Followers

sugardaddy saya

Monday, 25 July 2011

Nak buku lama ke buku baru



Bagi budak sekolah, masa nak dapatkan SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) mesti ada yang berebut-rebut nak dapatkan buku yang baru yang tak pernah orang sentuh lagi. Haa, jangan kata takde pulak. Aku tahu sebab dulu aku dengan geng-geng pon selalu macam tu. Risau je dapat buku yang buruk.

Teruk kan perangai? well, itulah manusia. Sering memandang rendah dalam sesuatu perkara. Contohnya buku ni. Aku nak ambil contoh senang yang dekat dengan kita. Hidup seorang manusia tak lengkap kalau tanpa buku. Tengoklah kalau kita ingat balik zaman kanak-kanak kita, parents kita begitu ghairah membelikan buku untuk kita. Selalunya buku-buku yang ada gambar apple sebesar gedabak. Buku cerita pasal monyet mencuri, dan kebanyakannya buku teladan. Standard lah untuk budak-budak. Bak kata orang, kalau nak melentur buluh tu, biarlah dari rebungnya(pepatah yang wajib ada dalam setiap exam karangan aku).

Okay jangan menyasar dari target, kita balik ke aim utama. Aku bukanlah nak cerita pasal buku sebenarnya. Buku tu aku just selitkan sebagai bahan rangsangan sahaja. Bukan aku mahu korang terangsang ke apa, tapi untuk nak bagi figure pada otak masing-masing.

Cuba refresh balik dalam kehidupan seharian kita, pernah tak kita pandang rendah  pada orang lain yang kurang daripada kita? contohnya orang yang kurang handsome/cantik. Kalau kat sekolah, kita tengok orang tu tak cantik/tak handsome, mesti kita taknak dekat atau paling-paling command pon dalam hati kita berbisik setan jahat, 'eie, nasib baik aku lagi handsome/cantik dari dia'. Cuba kalau kita jumpa orang yang lagi handsome/cantik dari kita, dan orang tu akan buat perkara yang sama macam mana kita buat kat kawan kita yang baru kita kutuk tadi. Apa rasa?

Bukan kita nak pon jadi tak handsome atau tak cantik kan? kalau boleh semua orang nak jadi handsome/cantik. Tapi kalau semua dah handsome/cantik, siapa pulak nak jadi beast? Beauty and the beast. Ataupun ugly duckling. Siapa nak jadi duckling? Tuhan tu maha mengetahui sebab tu lah dia ciptakan makhluk kat muka bumi ni bervariasi. Baru ada warna kehidupan orang kata.

Dan kalau nak pilih pakwe/makwe pon, mesti nak yang cun-cun body tiptop mantaops gitu. Yang menggelebeh/kerempeng macam cicak tak mao. Tolak-tolak! kan3??? kuning betul lah otak korang ni.

Kita amek contoh buku. Bagi aku lah, masa baca buku baru yang kulit pon macam kulit baby punyalah bersih tanpa sebarang cela mahupun habuk, aku rasa macam kosong dan feel tu kurang. Tapi kalau baca buku lama yang dah kuning-kuning warna, banyak conteng-conteng sisa-sisa notes di tepi, aku rasa macam hidup. Feel tu macam aku tahu semua pasal buku yang aku baca tu.



Dan tak semestinya buku baru tu bagus kualitinya dan buku lama tu tak bagus dan ketinggalan zaman. Kadang-kadang buku baru ada muka surat yang blank. Yang buku lama, dah sah-sah mesti ramai orang yang dah baca sebab tu jadi lunyai sampai macam tu.

hmm, macam nak pilih teman hidup, luaran cantik tak melambangkan apa-apa kalau dalamannya kosong. Jadi, biarlah luarannya nampak biasa tapi dalamannya sangat indah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...