Followers

sugardaddy saya

Monday, 22 August 2011

Bila si kecik cakap soal hati

Aku baru lepas blogwalking. Saja ambil mood kala langit mengorak awan hitam diiringi tawa si guruh. Tak lama lagi titis-titis hujan membasah bumi puncak. Mungkin..jika diteliti pada zahirnya..

Cehh. feeling lebih ni..

Aku nak tanya korang, siapa dalam dunia ni yang paling korang sayang antara keluarga dan kekasih?

Kenapa dua je perbandingan? kekasih dan keluarga? susahlah nak bagi jawapan macam ni. Kata orang diluah mati emak, tak diluah mati bapak.Keluarga saya sayang, boipren/girlpren pon saya sayang. Tapi sekarang saya dah jumpa cinta sejati saya. Saya sayang sangat-sangat kat girlpren/boipren saya. Si dia lah cinta sejati saya. Takda siapa boleh gantikan tempat dia. Kasih sayang yang si dia bagi pada saya tiada taranya. Tak pernah ada orang sayang saya macam mana dia sayang saya.Dan sekarang saya dah jumpa cinta sejati saya walaupun saya still sekolah lagi. Saya bersyukur sangat2 kenal dia dan dia sudi jadi gf/bf saya selama 2 bulan.

Aku terpegun sangat-sangat bila baca luahan cinta hati budak ni. Tak pernah dia sayang orang sama macam dia sayang 'sayang' dia tu. Tabik! walaupun still sekolah dan dia dah jumpa pon cinta sejati dia. Tapi sebelum tu dia ada tulis dia tak percayakan 'si dia' dia tu sebab dia rasa 'si dia' dia tu ada orang lain. Dan dia harap, mereka takkan clash lagi. Wah, dah pernah clash, sambung balik? boleh pulak main sambung balik macam main sambung-sambung rambut. Lepas tu kata itu lah cinta sejati dia.

Hadoii.. aku bukan lah nak mengutuk atau mengkondem cinta dia, sebab tengok cara dia pon, aku tahu tak matang lagi. Kalau korang baca pon, korang akan sependapat dengan aku. Kalau tak sependapat, yelah, aku hanya boleh kata, hati manusia ni lain-lain.

Kalau nak jalinkan satu perhubungan tu, kita kenalah percaya sesama sendiri, yakin dan suci macam safi gituu. Bukannya macam yang aku cerita kat atas tu. Aku nak tujukan lebih kepada kaum perempuan lah sebab kaum aku kan, hewhewhew. Kebanyakannya memang perempuan yang banyak kena tipu. Bukan nak kata lelaki je yang selalu menipu, cuma aku ambil contoh yang umum ye. Malas nak pikir banyak. Semak kepala otak je.



Kita kalau nak cari laki, kenalah yang boleh bimbing kita, sebab dalam satu kumpulan pon mesti kena ada ketua yang lead kita. Bukan setakat yang suka-suka tahu enjoy je. Pikiran dia pon mesti matang, so apa-apa bila kita tanya benda yang kita tak tahu, boleh kita refer dia. Kan rasa macam terlindung je bila kita bersama orang macam tu. Lagi satu, kalau dah lelaki tu jenis yang kerap mintak putus, pastu tak lama lepas tu minta sambung balik dan kejadian putus sambung, putus sambung ni bukan yang pertama kali terjadi, better tinggalkan je lelaki yang tak tetap pendirian macam tu. Sayang memang sayang, tapi cuba pikir kalau masa bercinta tak tetap pendirian macam tu, habis kalau dah kawen nanti takkan nak cerai, rujuk, cerai, rujuk. Lebih 3 kali lafaz, dah sampai ke puncak, mula lah nak bunuh diri bagai.

Dan aku tak percaya kalau orang kata, dia sayang bf/gf dia lebih dari segalanya. Habis mak ayah kau? takkan kau tak sayang kot? propa je lebih nak ayat kasi gempak memang macam tu. Kesian mak ayah penat2 dorang lahirkan, besarkan, sekolahkan, bagi makan pakai kau, kau boleh cakap takda siapa yang kau sayang selain dari 'si dia' kau? Kecik hati mak ayah kau. Apa-apa pon, utamakanlah keluarga dalam segala hal. Kalau takda dorang, takdenye kau jumpa 'si dia' kau yang sekarang ni.

Tu jelah aku nak bebelkan. Kbai. Tak puas hati dengan aku? kenapa? hati kau tak best ke nak amek hati aku pulak? 

p/s:Tersengih aku depan pc baca entry dia. :)  Sorry entry tak matang dari aku. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...