Followers

sugardaddy saya

Thursday, 15 September 2011

Takdir hidup warga asing.

Aku nak jadi emo sikit lah malam ni. Selama ni tanggapan aku pada warga asing ni selalu ke arah negatif. Serius aku cakap, asal nampak je warga asing kat tepi jalan, aku mula pegang handbag. Takutt. Sebab kebanyakan kes jenayah melibatkan warga asing. Memang.. tak dapat dinafikan.

Tapii............................................

Hari ni, aku rasa aku harus ubah sikit persepsi aku terhadap mereka ni. Tak semua yang berperangai macam tu. Ada yang baik tu, baik sangat. Lagi baik dari melayu kaum aku sendiri. Mungkin mereka sedar, mereka cuma menumpang di negara kita. Budi bahasa mereka pon baik. Kadang2 aku malu sendiri memikirkan masalah bangsa sendiri yang sering menindas orang yang berada dibawah mereka.Mereka datang ke negara kita cuma nak cari makan untuk keluarga mereka. Kehidupan mereka susah nak sara keluarga sebab taraf hidup negara mereka tersangatlah rendah. Sedih.. sebab ada benda yang kita nak, kita takkan dapat.

Aku ambil contoh mat bangla dekat dengan tempat kerja aku. Walau dibayar cuma gaji cuma suku dari warga kita, kerja mereka lebih berat terpaksa basuh najis rakyat kita, mereka buat kerja dengan baik. Tak pernah pon aku lihat mereka mengeluh. Aku terdiam dan tergamam bila aku lihat tempat untuk mereka merehatkan diri. Sebuah ruang kecil di sebelah rumah sampah. Ruang kecil itu aku rasa tempat untuk membuang sampah cuma mungkin mereka mengubahsuainya menjadikan tempat istirehat kala tulang empat kerat pinta untuk direhatkan. Sebak hatiku bila mengenangkan betapa bertuahnya aku menjadi rakyat negara ini. Aku simpati dengan nasib mereka.

Mereka juga tetap tak lupa tanggungjawab mereka kepada tuhan. Aku dengar cerita dari rakan sekerja aku, mat2 bangla tu selalu mengaji bila time subuh2. Petronas kan 24 jam. Hmm, kita ni yang dah dilimpahi kesenangan, diberi gaji besar, kerja pon tak berat, sering lupa dan lalai tentang tanggungjawab kita.

Memang kita berasa rimas dengan kedatangan warga asing yang melampau-lampau banyaknya. Tapi cuba kita berpikir secara logik,unik dan magik, kalau tak kerana rakyat kita yang malas dan terlalu memilih kerja, masalah ni takkan timbul.

Lagi satu, aku respect sangat dengan diorang ni. Diorang ringan tulang. Bayangkan, aku buang sampah malam2 sorang2, nak angkat besi rumah sampah tu punyalah susah dengan sampah menimbun, ada sorang laki melayu duduk dekat je kat situ, dia pandang je. Mat bangla ni yang duduk dalam rumah sampah ni tiba2 cakap "kenapa? susah nak masuk ke? takpa letak saja situ nanti saya kasi angkat itu sampah". Lelaki melayu tu buat apa? Tengok tanpa cuba menolong.

Bayaran yang diorang terima pon tak setimpal dengan tugas yang diberi. Bandingkan diorang lah yang cuci najis tu kat toilet semua, bayaran yang diterima cuma 400 lebih saja jika nak dibandingkan bangsa kita yang duduk dalam aircond tapi gaji sampai 700. Aku terdiam bila aku dapat tahu. Aku cuba letakkan diri aku ditempat mereka, sungguh tidak adil.

Ohh, dalam dunia ni mana ada benda yang adil.

p/s: rambut sama hitam, tapi hati warna-warni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...