Followers

sugardaddy saya

Wednesday, 31 August 2011

Eh! Tiba-tiba bibir saya boleh buat magik!

    ** INI ADALAH ENTRY MELEKAT! SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY BARU



Macam mana tu nak kasi bibir magic? magic yang macam mana? adakah sampai tahap Angelina Jolie? wow. gedebance gituu bak kata mak minah dalam cerita masam-masam manis.

Hari ahad hari tu tiba-tiba je aku 'terjadi' bidan terjun, buat bisnes lipstik . Bukan bidan terjun aku jadi bidan nak sambut orang bersalin, tapi bidan terjun business woman. Cehh. lebih kepada business girl sebenarnya. *Still taknak mengaku 'woman' sebab muda lagi . teen lah lebih tepat.*

*Business teen. (Macam pelik je. )

Haaa. mananya benda yang kau dok kecoh2 tu HD?



Haa! ni lah dia. Cuba tengok bila dia dah bertukar warna. Magic kan? Haritu ada orang kata dia ikut colour darah kita. Depends on lipstik tu jugak kot bagi aku.

Aku pun memang pakai lipstik ni  sebab lipstik ni boleh kasi bibir jadi lembap dan tak rasa berat or melekat. Untuk orang yang simple boleh lah try ni. Aku pun tak suka lipstik yang terang sangat colour. So pakai lipstik ni macam tak pakai je rasa sebab macam yang aku kata, 'Natural'.

Pilihan aku selalunya Orange Bluff.

Tapi sekarang ni aku tengah pakai Grape Splash.

*Tengok gambar Grape Splash tu bibir jadi colour purple kan? Tapi sebenarnya tak. Gambar tu macam menipu je.. it will turns into red nak ke purple2 sikit. Santekk!

So siapa-siapa kalau nak dapatkan stok, nak buat hari raya ke, bagitahu lah ye. Itupun kalau nak lah. Saya akan cuba tolong carikan.

Harga dia pon tarsangat lah comel sebab below rm10 je.. Awesome kan? Kira lipstik untuk budjet lah kan.

Bila nak keluar taknak biar orang cakap

"weyh! apsal muka kau pucat je! macam orang sakit! takde seri betul" 

"perghh. muka kau pucat macam hantu ni pasai pa?"

calitkan aje lipstik ni kat bibir. Naik lah seri tu. takde macam orang sakit lagi dah.

Romantiknya kalau pakwe yang belikan *cehh berangan

*Berangan nak bibir macam Kilafairy lah. Tak mao angelina! kui3

Thursday, 25 August 2011

Mana Mak?

Aku taknak demand2. Cuma aku nak mintak beberapa minit je dari waktu korang untuk hayati kisah ni. Kisah seorang ibu yang mengharapkan kasih anaknya. Menitik airmata aku baca. Saaaayang ibu! 


Sumber cerita: Nurul Atiqah


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."


Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, Mana Mak?"

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?




Selamat Hari wanita buat wanita diluar sana! Hargailah apa yang ada depan mata selagi masa mengizinkan.


p/s: aku nak cari ibu aku! ibu~ mana ibu? oh! pergi kerja. kejap lagi balik! ibu~~~ :'(

Wednesday, 24 August 2011

AMARAN! Entry untuk orang berani je! Ibu-ibu mengandung, pesakit lemah jantung, kencing manis darah tinggi jangan buka!

Ini aku nak share untuk jadi renungan kita bersama. Mula-mula aku tengok video ni memang cuak+takut+hebat pendek kata macam-macam rasa ada. Walaupun aku ni memang jenis yang 'berani', tapi aku nak jugak ambil tahu apa yang ada dalam video ni. Dan hasilnyaa......


MEMANG TERBAEK DARI LADANG!


Bagi yang 'berani' macam aku, don't worry. Tak ada pape pon sebenarnya dalam video tu. Paling-paling pon boleh lah buat korang tak lena tidur dalam seminggu dua.

Betapa besarnya kuasa Allah tu. Dalam telefon pon kita boleh dengar suara jin. So, kesimpulan dan pengajaran yang boleh diambil kat sini, jangan lah 'seronok' sangat bila kita buat sesuatu perkara.

Layan lah video ni. Lepas tu kalau takut, seru namaku!


cehh. takde kena mengena.!

Kan?kan?kan? lepas aku dah tengok video ni, bila aku tengah on call je dengan orang, konon ada cerita lawak lah yang boleh buat aku gelak besar, atau orang yang tengah cakap dengan aku tu gelak besar, tiba-tiba aku akan teringat video ni. Cara jin tu gelak! aku takut je orang yang aku tengah cakap tu kena sampuk macam dalam video ni! kalau dengar orang dalam line tu gelak, aku terdiam dan automatik aku akan toleh belakang.

