Followers

sugardaddy saya

Friday, 9 September 2011

Banyak yang WAJIB aku tahu!

Tersebut kisah. Petang tadi masa aku tengah kerja, keluar untuk asar, aku dah start solat dah ni, dalam rakaat kedua, ada seorang makcik ni dia tetibe 'tepuk' bahu aku. Lepas tu dia ikut apa yang aku buat. Aku terpikir gak masa tengah solat tu. Dia suruh aku jadi imam ke? Ahh. loser lah aku! rasa macam tak layak nak mengimamkan orang lagikk! sedih2..

Aku tak pernah megimamkan solat. Dulu masa kecik je solat jadi imam adik walaupun adik aku lelaki. Still belum mumayyiz lagi masa tu dorang. Aku pun budak lagi masa tu. Aku guna kuasa veto sebagai seorang kakak, aku jadi imam masa tu.

Tapi bila dah besar, pikiran pon makin hari makin kedepan, masa solat, imam menanggung dosa makmumnya sepanjang berlangsungnya solat tu. Aku jadi gerun bila pikir balik. Sempurna ka solat aku petang tadi, layak ke aku jadi imam makcik tu yang sememangnya tinggi ilmu beliau dari aku yang pasti. ahh! memang serabut aku pikir balik. Yakin jelah.Yang buruk tu datang dari aku, yang baik tu datang dariNya.

Aku sekadar share untuk jadi pedoman untuk semua kalau akan terjadi kepada diri sesiapa nanti sebab aku yakin, ramai orang tak tahu, maksud2 dan gaya bahasa badan masa solat. Aku sendiri pun memang tak pernah alami, tak pernah nampak, takda siapa bercerita bagitahu, dan ini sendiri merupakan pengajaran paling bernilai bagi aku. Benarlah kata orang, belajar dari kesalahan tu boleh buat kita ingat sampai hujung nyawa.

Percaya atau tidak, aku tak dapat gambarkan macam mana perasaan aku sekarang ni. Mungkin akan ada yang kata aku jakun, batak, etc. Tapi aku tak kisah lah apa orang nak kata sebab bila dah masuk bab agama, aku tak berani nak buat main.

p/s: Semoga DIA mengampuni segala khilafku. Aku memang hamba yang hina. sedihnyaa bila pikir balik :(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...