Followers

sugardaddy saya

Tuesday, 9 August 2011

Bola-bola cinta pon boleh makan

Memandangkan perut tengah laporr, dan saya boleh mendengar beliau menyanyikan lagu 'Tolong ingatkan aku', Nampak sangat beliau sangat gelojoh. Memang mengada-ngada nak nyanyi lagu 'tolong ingatkan aku' supaya bagi hint kat saya beliau tengah laporr tahap berjuta-juta lemon. Aku taulah! nanti aku makan lah masa buka nanti! jangan nak menyesatkan aku dengan nyanyian kau tu!

Yelah-yelah. entry ni saya nak share makanan pebret saya (baru-baru ni je jadi pebret) bagi memujuk incik perut.

Taraa! nampak sedap tak? mesti anda semua ingat ni fish ball kan?


Bukan2!! ini dikenali sebagai Takotao. Sejenis makanan yang berasal dari jepun. Ia diperbuat dari tepung dan sayur ape ntah tak tahu. tapi bila dah bulat2 dia jadi macam fish ball kan? memang sedapp.


Boleh terdapat dalam banyak pilihan, pilihan untuk inti lah. Macam makan karipap, nak makan karipap, kena ada inti baru sedap kan. 

Inti yang menjadi pebret diri ini adalah Octopus. Saya kan gila sotongg..~ ? ;) memang dari kecil minat sotong, so memang bawak sampai ke besauu.

Mula-mula makan benda ni memang macam nak muntah. Dan tahun lepas saya cuba menjinak-jinakkan anak tekak makan benda ni. 

Bila dah siap masak tu, dah bungkus, topping dia ada fish flake, macam serbuk halus. Bergerak-gerak tau benda tu. Makcik saya cakap itu cacing. Dan paling best masa tu saya tengah kunyah dan saya memandang ketat muka makcik. Geram mulut khwanghaja beliauu. Lepas tu terus merajuk taknak beli dah.

Dan baru-baru ni, baru nak active balik makan ni sebab baru sedar, sedap sebenarnya rasa dia. Memang nak lagi. 

Selalu ada terdapat di Jusco. Kalau kat jusco takde kedai Takotao ni memang pelik lah. 

Tapi haritu pergi Sogo, ada juga takotao ni, tapi bukan nama Takotao lah. Tapi dorang guna 'ebitao' -.-" dan harga lebih murah dan ada 4 biji dalam tu berbanding takotao ni yang ada 3 biji je dalamnya!

Tapi apa-apa pon, memang sedap. Untuk yang first time rasa, sediakan air lah ye. Tapi memang kena cuba ni..

Okay. Tergugat iman! dah! kena tutup dah . Kbai

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...