Followers

sugardaddy saya

Friday, 19 August 2011

Seronokkan bila dapat macam ni

Seronokkan bila pergi Supermarket waktu weekend ada apek2 amoi2 abang2 akak2 macik2 pacik2 adik2 ane2 minachi2 buat promotion makanan atau minuman. Sanggup round satu supermarket tu nak rasa semua produk yang dorang promote tu. Kalau bagi yang agak2 pemalu atau segan tu, konon buat-buat tanya pasal produk dorang lepastu dah dapat rasa, cabuttt..~

Seronokkan bila ada artis anjurkan konsert, kita orang biasa ni boleh masuk free2 je! FREE ok . Tak payah bayar. Seronokkan?

Seronokkan bila ada Mega Sale, barang semua ada less tak kira lah 50% ke, 70% ke, mesti seronokkan? Tapi lagi seronok heaven gila kalau ada sale 100% less. Itu free lah tu.

Seronokkan bila kita boleh dapat duit dengan hanya goyang kaki duduk di rumah tanpa buat apa-apa kerja? Dunia ini kita yang punya?

Seronokkan kalau jiran sebelah rumah bagi makanan untuk buka puasa tapi kita tak bagi apa-apa pon kat orang tu balik.

Seronokkan dapat pergi holiday sehelai sepinggang sebab kita ditaja. Barang-barang keperluan semua dah tersedia kat sana. Orang cantik ada sugardaddy lah kata kan. Atau anak ikan mak-mak datin mungkin? ataupun anak-anak ibu dengan ayah? family vacation maksudnya

Seronokkan orang bagi kita kasih sayang free-free je tanpa diminta. Rasa diri disayangi dilindungi je, tapi kita tak hargai. Seronokkan?

Seronokkan bila tiba-tiba kita dapat hadiah dari orang sekeliling yang kita kenal, yang kita sayang padahal birthday lambat lagi, hari raya pon dah lepas. Nak kata hadiah anugerah cemerlang, ohh.. itu dah 10 tahun  yang lepas.

Seronokkan kalau puasa, kita dapat berbuka sesama keluarga, semua ada berkumpul semata-mata nak meraikan ramadhan yang mulia.

Seronokkan kalau tiba hari raya, walau umur dah 45 still lagi dapat duit raya.

Seronokkan bila tengok orang yang kita sayang tersenyum bahagia

Seronokkan kita jadi stalker, stalk page orang tu senyap2 tak kisahlah dekat fb page ke, blogger page ke, twitter ke, tumblr ke, mana-mana jelah asal kita dapat tahu apa info terkini pasa orang yang kita stalk tu dan bila dah dapat tahu , "ooo. dia tengah kerja dekat london, tapi hari-hari dia ulang alik balik Malaysia belajar dekat salah satu kolej terkemuka kat sini" dan korang akan cakap "penipu betul pompuan ni". 'pompuan ni' refer to me.

Seronokkan korang pakat-pakat gelak bila kawan korang buat 'in a relationship' dengan pakwe/makwe yang muka  ada senget sikit tak hensem/cantik macam korang.

Seronokkan korang baca blog orang lepas tu terkekeh-kekeh ketawa bila dengar cerita dia macam tak masuk akal dan lebih kepada SS(Syok Sendiri). Kejap aku nak tanya kau hado blog? kalau takde, senyap. Jeles lettew.

Seronokkan korang suruh orang follow blog korang dulu tapi korang tak follow balik? oo. Mengharapkan balasan lettew. Mak Jemah tak sukew okeyh!

Seronokkan perasaan bila korang tanya "ada tulis blog baru ke?kalau ada, nak usha lah kejap lagi".Bunyi macam tak ikhlas je. Yee. aku tahu tak ikhlas. kenapa mesti 'KALAU ADA'?

Seronokkan kalau kita kerja bagai nak rak tapi gaji tak setimpal dengan tenaga kerja kita lagi masak kalau tak diberi gaji. Kasihan.. Lepas tu keluar kat berita , seorang lelaki/perempuan disimbah asid dipercayai berpunca akibat dendam.

Seronokkan bila kita sedekahkan bahan cerita pasal hidup kita kat orang lain?

Seronokkan bila tipu orang?

Seronokkan bila kena tipu?

Seronokkan ibu dengan ayah sayang?

Seronokkan bila dapat pakwe/makwe baru? Stok baru orang kata. Wadehel kau !

Seronokkan bila ada blog? boleh hentam orang,kutuk, promote diri, naikkan market, jadi famous amous berlainan dengan orang yang ada fb je. Lagi sekali,  jeles lettew~

Seronokkan rasa bila diri kita macam 'bagai menunggu bulan jatuh ke riba' bila kita dah baca blog orang tu tanpa berbuat apa-apa contoh macam comment ke, follow balik ke, atau tegur-tegur blogger tu, Betul tak betul aku tak sure pulak peribahasa ni.

Seronokkan bila dapat SAMSUNG GALAXY SII? hehe . Ini personal favorite aku.


Mesti seronokkan korang hentam aku lepas dah baca entry aku ni? jangan mare ha~ nanti kena jual!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...