Berjaga-jaga orang kata! eh aku kata!

Gila tak gila!! eiee. Menyampah aku nak cakap banyak. Ni pon aku type sambil toleh-toleh belakang ni. Wallahua'alam.


p/s: saya ni berani taw . jangan tak tahu ^^

Monday, 22 August 2011

Bila si kecik cakap soal hati

Aku baru lepas blogwalking. Saja ambil mood kala langit mengorak awan hitam diiringi tawa si guruh. Tak lama lagi titis-titis hujan membasah bumi puncak. Mungkin..jika diteliti pada zahirnya..

Cehh. feeling lebih ni..

Aku nak tanya korang, siapa dalam dunia ni yang paling korang sayang antara keluarga dan kekasih?

Kenapa dua je perbandingan? kekasih dan keluarga? susahlah nak bagi jawapan macam ni. Kata orang diluah mati emak, tak diluah mati bapak.Keluarga saya sayang, boipren/girlpren pon saya sayang. Tapi sekarang saya dah jumpa cinta sejati saya. Saya sayang sangat-sangat kat girlpren/boipren saya. Si dia lah cinta sejati saya. Takda siapa boleh gantikan tempat dia. Kasih sayang yang si dia bagi pada saya tiada taranya. Tak pernah ada orang sayang saya macam mana dia sayang saya.Dan sekarang saya dah jumpa cinta sejati saya walaupun saya still sekolah lagi. Saya bersyukur sangat2 kenal dia dan dia sudi jadi gf/bf saya selama 2 bulan.

Aku terpegun sangat-sangat bila baca luahan cinta hati budak ni. Tak pernah dia sayang orang sama macam dia sayang 'sayang' dia tu. Tabik! walaupun still sekolah dan dia dah jumpa pon cinta sejati dia. Tapi sebelum tu dia ada tulis dia tak percayakan 'si dia' dia tu sebab dia rasa 'si dia' dia tu ada orang lain. Dan dia harap, mereka takkan clash lagi. Wah, dah pernah clash, sambung balik? boleh pulak main sambung balik macam main sambung-sambung rambut. Lepas tu kata itu lah cinta sejati dia.

Hadoii.. aku bukan lah nak mengutuk atau mengkondem cinta dia, sebab tengok cara dia pon, aku tahu tak matang lagi. Kalau korang baca pon, korang akan sependapat dengan aku. Kalau tak sependapat, yelah, aku hanya boleh kata, hati manusia ni lain-lain.

Kalau nak jalinkan satu perhubungan tu, kita kenalah percaya sesama sendiri, yakin dan suci macam safi gituu. Bukannya macam yang aku cerita kat atas tu. Aku nak tujukan lebih kepada kaum perempuan lah sebab kaum aku kan, hewhewhew. Kebanyakannya memang perempuan yang banyak kena tipu. Bukan nak kata lelaki je yang selalu menipu, cuma aku ambil contoh yang umum ye. Malas nak pikir banyak. Semak kepala otak je.



Kita kalau nak cari laki, kenalah yang boleh bimbing kita, sebab dalam satu kumpulan pon mesti kena ada ketua yang lead kita. Bukan setakat yang suka-suka tahu enjoy je. Pikiran dia pon mesti matang, so apa-apa bila kita tanya benda yang kita tak tahu, boleh kita refer dia. Kan rasa macam terlindung je bila kita bersama orang macam tu. Lagi satu, kalau dah lelaki tu jenis yang kerap mintak putus, pastu tak lama lepas tu minta sambung balik dan kejadian putus sambung, putus sambung ni bukan yang pertama kali terjadi, better tinggalkan je lelaki yang tak tetap pendirian macam tu. Sayang memang sayang, tapi cuba pikir kalau masa bercinta tak tetap pendirian macam tu, habis kalau dah kawen nanti takkan nak cerai, rujuk, cerai, rujuk. Lebih 3 kali lafaz, dah sampai ke puncak, mula lah nak bunuh diri bagai.

Dan aku tak percaya kalau orang kata, dia sayang bf/gf dia lebih dari segalanya. Habis mak ayah kau? takkan kau tak sayang kot? propa je lebih nak ayat kasi gempak memang macam tu. Kesian mak ayah penat2 dorang lahirkan, besarkan, sekolahkan, bagi makan pakai kau, kau boleh cakap takda siapa yang kau sayang selain dari 'si dia' kau? Kecik hati mak ayah kau. Apa-apa pon, utamakanlah keluarga dalam segala hal. Kalau takda dorang, takdenye kau jumpa 'si dia' kau yang sekarang ni.

