Followers

sugardaddy saya

Tuesday, 13 September 2011

Manusia takkan pernah rasa

Puas..!

Contohnya, duit dalam bank dah cecah juta, orang masih lagi tak puas nak tambahkan kuantiti tu. Kenapa? sebab tak puas lah kan mana cukup takat juta je. Biarlah sampai billion, trillion. 

Dah ada makwe/bini cun melecun kalah erra fazira, tapi dalam hati boleh lagi "kan best kalau aku dapat tackle lisa surihani buat bini nombor dua." okay ciri2 lelaki curang memang macam ni.Jangan ikut. Pompuan, Beware haa kalau laki yang anda jumpa ada perangai macam ni.

Dah ada pangkat besar, masih lagi berangan nak ganti tempat bos.Hadoii! bukak company sendiri lah!

Muka dah cantik molek sokmo dah, tak puas hati lagi, pergi main cucuk-cucuk.Daripada pipi hidung dah elok terletak, amek kau senget benget dah.

Orang gemuk macam aku ni, azamnya asyik nak kuuuuuurus je tapi tak kurus2 pon dan orang yang kurus pulak, selalu nak mintak lemak kat kawan-kawan yang gemuk. Kalau lah lemak boleh diagih2kan, akan ku derma pada insan yang memerlukan. ngehngehngeh.

Nama dalam surat beranak parents bagi nama indah2, santek2, molek2, nak juga  tukar dari Ammar ke Aminah.

Macam aku, aku ada banyak nama panggilan. Tak kisah lah orang nak panggil  fiza, pija, pijah, jijah,kakak, baby, sayang, honey, dear, hak3 okay sila muntah hijau.. >_< oh lupa. Nama omputeh (orang putih) aku pon pernah ada, Ayfi. kununnya lah .. hewwwww. Omputeh tuu. kau hado?

Dah dapat burger, nak roti canai pulak, dah dapat roti canai, mengamuk2 taknak roti canai, nak pulak tomyam kung, nak lagi char kuetiow. Hadoii. Harunyaaa kalau jumpa orang macam ni. Aku dah jumpa sorang! siapa?? nenek kebayan tu lah!!oh lupa! bagi dia, semua orang salah dia je betul!  hewwwwww

Mengeluh bila dapat duit raya cuma rm5 walaupun patut bersyukur, umur awak 29 pon ada juga orang baik hati bagi awak duit raya walau dah layak jadi bapak budak dah pon.!

Ada boipren/girpren baik, naaak lagi boipren/girpren lagi baik ++++ . Kalah malaikat, kauuuuuuu..

Taraf hidup dah naik, cukai pon ikut naik sampai nak beli topup fon pon kena cukai! wadehel? Aku memang 110% tak sokong! kecik2 lagi dah terbeban dengan cukai . Kesiannya kamii.

dah ada degree, nak lagi buat master, phd . Haa,, yang ni aku sokong sangat2 kalau orang takkan pernah puas dalam hal ni. Menuntut lah ilmu sampai ke negeri China!

Mengumpat pasal Mak Melah. lepas abes cerita pasal anak dia kawen dengan lelaki pakistan, keluar pulak cerita menantu dia tu buat kerja haram. Jual karpet dari rumah ke rumah. Haram apenyaa??? -..- Takkan pernah puas dalam mengumpat orang. Selalu orang pompuan buat keje ni. Lagi2 nenek kebayan tu. 

Time dah suruh setop untuk membebel dalam blog, kalau boleh nak membebel lagi benda merapu2. Pandang siapa fiza? kaulahh! oh aku eh? ohh err okay. Bye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...