Followers

sugardaddy saya

Thursday, 15 September 2011

Takdir hidup warga asing.

Aku nak jadi emo sikit lah malam ni. Selama ni tanggapan aku pada warga asing ni selalu ke arah negatif. Serius aku cakap, asal nampak je warga asing kat tepi jalan, aku mula pegang handbag. Takutt. Sebab kebanyakan kes jenayah melibatkan warga asing. Memang.. tak dapat dinafikan.

Tapii............................................

Hari ni, aku rasa aku harus ubah sikit persepsi aku terhadap mereka ni. Tak semua yang berperangai macam tu. Ada yang baik tu, baik sangat. Lagi baik dari melayu kaum aku sendiri. Mungkin mereka sedar, mereka cuma menumpang di negara kita. Budi bahasa mereka pon baik. Kadang2 aku malu sendiri memikirkan masalah bangsa sendiri yang sering menindas orang yang berada dibawah mereka.Mereka datang ke negara kita cuma nak cari makan untuk keluarga mereka. Kehidupan mereka susah nak sara keluarga sebab taraf hidup negara mereka tersangatlah rendah. Sedih.. sebab ada benda yang kita nak, kita takkan dapat.

Aku ambil contoh mat bangla dekat dengan tempat kerja aku. Walau dibayar cuma gaji cuma suku dari warga kita, kerja mereka lebih berat terpaksa basuh najis rakyat kita, mereka buat kerja dengan baik. Tak pernah pon aku lihat mereka mengeluh. Aku terdiam dan tergamam bila aku lihat tempat untuk mereka merehatkan diri. Sebuah ruang kecil di sebelah rumah sampah. Ruang kecil itu aku rasa tempat untuk membuang sampah cuma mungkin mereka mengubahsuainya menjadikan tempat istirehat kala tulang empat kerat pinta untuk direhatkan. Sebak hatiku bila mengenangkan betapa bertuahnya aku menjadi rakyat negara ini. Aku simpati dengan nasib mereka.

Mereka juga tetap tak lupa tanggungjawab mereka kepada tuhan. Aku dengar cerita dari rakan sekerja aku, mat2 bangla tu selalu mengaji bila time subuh2. Petronas kan 24 jam. Hmm, kita ni yang dah dilimpahi kesenangan, diberi gaji besar, kerja pon tak berat, sering lupa dan lalai tentang tanggungjawab kita.

Memang kita berasa rimas dengan kedatangan warga asing yang melampau-lampau banyaknya. Tapi cuba kita berpikir secara logik,unik dan magik, kalau tak kerana rakyat kita yang malas dan terlalu memilih kerja, masalah ni takkan timbul.

Lagi satu, aku respect sangat dengan diorang ni. Diorang ringan tulang. Bayangkan, aku buang sampah malam2 sorang2, nak angkat besi rumah sampah tu punyalah susah dengan sampah menimbun, ada sorang laki melayu duduk dekat je kat situ, dia pandang je. Mat bangla ni yang duduk dalam rumah sampah ni tiba2 cakap "kenapa? susah nak masuk ke? takpa letak saja situ nanti saya kasi angkat itu sampah". Lelaki melayu tu buat apa? Tengok tanpa cuba menolong.

Bayaran yang diorang terima pon tak setimpal dengan tugas yang diberi. Bandingkan diorang lah yang cuci najis tu kat toilet semua, bayaran yang diterima cuma 400 lebih saja jika nak dibandingkan bangsa kita yang duduk dalam aircond tapi gaji sampai 700. Aku terdiam bila aku dapat tahu. Aku cuba letakkan diri aku ditempat mereka, sungguh tidak adil.

Ohh, dalam dunia ni mana ada benda yang adil.

p/s: rambut sama hitam, tapi hati warna-warni

Tuesday, 13 September 2011

Manusia takkan pernah rasa

Puas..!

Contohnya, duit dalam bank dah cecah juta, orang masih lagi tak puas nak tambahkan kuantiti tu. Kenapa? sebab tak puas lah kan mana cukup takat juta je. Biarlah sampai billion, trillion. 

Dah ada makwe/bini cun melecun kalah erra fazira, tapi dalam hati boleh lagi "kan best kalau aku dapat tackle lisa surihani buat bini nombor dua." okay ciri2 lelaki curang memang macam ni.Jangan ikut. Pompuan, Beware haa kalau laki yang anda jumpa ada perangai macam ni.

Dah ada pangkat besar, masih lagi berangan nak ganti tempat bos.Hadoii! bukak company sendiri lah!

Muka dah cantik molek sokmo dah, tak puas hati lagi, pergi main cucuk-cucuk.Daripada pipi hidung dah elok terletak, amek kau senget benget dah.

Orang gemuk macam aku ni, azamnya asyik nak kuuuuuurus je tapi tak kurus2 pon dan orang yang kurus pulak, selalu nak mintak lemak kat kawan-kawan yang gemuk. Kalau lah lemak boleh diagih2kan, akan ku derma pada insan yang memerlukan. ngehngehngeh.