Tu jelah aku nak bebelkan. Kbai. Tak puas hati dengan aku? kenapa? hati kau tak best ke nak amek hati aku pulak? 

p/s:Tersengih aku depan pc baca entry dia. :)  Sorry entry tak matang dari aku. 

Sunday, 21 August 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



Never in a million years did I think I'd find someone
so utterly and completely perfect, someone who would make me happier than I ever dreamed I could be, someone that would touch my life so profoundly and just give me a whole new reason to breathe. But then I found you and realized that everything I anticipated you to be, doesn't even compare to what you are.




SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG~


p/s: umur 45 pon awak akan tetap muda dihati saya selamanya~ taknak cakap lebih2. Nanti awak perasan!

Special personal entry~ siapa nak geli sorry lah. Tak dapat den nolong.

Oh! kebetulan sama date dengan my cousin! Happy birthday kakya!


kakya! cehh. terharu tak? :P 

Friday, 19 August 2011

Seronokkan bila dapat macam ni

Seronokkan bila pergi Supermarket waktu weekend ada apek2 amoi2 abang2 akak2 macik2 pacik2 adik2 ane2 minachi2 buat promotion makanan atau minuman. Sanggup round satu supermarket tu nak rasa semua produk yang dorang promote tu. Kalau bagi yang agak2 pemalu atau segan tu, konon buat-buat tanya pasal produk dorang lepastu dah dapat rasa, cabuttt..~

Seronokkan bila ada artis anjurkan konsert, kita orang biasa ni boleh masuk free2 je! FREE ok . Tak payah bayar. Seronokkan?

Seronokkan bila ada Mega Sale, barang semua ada less tak kira lah 50% ke, 70% ke, mesti seronokkan? Tapi lagi seronok heaven gila kalau ada sale 100% less. Itu free lah tu.

Seronokkan bila kita boleh dapat duit dengan hanya goyang kaki duduk di rumah tanpa buat apa-apa kerja? Dunia ini kita yang punya?

Seronokkan kalau jiran sebelah rumah bagi makanan untuk buka puasa tapi kita tak bagi apa-apa pon kat orang tu balik.

Seronokkan dapat pergi holiday sehelai sepinggang sebab kita ditaja. Barang-barang keperluan semua dah tersedia kat sana. Orang cantik ada sugardaddy lah kata kan. Atau anak ikan mak-mak datin mungkin? ataupun anak-anak ibu dengan ayah? family vacation maksudnya

Seronokkan orang bagi kita kasih sayang free-free je tanpa diminta. Rasa diri disayangi dilindungi je, tapi kita tak hargai. Seronokkan?

Seronokkan bila tiba-tiba kita dapat hadiah dari orang sekeliling yang kita kenal, yang kita sayang padahal birthday lambat lagi, hari raya pon dah lepas. Nak kata hadiah anugerah cemerlang, ohh.. itu dah 10 tahun  yang lepas.

Seronokkan kalau puasa, kita dapat berbuka sesama keluarga, semua ada berkumpul semata-mata nak meraikan ramadhan yang mulia.

Seronokkan kalau tiba hari raya, walau umur dah 45 still lagi dapat duit raya.

Seronokkan bila tengok orang yang kita sayang tersenyum bahagia

Seronokkan kita jadi stalker, stalk page orang tu senyap2 tak kisahlah dekat fb page ke, blogger page ke, twitter ke, tumblr ke, mana-mana jelah asal kita dapat tahu apa info terkini pasa orang yang kita stalk tu dan bila dah dapat tahu , "ooo. dia tengah kerja dekat london, tapi hari-hari dia ulang alik balik Malaysia belajar dekat salah satu kolej terkemuka kat sini" dan korang akan cakap "penipu betul pompuan ni". 'pompuan ni' refer to me.

Seronokkan korang pakat-pakat gelak bila kawan korang buat 'in a relationship' dengan pakwe/makwe yang muka  ada senget sikit tak hensem/cantik macam korang.

Seronokkan korang baca blog orang lepas tu terkekeh-kekeh ketawa bila dengar cerita dia macam tak masuk akal dan lebih kepada SS(Syok Sendiri). Kejap aku nak tanya kau hado blog? kalau takde, senyap. Jeles lettew.

Seronokkan korang suruh orang follow blog korang dulu tapi korang tak follow balik? oo. Mengharapkan balasan lettew. Mak Jemah tak sukew okeyh!

