macam mana hidup kalau satu hari nanti ibu takde. Sehari ibu takde kat rumah, rasa kosong! Nak bagitahu, takda siapa yang boleh gantikan tempat ibu dalam sini! (sambil menunjuk ke arah hati)

Banyak kami kongsi rasa. Suka, duka, sedih, bahagia, tawa,esak, semua kami kongsi. ibu lah sahabat, ibu lah kakak, ibu lah ibu. Ibu memang fleksibel. Macam dalam cerita Mr. incredible. Boleh lonjong2 macam getah.elastik. ibu macam tu lah.


Tak boleh aku gambarkan dengan kata-kata betapa gembiranya aku bila berada disisi ibu.

Tadi ada sembang:

aku: ibu, nanti masukkan je si gemok(refer tu adikku) tu kat asrama. Pemalas sangat.
ibu: laa. nanti kalau mcm tu ibu takde kawan lah. Kau dah pergi belajar, gg kat asrama. biar lah dia temankan ibu.
aku: alah, ayah kan ada
ibu: habis kalau ayah outstation? ibu duduk je rumah ni sorang2?
aku: hekeleh -.-"

ahh, aku nak pergi jauh nanti! tak boleh nak share banyak benda dengan ibu lagi.

rindu nanti kat ibu dengan ayah sekali.

"ibu tetap ratu dihatiku. Selamat ulang tahun ke 44 ibu, Sarimah~"

ibu borek anak rintik

Ibu,,,
pengorbananmu tak ternilai 
jasamu tak terbalas
kasihmu ku bawa mati
hingga nafas terakhir
aku tidak akan pernah menyesali ibu adalah 'ibu'
Semoga sihat-sihat selalu di samping kami keluargamu,
walau nanti ku jauh dimata, namun dihati sentiasa rasa hanya seinci
selamat ulang tahun,
walau waktu menginjakkan usia, 
namun waktu juga lah yang sentiasa memuda kan kasih 
sang ibu kepada anaknya, 
dan sang anak kepada ibunya.
salam kasih,
kakak! :) 29september. 

Telah ku kaji. 5 sebab otakku lembap kini..

 sampai dah lama tak update blog. Punca? tulah kelembapan otakku tahap serius lah jugak. Pasaipa? haa. tu diaa maii dahh. 5 SEBAB:-

1)sebab nenek kebayan kat tempat kerja aku lah.

2)Kehadiran NK(nenek kebayan) tu dalam hidup aku telah menyerabutkan minda dan jiwa aku. Menjadi kusut sekusut kusutnya.. Kuss.. kuss. kuss sampai gagap tersasul masul dah ni.. KUSS.. KUSUT!! okayy.

3)Aura NK tu memang kuat. Pelaris apa dia pakai kami tak taww.. Bebann.. bebann..

4)NK tu meninggalkan 1 kesan mendalam dalam hidup aku. Tragedi hitam lah kata orang.. oh tidakk .. Mak jemahh tak rela nokk.

5)Aku TRAUMA dengan NK tu!!!

See? sekarang sudah terjawab terbukti, terhasil, tersasul kan segala sebab  musabab kenapa otakku semenjak dua menjak ni menjadi sesangat blurr. Err.. atau memang dari dulu pon memang blurr? kfineeeeeeeeeeee-..-

Err? kenapa semua sebab tu pasal NK tu? musykil nye akuu .. Tapi itulah hakikatnya  cik bedah oi.. kalau tak percaya, belah lah dada, X-ray lah hati .. <3

Nafsu aku memang kerjanya nak mengupdate the latest stolymoly tapi macam ada satu gate rumah automatik yang menghalang aku dari berbuat demikian.Mundurr. otakku mundurr..

Dulu masa break 3 bulan, ada je yang aku nak sembang even aku tak berapa nak nampak dunia luar, tapi sekarang bila dah nampak dunia luar, jadi 'hitam' pulak dunia aku.

Apsal? ada jawapan untuk kekusutan ini?

Tengok, entry aku kali ni pon kosong. Meaningless! Cuma aku dah gian sesangat, aku buat yang termampu. Ahh,. lega gilaa. adiostadiumm.

Ahh? cakap pasal stadium, esok ada bola selangor lawan singapore. Tiap2 tahun aku tengok. -.-" asyik selangor je kalah bila lawan selection. cheh3. Hee. ada 10 tiket percuma kami dapat ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...