Nama dalam surat beranak parents bagi nama indah2, santek2, molek2, nak juga  tukar dari Ammar ke Aminah.

Macam aku, aku ada banyak nama panggilan. Tak kisah lah orang nak panggil  fiza, pija, pijah, jijah,kakak, baby, sayang, honey, dear, hak3 okay sila muntah hijau.. >_< oh lupa. Nama omputeh (orang putih) aku pon pernah ada, Ayfi. kununnya lah .. hewwwww. Omputeh tuu. kau hado?

Dah dapat burger, nak roti canai pulak, dah dapat roti canai, mengamuk2 taknak roti canai, nak pulak tomyam kung, nak lagi char kuetiow. Hadoii. Harunyaaa kalau jumpa orang macam ni. Aku dah jumpa sorang! siapa?? nenek kebayan tu lah!!oh lupa! bagi dia, semua orang salah dia je betul!  hewwwwww

Mengeluh bila dapat duit raya cuma rm5 walaupun patut bersyukur, umur awak 29 pon ada juga orang baik hati bagi awak duit raya walau dah layak jadi bapak budak dah pon.!

Ada boipren/girpren baik, naaak lagi boipren/girpren lagi baik ++++ . Kalah malaikat, kauuuuuuu..

Taraf hidup dah naik, cukai pon ikut naik sampai nak beli topup fon pon kena cukai! wadehel? Aku memang 110% tak sokong! kecik2 lagi dah terbeban dengan cukai . Kesiannya kamii.

dah ada degree, nak lagi buat master, phd . Haa,, yang ni aku sokong sangat2 kalau orang takkan pernah puas dalam hal ni. Menuntut lah ilmu sampai ke negeri China!

Mengumpat pasal Mak Melah. lepas abes cerita pasal anak dia kawen dengan lelaki pakistan, keluar pulak cerita menantu dia tu buat kerja haram. Jual karpet dari rumah ke rumah. Haram apenyaa??? -..- Takkan pernah puas dalam mengumpat orang. Selalu orang pompuan buat keje ni. Lagi2 nenek kebayan tu. 

Time dah suruh setop untuk membebel dalam blog, kalau boleh nak membebel lagi benda merapu2. Pandang siapa fiza? kaulahh! oh aku eh? ohh err okay. Bye.

Monday, 12 September 2011

Akan ku sumbat mop ke mulutmu sayang

Oh Hatii. sabarlahh.. Entry ni memang macam luahan perasaan! erk, lebih kepada tekanan perasaan kot! Memang speSial untuk nenek tua tu yang tak sedar diri.

Ahh. kalau lah otak aku ni jenis yang boleh senang kunci ingatan, akan ku listkan segala apa keriakan kau. Sungguh. Memang dugaan aku jumpa orang perasan bagus yang melampau tahap gaban 10.0! Habuk kau.

Aku tak sangka ada juga orang yang riak smpai macam tu sekali. Kenapa lah dia mesti jadi sebahagian dari hidup aku? dan sekaligus menyeksa hati dan jiwa aku dan teman sekerja. Mengajar anak ketam berjalan. Diri sendiri banyak tak betul, ada hati nak tegur kami yang sememangnya banyak tak betulnya. Kami hormat sebab kau tu kertuu+++ infiniti berjuta2 lemon seluasa alam semesta ! nenek kebayan..

Pernah tak korang jumpa orang yang membebel 8 jam non-stop? sebabnye? benda kecik je pon. Kalau stop pon, untuk setengah jam. Mana dia dapat air liur yang sebegitu banyaknya?

Macam lah anak kau sorang yang ada degree? Takpe, tunggu aku genggam degree tu nnti, baru kau celik mata tengok aku ke, kau yang patut kawan dengan orang atasan? wadehel? tak kemananya degree engineer anak kau tu kalau mulut mak dia macam longkang. Berkat ke ? Tuntutan Allah pon terang-terangan kau tak buat? Nak suruh orang bagi perspektif baik kat kau macam mana? Derr nenek, kami tak buta lagi. Lagi teruk buta hati macam kau.

Dan aku geli kot nak panggil lau kakak, sebab umur kau lagi tua dari ibu aku, patutnya makcik, atau pun nenek. NENEK!

Lagi satu, tak payah lah nak dok bangga2 kan kekayaan kau tu yang tak seberapa. Bila aku cerita pasal family aku, terdiam kau tu bawak apa maksud? Tulah, jangan selalu pandang orang sebelah mata. Kadang-kadang,jutawan pon pergi kerja naik beskal kau ape tahu? sebab kau mana pandang orang yang kecik2 ni.

Hadoii. kalau boleh aku nak je post kat 1 dunia tentang kau. Biar semua orang kenal siapa kau. Banyak lagi aku tak cerita.

p/s: sorry ayat bunyi kurang ajar. Macam ni lah kalau emosi menguasai diri. !

Friday, 9 September 2011

Banyak yang WAJIB aku tahu!