Seronokkan perasaan bila korang tanya "ada tulis blog baru ke?kalau ada, nak usha lah kejap lagi".Bunyi macam tak ikhlas je. Yee. aku tahu tak ikhlas. kenapa mesti 'KALAU ADA'?

Seronokkan kalau kita kerja bagai nak rak tapi gaji tak setimpal dengan tenaga kerja kita lagi masak kalau tak diberi gaji. Kasihan.. Lepas tu keluar kat berita , seorang lelaki/perempuan disimbah asid dipercayai berpunca akibat dendam.

Seronokkan bila kita sedekahkan bahan cerita pasal hidup kita kat orang lain?

Seronokkan bila tipu orang?

Seronokkan bila kena tipu?

Seronokkan ibu dengan ayah sayang?

Seronokkan bila dapat pakwe/makwe baru? Stok baru orang kata. Wadehel kau !

Seronokkan bila ada blog? boleh hentam orang,kutuk, promote diri, naikkan market, jadi famous amous berlainan dengan orang yang ada fb je. Lagi sekali,  jeles lettew~

Seronokkan rasa bila diri kita macam 'bagai menunggu bulan jatuh ke riba' bila kita dah baca blog orang tu tanpa berbuat apa-apa contoh macam comment ke, follow balik ke, atau tegur-tegur blogger tu, Betul tak betul aku tak sure pulak peribahasa ni.

Seronokkan bila dapat SAMSUNG GALAXY SII? hehe . Ini personal favorite aku.


Mesti seronokkan korang hentam aku lepas dah baca entry aku ni? jangan mare ha~ nanti kena jual!

Tuesday, 16 August 2011

Angry Birds game berunsurkan vavi lah kau!

Game ni memang dah famous dah cuma aku baru nak menjinakkan diri join game ni. Kalau aku sebut, semua pejam mata punya lah dengar nama game ni. 

game apa?

ANGRY BIRDS!

see? korang pejam mata kan sambil cakap 'hekeleh'!

Sebelum ni aku tertanya-tanya apa tu angry birds? Okay aku admit aku agak ketinggalan okay. 

Aku siap cakap lagi dalam hati aku bila orang buat status sembang pasal angry birds.

"pergh. sakai apa asyik angry birds2 bagai."

Sekarang ni, aku nak bagitahu, kalau korang nak cakap balik kat aku macam ni, takpela aku tak kisah 

T_T sobsobsob

sebab aku dah ketagih main benda ni.. 

T_T sobsobsob lagi**

Aku dah tak tahu nak buat macam mana.

T_T sobsobsob lagilagi**

Apa sengih2??!!

T_T sobsobsob lagi dan lagi**

Pang!!!

X_X tergamam!! dah tak sobsobsob dah** (kena lempang terus diam)

*sobsobsob-kunun bunyi nangis
*pang- lempang lah adoii.

Nak usha vavi tu? click je gambau
Siapa yang introduce kan game ni?

adik aku aka baby aka adik aka gemokk aka shemale aka gedik aka bulat aka pelat

dia suruh aku main benda ni. Aku pun terkial-kial lah tekan-tekan mouse baling-baling kepala burung*nampak  macam kepala ayam yang dah disembelih atok jugak*. Lagi satu, aku geli jugak bila tengok ada vavi lah pulak. Si Gemok kata:

"kankan kak, cuba en  akak main game ni. Game tembak Ba**!!"  Dengan pelatnya even dah darjah 5!

Bila kepala burung tu tak kena kat vavi tu atau terlepas jauh dari vavi tu, dia dok gelakkan aku. Kwanghajau!

Game ni bagi aku memang patut dinamakan ANGRY BIRDS . Sebab bikin orang panasss~ bila tak kena kat vavi tu walau dah ulang level pong~

Tapi lagi patut kalau ANGRY BIRDS tukar --> ANGRY ME

Game ni kalau siapa-siapa rasa bengang dengan orang sekeliling ke, kau tembak lah vavi tu macam kau tembak orang yang kau bengang tu. 

Korang juga tak perlu rasa bersalah bila main game ni korang akan rasa marah lantas menghamburkan kata-kata kesat berupa:

"eh vavi betul lah!"

"perghh. si** ler vavi!"

"tak guna punya vavi!"

Usah gusar. Sebab yang korang marah tu memang vavi betul pong~

Dan hasilnya? Terbaekkk! 

Macam rasa baru lepas keluar toilet. Apa rasa tu? sendiri mau ingat lah~

p/s: suka tengok kepala burung tu golek2 dengan bunyi2 dia jerit.

