Followers

sugardaddy saya

Tuesday, 12 July 2011

it start from here

Entri ni aku just nak sembang pasal trip aku hari tu. Jangan terkejut kalau aku kata, selama aku hidup ni, ini first time aku jejak kaki ke Kelantan. Kesian kan? hehehe. So, agak batak lah nak pergi negeri laki ku tuh (KFCM) .  Ok perasan lagiik .

Semua tahu, perjalanan nak pergi kelantan ni, memang amik masa yang lama. Kematu punggung duduk lama-lama. Sebab tu bagi yang tak biasa macam aku ni, tawakal jelah.Nasib baik naik bas boleh tidurr. Yuhuu. Kalau time mengandung nak pergi Kelantan, aku tak tahu nak cakap macam mana. Nasibla ...
Gambar gedik sebelum pergi! -.-''
Kami set time, pukul 8.30 malam dah gerak keluar Shah Alam. And pukul 9 malam dah sampai Selayang untuk ambik orang kat sana pulak. Tapi memang dugaan betul perjalanan kali ni, ada pulak BERSIH bagai . Sebelum ni, aku tak amek port sangat sebab mungkin impak besar tak kena kat aku, tapi bila dah perjalanan yang sepatutnya pukul 8.30 malam, tapi kitorang terpaksa gerak pukul 12 malam , ape cherr? menangis tak berlagu kat situ. Aku sempat ulang alik buang air taw! memang bengang tahap tak hengat !  Apa yang dorang dapat dengan buat demonstrasi macam tu? sampai gaduh-gaduh bagai. Yang ni salahkan ni, yang nun salahkan sinun. Macam ni ke contoh yang baik untuk generasi muda yang akan datang yang bakal memimpin negara nanti? Kata nak bagi teladan dan contoh yang baik untuk anak muda, Cintailah sungai kita, budi bahasa budaya kita, hormati orang tua, semua dah di ajar, dah belambak iklan kat tv. Tapi yang buat iklan tu pun kita tengok gaduh live, macam mana kita nak contohi mereka?

erghh. okay, aku emosi kejap. Sebab aku geram sangat ! semua jalan tutup nak keluar dari Shah Alam pun susah! -.-'' 8.30 - 12.00 , aku boleh tidur lagi patutnya.! oh silap bukan pukul 12, tapi 12.30! (lepas tengok notes dekat fon) hehehe... dan perjalanan pon bermula dengan masing-masing membawa hati yang sebal. T_T

Pukul 6.30 pagi kami sampai di Gua Musang. RnR lah kot. Ntah lah aku pon tak sure tempat apa sebab aku bangun tidur, yang aku tahu dah sampai, bas berhenti, aku turun lah. hehe. (Agak kalau kena jual pon aku tak tahu). Kami solat subuh, dan perjalanan diteruskan.

Lebih kurang dalam pukul 9, kami sampai di Rantau Panjang untuk shopping apa pon aku tak tahu macam tak ingat dunia. Sebenarnya aku pon tak tahu kat Kelantan ni apa barang yang best untuk dibeli. Aku ikut je ibu aku nak beli apa.
Ini yang dikatakan dunia dah maju. Nak ingat nombor plat bas, tangkap je gambar senang. Tak payah nak ingat-ingat bagai


Ini SEBAHAGIAN jee yang diborong ibu. Nasib baik ayah tak ikut. :P
Pukul 1petang kami check in hotel di Kota Bharu. Ridel Hotel kalau tak silap. Dan ahh... akhirnya aku jumpa juga katil dan apa lagi? tidoooo -.-

Pukul 6 petang pulak ibu aku kerah aku teman dia pergi pasar Siti Khadijah. Jalan kaki je. Dalam 10 minit sampai. Dan benda pertama  yang aku nampak kat pasar tu yang aku suruh ibu aku beli, Sotong bakar. hahaha Aku ni memang hantu sotong. Bagi lah aku sotong apa pon, memang selamat mendarat dalam perut. Dan aku agak batak makan sotong bakar tu. 2 kali aku beli. wahh. and sekarang nak lagi ! Kat Shah Alam mana ada. Kat Kelate je adaa.
Ini sebelum pegi pasar tu!

Pukul 6 kami keluar bilik, balik pukul 7.30, solat apa semua, then pukul 8 malam kena turun balik berkumpul. Pergi wakaf che yeh(cik yah dalam loghat biasa) pulak. Aku ingatkan dekat, rupanya jauh jugak kena naik bas. And aku tersangatlah seksa sebab tak cukup rehat, so rasa takde feel pon pergi situ.Kami balik hotel dalam pukul 12malam.

Dan aku pon meneruskan misi aku. Membongkang lah apa lagi . zzzzzzzz.....(Jangan kacau!)

Esoknya pulak, bangun pukul 6 pagi, wahh. teringat pulak zaman sekolah dulu. Bersiap untuk breakfast and pasar lagi sekali. Aku cekalkan hati . waaaa....

Bersama kawan ibu!
pukul 11 dah balik hotel dan bersiap untuk check out pulak pukul 12.30 . yeye~ nak balik! alaa~ sotong bakar :(

Nampak tak?! itu plastik? guess what dalam tu T_T macam-macam ado.

Muka fresh plastik. Kaki ku sakiitt!
pukul 3 gerak balik. yeba-yeba~

lapor tunggu orang, dari makan orang, baik makan nasi

oh ibu! hee
So, babai Kelate. Entri ni macam merepek je kan . Padahal pergi kelantan je pon. -.-. Tapi it request from a person actually. So, aku buat jela memandangkan aku masih lagi dalam mood menganggur.

And lagi satu, aku excited pergi kelantan sebab macam-macam makanan yang aku tak penah makan aku jumpa. Sotong bakar, aiskrim campur(kot nama dia. ada jelly-jelly), ketam ubi bakar, eieh macam-macam lah . Dan aku terpaksa setopp(stop) sebab dah terliur . so babai olls .


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...