Followers

sugardaddy saya

Wednesday, 6 July 2011

Maksud Cina Buta.!

Entry kali ni bukanlah nak berkisar tentang sifat-sifat perkauman atau lebih mesra, racism. Cuma terbuka hati nak share something pasal hukum-hakam islam. Bukanlah nak tunjuk pandai konon alim ke hape. Aku sedar memang banyak khilaf yang aku buat ,Wallahu'alam. Sebab tu aku nak share benda ni untuk jadi renungan dan pengajaran selain untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang islam agamaku. Tak salah rasanya.


Istilah 'cina buta'hanya terkenal didalam masyarakat Melayu.Dalam istilah fekah disebut 'muhallil' 
Erti 'muhallil' ialah yang menyebabkan halal kahwin.Mengikut hukum Fekah seorang yang sudah menceraikan isterinya tiga kali sama ada sekali gus atau satu demi satu tidak boleh merujuk kembali kepada isterinya itu.Ini adalah satu hukuman berat yang sebaiknya diambil perhatian oleh para suami.

Jika suami itu nak berbalik semula kepada bekas isterinya maka dia hendaklah berkahwin dengan orang lain terlebih dahulu. Jika suami baru itu menceraikannya barulah bekas suaminya dahulu boleh berkahwin dengannya semula.Proses inilah dinamakan sebagai cina buta.Proses ini mesti menurut beberapa syarat iaitu:
1.Janda itu sudah habis iddah dengan suami pertama.
2.Janda itu kemudian berkahwin dengan suami baru.
3.Janda itu diceraikan oleh suami baru itu dengan kehendaknya sendiri.
4.Janda itu habis iddah dengan suami baru.

Selagi tidak memenuhi lima syarat ini tidak bolehlah suami lama berkahwin semula dengan bekas isterinya itu. Dalam hal ini kalau bakal suami baru itu dibayar upah untuk berkahwin kemudian bercerai secara paksa adalah tidak sah. Begitu juga seorang lelaki tua(yang sudah tiada nafsu dengan perempuan)tidak sah dijadikan muhallil.


Kahwin seperti ini adalah satu perbuatan yg dilaknak oleh Allah,

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Allah melaknat muhallil (yang kahwin cina buta) dan muhallalnya (bekas suami yang menyuruh orang menjadi muhalil) (Riwayah Ahmad)

Hukum menjadi Cina Buta adalah tergolong dalam senarai dosa-dosa besar.

Si suami yg telah menceraikan dgn talak ba'in itu boleh merujuk si isteri yg asal tadi apabila telah diceraikan oleh lelaki itu dengan atas niatnya sendiri bukan kerana menjadi Cina Buta. 



Gambar Hiasan semata
Contoh kes:

Talak1-Rujuk semula dlm edah(tak perlu nikah)
Talak2-Rujuk semula dlm edah(tak perlu nikah)
Talak3---Tak Boleh rujuk dan tak boleh nikah.

Jika pertama kali suami mengucapkan talak tanpa disebutkan nombor cth "Aku ceraikan kau" maka jatuh talak satu.
kemudian rujuk
lepas tu suami mengucapkan talak lagi tanpa disebutkan nombor cth "Aku ceraikan kau" maka jatuh talak dua.
kemudian rujuk
lepas tu suami mengucapkan talak lagi tanpa disebutkan nombor cth "Aku ceraikan kau" maka jatuh talak tiga.
Maka habislah ikatan suami isteri tu tadi.
-------------
Jika pertama kali suami mengucapkan talak, terus talak 3, maka sama seperti telah mengucapkan 3 kali talak.
"Aku ceraikan kau talak3"

Hanya boleh nikah semula jika dan hanya jika ex wife telah nikah dgn lelaki lain dan telah bersama, serta telah diceraikan oleh suami kedua tadi dan telah habis edahnya.

setelah habis edahnya maka bolehlah perempuan tadi bernikah dgn suami pertama. Dan talak yg ada untuk pernikahan kedua ini adalah sama spt mula2 berkahwin. 3 talak.



oohh. baru aku tahu and paham apa itu cina buta yang dimaksudkan. Bagus betul dan xsia-sia aku mengabdikan diri aku berpeluh-peluh baca novel Rindu Di Awan Biru yang Meen Zulaikha tulis masa rumah aku tengah blackout. Bayangkan 8 jam aku berpanasan dan aku terpaksa berkampung dekat sliding door rumah aku semata-mata nak dapatkan port sejuk yang selesa nak habiskan baca novel ni. Even terpaksa bergelap pon aku capai jugak lilin nak baca! sungguh kau ye fiza! sape Meen Zulaikha? ala, yang penulis novel Nora Elena tu. ish, Kesian Kapten Akmal Hakim! 


Jadi kesimpulannya, senang. Jangan bertindak melulu ikutkan sangat hati yang panas. Bak kata orang, Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kang hati tah ke mana , bini tah kemana, menyesal seumur hidup. Hidup ni senang je nak faham hukum dia, sebab bila dah takde depan mata, masa tu lah mengigau cari, masa ada depan mata buat tak nampak je.
Gambar hiasan semata!




Aku tahu, setiap orang inginkan perkahwinan dorang berkekalan hingga hujung nyawa. Jadi, hargailah apa yang ada depan mata.


*Kenapa Cina Buta? entahlah. aku pon tak tahu macam mana boleh timbul nama ni. 















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...