Thursday, 11 August 2011

Rahsia disebalik laguu billionaire



Lagu yang bagi aku bila dengar 10 tahun akan datang pon takkan bosan. Dulu masa tengah kerja, lagu ni lah yang aku dengar. Buat ringtone pon lagu ni. So bila tengah-tengah ramai customer ada call masuk, mesti terkejut dengar lagu ni. Memang memberi impak yang besar ye kepada jiwaku.

Motif aku jadikan lagu ni sebahagian dari hidup aku?

tak delah spesel sangat. Cuma lagu ni sangat catchy , ringan dan tak membebankan kepala otak nak pikir pasal lagu ni. Bila dengar lagu ni, boleh meringankan beban kepala yang dah tersedianya berat.

Lagu ni pon memberi semangat kepada aku untuk menjadi orang yang lebih berjaya menggapai impian hidup. Money cost everything orang kata.

Sapa taknak jadi Billionaire?

aku nak. Disamping menjadi billionaire di dunia, mudah-mudahan akan jadi 'billionaire' kat akhirat lah hendaknya . :)

Haha. Dulu masa first time nak start  kerja, sebelum pergi kerja petang tu, pagi tu layan lagu ni dulu kasi motivate diri sikit. Almaklumlah, first time nak kerja. Menggigil mak.

So far lagu ni sebenarnya mengingatkan aku tentang tempat kerja lama aku. Memori yang takkan ku lupa. Dan takkan kembali lagi kenangan tu. Tempat yang sama, orang yang sama, memori yang sama.

Hidup ni kena lakukan perubahan. Anjakan paradigma ! 

* Macam biasa, kalau agak2 nak layan, turn pause music kat bawah page. Or tengok je kat youtube okay ;)

p/s: Kejap! Bruno Mars ni aku punya k! Kbai


Tuesday, 9 August 2011

Bola-bola cinta pon boleh makan

Memandangkan perut tengah laporr, dan saya boleh mendengar beliau menyanyikan lagu 'Tolong ingatkan aku', Nampak sangat beliau sangat gelojoh. Memang mengada-ngada nak nyanyi lagu 'tolong ingatkan aku' supaya bagi hint kat saya beliau tengah laporr tahap berjuta-juta lemon. Aku taulah! nanti aku makan lah masa buka nanti! jangan nak menyesatkan aku dengan nyanyian kau tu!

Yelah-yelah. entry ni saya nak share makanan pebret saya (baru-baru ni je jadi pebret) bagi memujuk incik perut.

Taraa! nampak sedap tak? mesti anda semua ingat ni fish ball kan?


Bukan2!! ini dikenali sebagai Takotao. Sejenis makanan yang berasal dari jepun. Ia diperbuat dari tepung dan sayur ape ntah tak tahu. tapi bila dah bulat2 dia jadi macam fish ball kan? memang sedapp.


Boleh terdapat dalam banyak pilihan, pilihan untuk inti lah. Macam makan karipap, nak makan karipap, kena ada inti baru sedap kan. 

Inti yang menjadi pebret diri ini adalah Octopus. Saya kan gila sotongg..~ ? ;) memang dari kecil minat sotong, so memang bawak sampai ke besauu.

Mula-mula makan benda ni memang macam nak muntah. Dan tahun lepas saya cuba menjinak-jinakkan anak tekak makan benda ni. 

Bila dah siap masak tu, dah bungkus, topping dia ada fish flake, macam serbuk halus. Bergerak-gerak tau benda tu. Makcik saya cakap itu cacing. Dan paling best masa tu saya tengah kunyah dan saya memandang ketat muka makcik. Geram mulut khwanghaja beliauu. Lepas tu terus merajuk taknak beli dah.

Dan baru-baru ni, baru nak active balik makan ni sebab baru sedar, sedap sebenarnya rasa dia. Memang nak lagi. 

Selalu ada terdapat di Jusco. Kalau kat jusco takde kedai Takotao ni memang pelik lah. 

Tapi haritu pergi Sogo, ada juga takotao ni, tapi bukan nama Takotao lah. Tapi dorang guna 'ebitao' -.-" dan harga lebih murah dan ada 4 biji dalam tu berbanding takotao ni yang ada 3 biji je dalamnya!

Tapi apa-apa pon, memang sedap. Untuk yang first time rasa, sediakan air lah ye. Tapi memang kena cuba ni..

Okay. Tergugat iman! dah! kena tutup dah . Kbai

comelnya awak ni...

Ayat macam nak mengayat orang kan? selalunya digunakan oleh lelaki yang nak mengorat or lebih tepat lagi menggatal mencari kucing-kucing parsi yang berbulu lembut bak kapas.

Apaa? tak paham??!!