Tersebut kisah. Petang tadi masa aku tengah kerja, keluar untuk asar, aku dah start solat dah ni, dalam rakaat kedua, ada seorang makcik ni dia tetibe 'tepuk' bahu aku. Lepas tu dia ikut apa yang aku buat. Aku terpikir gak masa tengah solat tu. Dia suruh aku jadi imam ke? Ahh. loser lah aku! rasa macam tak layak nak mengimamkan orang lagikk! sedih2..

Aku tak pernah megimamkan solat. Dulu masa kecik je solat jadi imam adik walaupun adik aku lelaki. Still belum mumayyiz lagi masa tu dorang. Aku pun budak lagi masa tu. Aku guna kuasa veto sebagai seorang kakak, aku jadi imam masa tu.

Tapi bila dah besar, pikiran pon makin hari makin kedepan, masa solat, imam menanggung dosa makmumnya sepanjang berlangsungnya solat tu. Aku jadi gerun bila pikir balik. Sempurna ka solat aku petang tadi, layak ke aku jadi imam makcik tu yang sememangnya tinggi ilmu beliau dari aku yang pasti. ahh! memang serabut aku pikir balik. Yakin jelah.Yang buruk tu datang dari aku, yang baik tu datang dariNya.

Aku sekadar share untuk jadi pedoman untuk semua kalau akan terjadi kepada diri sesiapa nanti sebab aku yakin, ramai orang tak tahu, maksud2 dan gaya bahasa badan masa solat. Aku sendiri pun memang tak pernah alami, tak pernah nampak, takda siapa bercerita bagitahu, dan ini sendiri merupakan pengajaran paling bernilai bagi aku. Benarlah kata orang, belajar dari kesalahan tu boleh buat kita ingat sampai hujung nyawa.

Percaya atau tidak, aku tak dapat gambarkan macam mana perasaan aku sekarang ni. Mungkin akan ada yang kata aku jakun, batak, etc. Tapi aku tak kisah lah apa orang nak kata sebab bila dah masuk bab agama, aku tak berani nak buat main.

p/s: Semoga DIA mengampuni segala khilafku. Aku memang hamba yang hina. sedihnyaa bila pikir balik :(

Sunday, 4 September 2011

Tangisan dipagi hari

Tiba-tiba macam sebak bila tahu akan pergi jauh. Bukan lagi impian ke kedah. Selamat tinggal kedah.

Semalam ibu belikan beg untuk prepare pergi 'sana', rasa happy je. Tapi bila dah lama tu, pikir balik, kejap je aku happy ni. Hidup berjauhan dengan keluarga, sebatang kara duduk negeri orang. Sakit siksa tanggung sendiri. Macam mana lah aku kat sana nanti.

Agak melampau je batak aku ni kan. Tapi paham lah, aku tak pernah berjauhan dengan keluarga, so xmustahil sifat jakun aku ni melampau2. Korang masa first time duduk berjauhan dulu macam mana? haa.. macam tu lah aku rasa cuma aku agak ke belakang sikit dari korang nak rasa perasaan tu.

Nak buat entry raya takde 'feel' lagi lah. Feel lain pulak datang. Sekadar luahan hati je.

p/s: Masing2 ada hati kan? sama jugak aku. Hati aku~ :|

Saturday, 3 September 2011

MERDEKA vs AIDILFITRI

 ENTRY MELEKAT! SILA SCROLL BAWAH     UNTUK ENTRY BARU.


Aku baru je lepas balik dari majlis berbuka puasa di Melaka. Gila tak gila bertolak dari rumah tepat pukul 5, then rush pergi sana dalam pukul 7.30 dah sampai. Kira sendiri berapa jam. Pukul 9malam gerak balik Shah Alam. Rutin harian setiap tahun. Alah bisa tegal biasa.

Mungkin aku akan kelihatan mundur dalam aktiviti blogging dalam seminggu dua ni. Maklumlah raya kan, sibuk sana sini. Sibuk apa? sibuk kumpul duit raya lah. Kau hado? cehh. Gurau je. Dah besar ni, duit raya macam angin yang lalu depan mata je. Yang penting keikhlasan. *Ikhlas tak ni fiza?!*

=..= Aku ikhlas !!!separuh :) hewhewhew

Dan dalam nak dok sambut raya tu, sedia maklum tiap tahun 31 ogos merupakan sejarah buat Malaysia. MERDEKA! Kalau tak kerana tarikh 31 ogos ni, Kita takkan dapat raya dengan aman, tenang lagi makmur.

Dikesempatan ini, aku ingin memohon 20 jari, termasuk jari kaki, memohon berinfiniti kemaafan andai penulisan atau kata-kata aku ada yang mengguris hati dalam jangka masa aku berblogging ni.

Aku pun takmao cakap banyak, tulis banyak je tapi kualiti takde, boring gak.

Dan aku tak tahu aku melalut kemana dah ni. Aku gagahkan diri jugak sebenarnya nak buat entry untuk kali terakhir sebelum raya walau jam dah mencecah ke angka 1 pagi. Waktu untuk aku zzzzzz

Salam semua!!

p/s: fieza nampak kepoh seyh. Hmm. sorry ek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...