Followers

sugardaddy saya

Tuesday, 26 July 2011

Sinar ramadhan.. Rahsia ramadhanku

Lagi beberapa hari je nak puasa dah. Mesti ramai yang mengeluh 'alooo. tak puas lagi enjoy, nak puasa dah. Leceh lah' . Itu kategori iman tak kuat.

Haa, itu pendirian masing-masing lah kan. Tapi bagi aku, 50-50. seronok dan tak seronok. So maknanya goyah jugak kan iman aku? aku pun manusia biasa. Yang seronoknya sebab selama 30 hari ni, aku dapat ketenangan, rasa selamat je. Dan yang tak seronoknya pulak, kalau terpaksa shopping untuk raya masa petang ramadhan, tengok air tak boleh beli. Dan terpaksa lah beli air liur...

Dan bagi orang perempuan, selalunya masa nak dekat puasa ni lah, kelam kabut nak ganti puasa yang pernah tertinggal dulu atas sebab-sebab keuzuran yang utamanya. Memang selalu jadi macam ni. Masa dah nak tercirit baru nak lintang pukang bagai. Dan aku lah salah seorangnya. Hehehe. Tapi dah selamat ganti dah pon.

Hmm, aku ingat lagi masa kecil, ibu ayah memang dah ajar puasa start umur aku 5 tahun. Bayangkan budak kecil umur 5 tahun puasa. Comel comel comel. Teringat upin ipin.

Dan kisah bermula...

########################################

Dulu aku ni nakal jugak.Biasa lah budak-budak. Setiap orang ada cerita sendiri.

kejadian berlaku di sebuah rumah di Selayang. Yaa. rumah pengasuh ku dulu.

sekumpulan budak kecil berlari-lari bermain polis entry.

'polis entry want to jaga, polis mati pencuri jaga!'

"haah! ija jadi!" sahut seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 6 tahun.

Dan aku pon berlari-lari mengejar rakan-rakan sepermainanku.... Dan aku kehausan..

teramat haus... Aku pon berhenti bermain. Rakan-rakan ku yang lain meneruskan permainan sorok-sorok.

Ruang tamu lengang...! dan jeng! jeng! jeng!

Mata aku tertumpu ke arah meja makan! aku nampak ni!!!


Teh o ais!! atas meja!

dan the next step, apa aku buat? baca lagi!

aku nampak ada cawan kosong atas meja! ahh! cantik!! tengok keliling, takde siapa, aku cepat-cepat tuang ke dalam cawan, dan ahhh.. selamat sampai ke tekak!!

dan kawan-kawan aku pelik aku dengan bertenaga dan bersemangatnya nak join dorang main balik. Dan aku ceria menghabiskan permainan tersebut dengan muka yang segar bugar berbanding muka kawan-kawan ku yang macam kena lenyek dengan selipar jepun nenek!

##########################################################################

haa! itu cerita 13 tahun yang lepas! sebenarnya ada lagi adegan-adegan aku cilok-cilok masa puasa. Bukan cilok duit, tapi cilok makan. hahaha! biasa lah budak-budak. Dan aku bahagia bila ingat balik kehidupan aku zaman aku kecil-kecil dulu. Betul lah kata orang, zaman kana-kanak lah paling bahagia. Tak payah nak pikir banyak masalah. Nak cari duit macam mana, kita cuma pikir nak maaaaaaiiinnn je keje nya. Tapi masa kecil, aku selalu tak sabar nak jadi dewasa nak kawen dengan putera raja! hahahaa.

Dan aku rinduu ija kecik!

*Aku dah reveal rahsia aku cilok puasa masa kecil dulu. Korang bila lagi nak reveal? aii, jangan disimpan-simpan. Tak elok. hehehhee. Dan kepada sesiapa yang tengah bertungkus lumus berhempas pulas qada' puasa, selamat berjaya mengahrungi pahit-pahit getir.! haha. tulah, dulu suruh ganti awal-awal, 'lekluuuhhh'! Apa-apa pon, selamat berpuasa semua !

Hiasi ramadhan anda dengan keikhlasan! Sentiasa mengharapkan ini bukan ramadhan terakhir untuk kita .!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...