Untuk yang blur macam Mr. Bean, aku bagitahu lurus ke titik (straight to the point) , lelaki nak menggatal dengan perempuan lah.

Sebelum lari dari hajat post aku, lebih baik kita ke pangkal jalan.

'Awak, saya bukan nak impressed awak ye kata awak comel. sorry!'--> untuk yang tengah baca.

Saya cuma nak dia ni..!




















huhahuhahuha (senaman dulu) ..........................................



































































Kasi peluh-peluh lah dulu....................................
























































































dah peluh2 belum???......................

























































































































belum lagi???!!!! apa ni! cepat senam balik.. huwarghh huhahuhahuha























































































































ok ok! kesiannya awok!






























































































taraaa!! bengang ke? sorry lah. HD ni memang jahat. Suka buli orang, dan andalah salah seorangnya.


Apa tu? fon apa tu? tak pernah nampak?

yelahh. korang punya fon mahal-mahal. Blekberi, ipon, ipad, samsung galaxy s II(ok yang ni aku jeles! g jauh2 sapa pakai fon ni. aku taknak kawan).

Fon di atas ni brand samsung jugak tapi model aku tak ingat. Kira fon turun temurun lah ni. Sebab ibu aku yang mula-mula pakai fon ni masa tahun 2002! wow. antik tak? antik tak?

Angguk sekarang!! (muka taiko gertak budak kecil nak pau duit)


aku sayang gila dengan fon ni. comel sangat. ringtone dia pon best. ada bunyi harimau, kucing, orang kentut dalam air(yee. ada orang cakap ni kat aku masa dengar msej aku masuk) . Plus bila orang tepon or mesej masuk, dia ada kelip-kelip ku sangka api.

transform jadi pink pulok!



see? awesome kan?!

Tapi sayang~ fon ni sebenarnya dah rosak beberapa bulan yang lepas. Air coolblog coklat tertumpah atas fon ni. terus tak boleh hidup.

Tapi kelmarin bila aku cuba on balik, dia hidup balik! tapi agak nyawa-nyawa ikan lah. sedih aku tengok.

Bajet ada kamera. padahal yang ado!!
 ouh lupa, fon ni mana ada camera, mp3, radio function bagai. Ibarat henfon ni macam hndfon 3310 nokia cuma ni modern sikit lah. Kata samsung...

Cuba korang cari kat kedai handphone. Ada lagi model macam ni? aku bet takkan ada. Melainkan Samsung Galaxy sII ! Huu. henfon peberet. Kalau nak buat barang hantaran, hantar Samsung Galaxy sII ni :P

*Aku rindu ringtone KENTUT DALAM AIR* Semoga kau kekal muda dan sihat ye henfon. Aku saaaaayang kau berjuta-juta lemon!

Thursday, 4 August 2011

KL gengSTAR lemah gemalai



Layankan saja video ni. Sebelum layan video ni, pause kan dulu music kat bawah sekali. tq :)

Cinta itu Belon

Kalau siapa yang mata tajam dan peka, perasan tak banyak gambar dalam entry aku letak gambar belon.  Walau dah tua sekarang ni pon, aku eksaited(excited) bila nampak belon.




Bagi aku, belon cukup dekat dengan jiwa aku. Sebagai seorang manusia kita tak dapat lari dari hakikat bahawa waktu akan menginjakkan usia. Dalam usia kita yang semakin meningkat, banyak yang telah kita pelajari seiring dengan usia kita. Kata orang, pengalaman mematangkan fikiran. Semakin bertambah usia, semakin banyak pengalaman yang ditempuh dan menjadikan kita semakin matang dalam meniti susur galur hidup.



Satu hal yang tak dapat lari dari hukum alam adalah wujudnya perasaan cinta dalam diri seorang insan yang bergelar manusia. Semua orang ingin rasa disayangi kan. Mesti ada yang berbisik, umur baru setahun jagung, dah menggatal nak bercerita soal cinta. Biarlahh. aku hanya ingin berkongsi apa yang aku rasa. Lagipun aku post entry ni tak pakai duit sesiapa.



Ingat tak zaman kanak-kanak, kita mesti pernah menjadikan belon sebagai salah satu alat permainan kita kan? kalau pergi ke pasar, mata asyik tertumpu kepada belon yang boleh didapati dalam pelbagai jenis rupa dan bentuk. Mungkin coraknya yang menarik, unik lagi comel menarik hati sesiapa sahaja bukan sahaja kanak-kanak bahkan golongan dewasa.



Cuba fikir sedalamnya, sebenarnya kita dah kenal cinta sejak dari kecil lagi. Bila kita dapat pegang belon, kita akan pegang seeratnya supaya kita tak kehilangan belon itu. Supaya ia tak terbang ke langit biru.

