Followers

sugardaddy saya

Tuesday, 19 July 2011

GEMPAR! VIRUS BAHAYA UNTUK FACEBOOK RANCAK MENULAR




Sekarang ni memang kecoh huru-hara macam nak terbalik dunia masing-masing rancak buat status fb pasal virus dajal ni! aku pon ikut geram. Dah macam-macam cara aku buat mengikut nasihat rakan-rakan tapi still dapat jugak chat bodoh yang berbunyi 'Hi.how are you'. Even dah off chat pon, tapi still boleh appear kat inbox aku. Aku pon tak tahu kenapa lah fb ni semakin bangang dan menyakitkan hati. Agaknya ini salah satu cara nak suruh aku deactivate akaun aku kot. Kot ye pon kalau nak suruh aku deactivate akaun fb pon, tunggulah bila aku umur 60 tahun nanti. Itupun kalau panjang umur lah-.-

Eie... siapa lah hacker yang bijak pandai tapi otak ada masalah kemunduran mahupun kemurungan ala-ala pms ni.Apa kau ingat kau sorang nak hidup cari makan? buat dunia sendiri lah weyh. Makan tidur berak sendiri. Sengal menyusahkan orang. Tulah, dulu masa kecik taknak pergi, dah besar bijak pandai, membodohkan orang pulak. Hidup segan mati tak mahu. Memang tak boleh tahan.

Bayangkan kalau yang kena tu bapak korang yang boleh dikategorikan buta it, tahu buka fb je. Dokumen office melambak dalam pc or lappy. Sekali naik high dia layan chat 'Hi. How are you' , terbang segala dokumen. Kan boleh melingkupkan company kalau macam tu.

So, kesimpulan dari entry ni? emm, aku just nak lepaskan geram je. -.- Apsal lah boleh wujudnya benda bangang lagi menyusahkan ni. Apa puncanya? Dan aku nak cakap je.. aku type di keyboard buat entry ni dengan seribu satu rasa. Geram, marah, meluat, macam-macam. Sebab aku benci dapat massage annoying tu! Bila lah benda ni nak berakhir ! Dan aku tak tahu apa yang aku tulis ni sebenarnya! Kbai -.-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...