Followers

sugardaddy saya

Tuesday, 26 July 2011

Menghilangkan Ketagihan melampau

Bahasa melayu. Salah satu subjek kegemaran aku selainnnn???



SIVIK!


kepuasan aku adalah ini! 


yee. melampau! nampak sangat pemalas! memang pon. !

Bagi yang tak kenal aku lagi, aku ni memang suka menulis. Kalau tak menulis pon, mesti nak pegang pen. So janganlah letak kertas kosong depan aku sebab kertas tu akan penuh dengan segala ke kreativitian aku !

Aku dulu pun masa sekolah dulu pernah berangan nak jadi penulis novel. Besar sungguh angan-angan tu. Aku suka berangan dapat hero yang macam Adam Mukhriz tu, ! dan itu semua berpunca daripada novel.

Aku suka bila cikgu bm bagi homework suruh buat karangan even kadang-kadang kalau dia masuk kelas pon aku mengantuk dan aku selalu siapkan karangan aku last minute masa pagi lepak dekat dataran padahal lepas perhimpunan terus masa Pn. Mariam, cikgu Bm aku.

Walau ramai orang tak suka BM dan benci buat karangan, lain pulak aku. Aku cinta karangan! sebab aku akan luahkan segala yang terbuku dalam hati dengan menulis apa yang aku suka. Dan aku suka bercerita melalui penulisan.

Masa aku umur 14 tahun, aku pernah juga cuba untuk tulis novel. Berangan apa yang ada dalam fikiran. Tapi cuma sekerat jalan dan bila aku ingat balik apa yang aku cuba tulis, aku rasa kelakar dan penuh ke'poyo'an. Dan kertas itu hilang entah ke mana.

So bagi melepaskan gian untuk menulis, mencurahkan isi hati aku, ini lah tempatnya. Cuma yang beza, dulu aku buat karangan pakai pensil dan kertas, tapi kini hanya taip di keyboard laptop sahaja!

Perubahan teknologi orang kata!

Dan Alhamdulillah. Salah satu subjek yang aku dapat A dalam SPM adalah bm. Dan sekarang aku rasa macam nak balik ke sekolah balik dan menulis. Dah lama tak pegang pen ni -______-

zaman muda! 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...