Tak jelas lagi??!!?

Bestnya bila dilamar dengan belon! <3

Cinta tu macam belon. Belon tu berasal dari getah. Sebelum kita boleh dapati ia dalam pelbagai bentuk sama ada bulat, bujur, petak dan sebagainya, kita perlu meniupnya dahulu dan memerlukan tenaga yang banyak. Bermacam-macam cara kita akan gunakan untuk menjadikan belon itu menjadi bentuk yang kita inginkan termasuklah menggunakan pam, dan sebagainya. Ini melambangkan effort kita untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan. Kemudian kita hiasi ia dengan tali, letakkan pemberat agar ia tak terlepas dari pegangan kita. Letak ia di satu sudut yang selamat, menemani hari-hari kita sampailah belon tu kehilangan gasnya.



Dalam kehidupan seharian kita, jika kita ingin mendapatkan 'cinta' , kita perlu melakukan pelbagai cara. Ingin memenangi hati seseorang memerlukan pengorbanan. Pahit getir sanggup dilalui demi mendapatkan cinta yang diidamkan. Dan bila dah berjaya mendapat cinta, adakah sanggup kita untuk meninggalkan cinta tersebut sewenang-wenangnya? sanggupkah anda meninggalkan cinta anda kerana kelalaian sendiri? tiada siapa yang mahu kehilangan cinta. Kerana itulah sebolehnya kita ingin menjaga cinta tersebut sebaik mungkin hingga ke akhirnya.



Dah jelas kan sekarang? kalau ada orang yang bertanyakan aku perihal cinta, aku akan menjawab begini:

U ask about love? Then my answer is a balloon. U need to hold it tight so that it won't fly~





one balloon represent a thousand of love. I love u~ 'my balloon'~


p/s: Jomlah pakat-pakat cari 'belon'~ :D

Cara nak meredakan demam gaya terlatest dan paling cool!



Siapa suka demam? mesti takde siapa yang suka kan? termasuklah aku. Tapi sekarang ni aku telah dijangkiti virus yang paling leceh. Demam. Mungkin demam sebab Malaysia kalah dengan Singapore?

*okay. Alasan lapuk. Takde kena mengena!

Dulu masa kecik-kecik, mesti kaum ayah-ayah kelam kabut nak pergi kedai pasal korang demam semata-mata nak beli Kool Fever yang boleh ditepek kat kepala tu. Menyusahkan betul lah korang ni!
easy to use, need to throw
Dah habis pakai, kena buang. Bukan lampin pakai buang ye.

ataupun kalau nak cara ala-ala kampung, ada yang pakai ais batu dan balut pakai kain untuk tuam atas kepala. Ini ikut cara nenek-nenek mahupun atuk-atuk lah.
Mak aii, besarnya!

Kalau pakai Kool Fever, boleh pakai untuk sekali je. Habis pakai, kena buang, so kalau setahun kerap kali didatangi demam, tak ke membazir asyik pakai buang jee.. Duit pon pakai buang.

Kalau pakai ais pulak, nak kena beli ais lagi dan hanya keras dalam jangka masa beberapa minit saja. Lepas 5 minit, cair.. Tak berbaloi kot rasanya.

Tapi kini usah gusar~ macam leceh je nak ikut cara di atas.

taraaa! ini dipanggil BANTAL SEJUKK

apaa?? gambar tak clear?

Haa. sekarang clear??

Apa itu bantal sejuk? kenapa bantal? apa motif nak upload gambar bantal??

Kalau nak tahu, ini bantal bukan sebarang bantal. Bantal ni boleh reduce kan uolls punya demam tu.

How?

Cuma masukkan dan sejukkan di dalam peti ais selama 15 minit atau lebih, bantal ni boleh jadi sejuk dan tahan sangat lama. Walau korang tak letak dalam peti ais pon, bantal ni dah sejuk dah. Boleh buat tidur lagi. Tak payah nak buang-buang.

Beli 1 je, satu family boleh pakai. Duit pon tak keluar banyak.

Bantal ni pon lebih mesra alam dan boleh dibawa kemana-mana sahaja. Yelahh, demam tu bukannya boleh kita undang sesuka hati kita je.

Bukan sahaja untuk demam, tapi boleh buat legakan sakit kepala.

HD dah ada satu. Uolls bila lagi? dapatkan segera ~ :)

Bantal ni pon  terdapat dalam pelbagai corak dan warna. Tu yang HD suka :D

Monday, 1 August 2011

Ketagihanku tak dapat dibendung

Okay aku tak tahu kenapa dari dulu, aku memang suka bau washing machine dan macam dah jadi habit kalau sidai kain, aku akan bau machine tu. Aku suka bau sabun yang melekat dalam machine tu.

