Followers

sugardaddy saya

Monday, 1 August 2011

Kematangan diperlukan dalam penulisan

Pernah tak cikgu Bm korang or cikgu Bi bagi tips nak dapat excellent dalam karangan atau essay? Haa. kalau bagi siapa yang tak tahu, ni aku nak bagitahu. 

Salah satu caranya adalah dengan kematangan.

Kenapa perlu matang? matang yang macam mana? ceciteee..~

Matang dalam erti kata maksud aku adalah dengan cara penyampaian. Tak kisah lah kalau entry kita nak membebel pasal apa pon, even kalau kau jumpa sebiji guli yang telah dimuntahkan oleh hamster pon korang nk post,  kena dengan cara yang menarik kan?

kalau korang buat entry 'aku jumpa guli'<---- aku pon taknak baca! 
'guli'<--- lagilahh!! tajuk entry yang tak berapa nak kretip metip

cuba letak ' seekor hamster telah memuntahkan sebiji guli emas' <--- haa! ini mungkin aku akan buka :D

Dalam post korang pulak, biarlah ejaan tu, ejaan penuh contoh:

"aku tak suka kau sebab kau ni cantik dan handsome tak setanding dengan aku ni yang hodoh lagi buruk tapi aku hot dan cool."

cuba korang eja macam ni:

"aqoo tark sukew ko sewbarb ko ni chanteq darn henseuummm x sewtanding dewngan aqoo niewyh yang hoodowh lagiewy boorook tapieww aqoo howt darn cooewwlll"

dan aku nak bagi tahu korang, aku menyampah kalau orang tulis macam yang contoh di atas ni. Aku yang tak semput ni nak baca pon jadi semput.

Apa salahnya cuba eja elok-elok . Tak salah kalau nak singkat, tapi jangan terlalu singkat atau terlalu panjang macam kat atas ni .

Kalau korang baca paper, ada tak korang tengok dorang eja macam tu? huu, kalau lah ada paper yang eja macam tu, aku jamin dalam sehari, takde 1 pon yang boleh terjual melainkan memang orang tu nak mengunggulkan lagi bahasewww mewrecka~ 

lagi satu, aku kurang gemar baca blog yang takde story sebenarnya. Contohnya kalau orang tu sakit perut, konon nak luahkan, 

entry: sakit perut
post: arghh. aku bukan apa. saja je nak buat entry ni sebab aku sakit perut sangat2. ok bhai.. 

Arghh, buang masa tenaga peluh aku !

Cuba cerita tu ada point~ baru lah excited nak baca entry yang lain-lainnya~

Kalau nak lagi kiut miut, letak gambar topik yang korang cerita. Barulah pembaca boleh buat gambaran :)

Dan terpulang pada diri masing-masing nak edit blog dorang macam mana. Itu lah yang dikatakan hak pengguna~ hehehe ;)

*Aku malas nak highlight kan point-point, Sorry :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...