Followers

sugardaddy saya

Saturday, 2 July 2011

Tunangku nikah lain. Allah. . tabahkan hati. .

ni nak share sikit supaya jadi panduan dan teladan kepada semua. Tak kira lah lelaki ke perempuan sebab kita ni semua sama. Manusia jugak ada hati, ada perasaan. Ni petikan Metro semalam 1 july 2011. Kalau sapa yang dah baca mungkin faham tapi kalau yang belum baca, aku amek sikit-sikit jelah isi dia. Memang sedih kalau baca cerita dia. Bayangkan kalau lah kita berada di tempat dia. Orang yang kita sayang sanggup berpaling tadah .

Petikan Harian Metro 1 july 2011
Tengok tajuk dia pon dah tahu kan. Tunang dia nikah lain. Yang kesian sangat, barang-barang semua dah siap, tak tahu lah pasal apa masalah tunang dia tiba-tiba hilangkan diri masa dorang dah nak dekat kawen masa mei hari tu. Malu keluarga dah 1 hal. Maruah keluarga sapa nak jawab ?

Tambah kecewa si perempuan ni lagi, tunang dia tu nikah dengan pompuan lain masa tarikh yang sepatutnya dorang bersanding. Kad jemputan belah lelaki pon ada lagi nama perempuan ni kat bahagian dalam. Cuma yang bahagian luar tu je sempat ditukar. Kalau aku lah ada kat tempat perempuan ni, aku tak tahu nak cakap apa. Entah aku boleh bertahan ke tak. Kuat tak semangat aku macam perempuan ni. Ingat kawen ni boleh buat main-main ke yang selalu ada dalam drama tv takpon novel. 

Yang si bapak laki ni pulak, boleh paksa-paksa lagi suruh pulangkan duit hantaran yang laki tu dah bagi . Pergghh. macam hape je kan. Terasa macam maruah kat hujung tanduk je.Memang senang orang cakap, bukan sekor kumbang dalam dunia ni.Tapi dalam hati tu kita semua tak tahu.

kesian..
So , kisah ni bukan lah aku nak mengejek atau nak persenda ke bagai, aku cuma nak share supaya terbukak biji mata, jangan suka-suka mainkan perasaan orang. Bayangkan kalau kita yang kena. So the conclusion, buat keputusan  tu sentiasa ikut logik dan akal waras. Bukan semata-mata ikut hati je. Semoga Allah tabahkan hati nya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...