Dulu aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu aku pernah duduk dalam washing machine tu sebab aku suka sangat. Ayah aku angkat aku dan masukkan dalam washing machine tu dan aku tersangatlah suka gila babeng~  Tapi masa tu takdelah machine tu bergerak. Mampus lah aku masa tu kang. huahuahua



Aku pon memang pantang bau benda yang wangi-wangi. Mesti hidung aku akan melekat kat benda  wangi tu. Kalau tengah jalan-jalan dalam shopping complex, ada promoter tengah promote minyak wangi, aku akan cium tangan aku selagi boleh. Hahaha.

Bukan itu saja bahkan masa aku buat part time keje masa lepas SPM haritu dekat Giant Shah Alam, ada satu masa tu pulak Giant tengah promote playboy perfume, aku dengan kawan kerja hari-hari masuk Giant tu buat-buat cuba minyak wangi tu. Padahal satu badan kitorang sembur.

Dan aku rasa orang-orang Giant tu perasan muka kitorang asyik pergi tempat yang sama tiap kali datang. Hhaha. Nasib kau lah labu.

Normal ke aku ni ek? Bila ketagihan aku ni akan hilang??

Kematangan diperlukan dalam penulisan

Pernah tak cikgu Bm korang or cikgu Bi bagi tips nak dapat excellent dalam karangan atau essay? Haa. kalau bagi siapa yang tak tahu, ni aku nak bagitahu. 

Salah satu caranya adalah dengan kematangan.

Kenapa perlu matang? matang yang macam mana? ceciteee..~

Matang dalam erti kata maksud aku adalah dengan cara penyampaian. Tak kisah lah kalau entry kita nak membebel pasal apa pon, even kalau kau jumpa sebiji guli yang telah dimuntahkan oleh hamster pon korang nk post,  kena dengan cara yang menarik kan?

kalau korang buat entry 'aku jumpa guli'<---- aku pon taknak baca! 
'guli'<--- lagilahh!! tajuk entry yang tak berapa nak kretip metip

cuba letak ' seekor hamster telah memuntahkan sebiji guli emas' <--- haa! ini mungkin aku akan buka :D

Dalam post korang pulak, biarlah ejaan tu, ejaan penuh contoh:

"aku tak suka kau sebab kau ni cantik dan handsome tak setanding dengan aku ni yang hodoh lagi buruk tapi aku hot dan cool."

cuba korang eja macam ni:

"aqoo tark sukew ko sewbarb ko ni chanteq darn henseuummm x sewtanding dewngan aqoo niewyh yang hoodowh lagiewy boorook tapieww aqoo howt darn cooewwlll"

dan aku nak bagi tahu korang, aku menyampah kalau orang tulis macam yang contoh di atas ni. Aku yang tak semput ni nak baca pon jadi semput.

Apa salahnya cuba eja elok-elok . Tak salah kalau nak singkat, tapi jangan terlalu singkat atau terlalu panjang macam kat atas ni .

Kalau korang baca paper, ada tak korang tengok dorang eja macam tu? huu, kalau lah ada paper yang eja macam tu, aku jamin dalam sehari, takde 1 pon yang boleh terjual melainkan memang orang tu nak mengunggulkan lagi bahasewww mewrecka~ 

lagi satu, aku kurang gemar baca blog yang takde story sebenarnya. Contohnya kalau orang tu sakit perut, konon nak luahkan, 

entry: sakit perut
post: arghh. aku bukan apa. saja je nak buat entry ni sebab aku sakit perut sangat2. ok bhai.. 

Arghh, buang masa tenaga peluh aku !

Cuba cerita tu ada point~ baru lah excited nak baca entry yang lain-lainnya~

Kalau nak lagi kiut miut, letak gambar topik yang korang cerita. Barulah pembaca boleh buat gambaran :)

Dan terpulang pada diri masing-masing nak edit blog dorang macam mana. Itu lah yang dikatakan hak pengguna~ hehehe ;)

*Aku malas nak highlight kan point-point, Sorry :)

Romantik ke?

awak datang mengejut, ajak keluar makan. Terima kasih kerana buat saya kelam kabut tak tentu arah!


ada balloon pulak tu!


apa niii???!!

Ferrero Rocher???!!

Import khas dari Langkawi. hehehe

Rahmat Bistro Mamak's ...

Hidup baru di Puncak
The scent that i love most~ <3
Thanks untuk semua dear~ sorry apa yang terjadi.

You're my truly hero <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...