Followers

sugardaddy saya

Thursday, 4 August 2011

Cinta itu Belon

Kalau siapa yang mata tajam dan peka, perasan tak banyak gambar dalam entry aku letak gambar belon.  Walau dah tua sekarang ni pon, aku eksaited(excited) bila nampak belon.




Bagi aku, belon cukup dekat dengan jiwa aku. Sebagai seorang manusia kita tak dapat lari dari hakikat bahawa waktu akan menginjakkan usia. Dalam usia kita yang semakin meningkat, banyak yang telah kita pelajari seiring dengan usia kita. Kata orang, pengalaman mematangkan fikiran. Semakin bertambah usia, semakin banyak pengalaman yang ditempuh dan menjadikan kita semakin matang dalam meniti susur galur hidup.



Satu hal yang tak dapat lari dari hukum alam adalah wujudnya perasaan cinta dalam diri seorang insan yang bergelar manusia. Semua orang ingin rasa disayangi kan. Mesti ada yang berbisik, umur baru setahun jagung, dah menggatal nak bercerita soal cinta. Biarlahh. aku hanya ingin berkongsi apa yang aku rasa. Lagipun aku post entry ni tak pakai duit sesiapa.



Ingat tak zaman kanak-kanak, kita mesti pernah menjadikan belon sebagai salah satu alat permainan kita kan? kalau pergi ke pasar, mata asyik tertumpu kepada belon yang boleh didapati dalam pelbagai jenis rupa dan bentuk. Mungkin coraknya yang menarik, unik lagi comel menarik hati sesiapa sahaja bukan sahaja kanak-kanak bahkan golongan dewasa.



Cuba fikir sedalamnya, sebenarnya kita dah kenal cinta sejak dari kecil lagi. Bila kita dapat pegang belon, kita akan pegang seeratnya supaya kita tak kehilangan belon itu. Supaya ia tak terbang ke langit biru.

Tak jelas lagi??!!?

Bestnya bila dilamar dengan belon! <3

Cinta tu macam belon. Belon tu berasal dari getah. Sebelum kita boleh dapati ia dalam pelbagai bentuk sama ada bulat, bujur, petak dan sebagainya, kita perlu meniupnya dahulu dan memerlukan tenaga yang banyak. Bermacam-macam cara kita akan gunakan untuk menjadikan belon itu menjadi bentuk yang kita inginkan termasuklah menggunakan pam, dan sebagainya. Ini melambangkan effort kita untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan. Kemudian kita hiasi ia dengan tali, letakkan pemberat agar ia tak terlepas dari pegangan kita. Letak ia di satu sudut yang selamat, menemani hari-hari kita sampailah belon tu kehilangan gasnya.



Dalam kehidupan seharian kita, jika kita ingin mendapatkan 'cinta' , kita perlu melakukan pelbagai cara. Ingin memenangi hati seseorang memerlukan pengorbanan. Pahit getir sanggup dilalui demi mendapatkan cinta yang diidamkan. Dan bila dah berjaya mendapat cinta, adakah sanggup kita untuk meninggalkan cinta tersebut sewenang-wenangnya? sanggupkah anda meninggalkan cinta anda kerana kelalaian sendiri? tiada siapa yang mahu kehilangan cinta. Kerana itulah sebolehnya kita ingin menjaga cinta tersebut sebaik mungkin hingga ke akhirnya.



Dah jelas kan sekarang? kalau ada orang yang bertanyakan aku perihal cinta, aku akan menjawab begini:

U ask about love? Then my answer is a balloon. U need to hold it tight so that it won't fly~





one balloon represent a thousand of love. I love u~ 'my balloon'~


p/s: Jomlah pakat-pakat cari 'belon'~ :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...