Followers

sugardaddy saya

Tuesday, 26 July 2011

put yourself on my shoes!


eie. Busuk-busuk! apalah HD nak suruh aku letak diri aku kat kasut dia. Sangat tak senonoh betul punya perempuan! -.-

Kau skema! sastera kan lah diri kau tu! athooi! itu pun aku nak ajar kah?

Pernah tak anda-anda yang membuka blog saya secara rela, paksa, memasuki blog saya dengan permit halal mahupun haram(yang sememangnya aku cop sebagai PATI) ,terfikir atau terdetik atau tertonggeng terbalik memikirkan yang....


HD ni macam gudgud(good-good) aka bagus-bagus je sebab kebanyakan entry-entry yang dia buat macam lah perfect sangat sebab berbaur motivate to people. 


Ye.. kalau takde siapa terfikir macam tu, tapi aku terfikir dah ni. Sedang memikirkan lah ni. Daripada aku biar diri aku nampak bagus je bagi korang pada masa akan datang, maybe korang akan kutuk aku, so aku ambil langkah pencegahan awal.(cehh ayat macam lah artis bintang paling popular kalah shaheizy sam)


Aku suka buat entry yang lebih ke arah motivate orang sebab aku ni insan biasa yang punya banyak kekurangan, kelemahan. Setiap ayat-ayat motivate yang aku masukkan dekat blog ni, sebenarnya untuk diri aku ambil point jugak. Bukan untuk suka-suka berlagak sana-sini kata aku hebat. Dalam aku motivate orang, dalam masa yang sama juga secara tak langsung, aku motivate diri aku sendiri. So, kira adil lah. Ilmu tu tak harus dipendam seorang. Dan aku bukanlah spesies yang KEDEKUT ILMU macam sesetengah orang di muka bumi yang berbentuk sfera ni.


Apa?? bumi ni sfera ke???


yelaahh. habis kau ingat petak berliku-liku ke?


Haa,  tengok contoh. Aku share dengan korang bagi sesiapa yang tak tahu lagi bumi ni berbentuk sfera walaupun korang dah tahu dan aku nampak macam bodoh je sentuh pasal bumi ni sfera. -_____-






It's really painful to say goodbye to someone that you don't want to let go but its even more painful to ask someone to stay if they never wanted to stay.


Highlight  this!!


Bagi orang yang kecewa bercinta tu, kalau rasa orang yang kita sayang tu dah tak bahagia dengan kita dan dengan cara melepaskan dia boleh buat dia bahagia, lepaskan jelah. Redha je dengan ketentuan. Bukankah dengan membuat orang yang kita sayang senyum, kita akan rasa bahagia? dan jika senyumannya itu boleh didapati di luar, bahagia kan lah dia dengan cara tu.. 


Let 'love' go..


Eee. HD baru habis sekolah nak motivate orang pasal cinta.. macam lah aku nak dengar!


Kau! dengar sini! cinta tu universal! even budak umur  5 tahun pun dah ada makwe. Sangat ke hadapan ye bebudak zaman sekarang! aku masa umur 5 tahun tengah nak main masak-masak lagi bodoh-bodoh tak pandai pon sebut perkataan 'cinta'. Ingat mengingati tu kan amalan mulia. Tak semestinya yang tua je betul dan yang muda tu akan terus dilabel salah di mata dunia! haa. amek kau. Kadang-kadang yang tua ni lah selalu buat salah, dan tak salah yang muda belia ni nak menegur.


Ini sekadar renungan bersama. Tidak ada kena mengena yang hidup ataupun dah tiada. Jangan nak saman aku sudahlah.


### fobia aku. Ramai blogger kena naik turun mahkamah sebab cara penulisan yang melampau. Dan aku harap aku tak :)###

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...