Followers

sugardaddy saya

Wednesday, 6 July 2011

Disebalik kuasa seorang wanita

     Behind every great man there's a great woman


Wanita sering diperendahkan. Sering diperlekehkan. Macam yang terjadi di negara bregolak? ada wanita yang tak diberi peluang untuk bekerja, untuk keluar rumah, bahkan nak pergi sekolah pon, diHARAMkan. Apa kejadahnya? bukan ke menuntut ilmu tu wajib dan xterkecuali untuk wanita.


Kalau kat Malaysia ni pulak, masa tengah drive waktu-waktu puncak yang masing-masing memang nak cepat sampai tak hengat dunia, tiba-tiba pulak time tu ada kereta depan ni bawak alahaii slow motion nya macam bawak beskal. Mula lah nak pi hon-hon bagai, siap dah sedia nak potong ni, kalau tu je takpe, siap sumpah seranah lagi bila dorang dapat tahu, laa. pompuan. Selalu dorang akan cakap macam ni "laa. pompuan! patutlah! lembap nak mampos!"


Memang hot! memang hot! dorang tak sedar agaknya, cuba bayangkan kalau mak korang kena macam tu, mak korang bawak kereta punya lah slow ikut had laju ditetapkan, tetiba ada mamat ni dok nak potong-potong agaknya nak terkencing lah agaknya lepas tu siap bukak tingkap, maki-maki mak korang, siapa tak hangen? Marah tak? sedih tak? Ada rasa macam nak sondol tak kereta mamat tu? Terkebil-kebil mak korang buat muka comel dia.


Hmm. kalau kita ingat balik, pengorbanan perempuan ni besar sebenarnya. Senaraikan HD:


1. Mengandung
    Lelaki boleh mengandung? Jadi penderma je boleh la. Tapi kalau setakat menderma tapi penerima takde, macam mana pulak? Ambik point ye di situ.


2. Perempuan sifat sabar dia lebih berbanding lelaki.
   Kalau anak menangis, anak menggelejat guling-guling macam tenggiling kena bakar atas lantai shopping mall nakkan teddybear besar gedabak,mak senyum je kat orang sekeliling cover cun. Tengok muka bapak pulak? adooii. singa laporr~


3. Melahirkan
    Sanggup bertarung nyawa nak bagi korang tengok dunia, nak bagi korang rasa nikmat hidup tu macam mana.


4. Menyusukan
   Haa. ni lelaki memang tak boleh buat.


5. Lembut hati
    Perempuan ni lembut hati. Kalau tak percaya, cuba try ayat perempuan dengan ayat 'kaw-kaw' punya. kompom-kompom(confirm) cair.


6. Penyayang
    Kalau korang menangis kena marah dengan ayah, siapa yang korang cari? mak! masa tu lah mak akan pujuk, masakkan makanan sedap-sedap.


7. Peka
    Lebih peka akan alam sekeliling berebanding lelaki. Semua benda kalau boleh dia nak amek tahu, kalau lelaki? dah-dah jalan!


8. Teliti
    Masa korang nak buat persiapan kawen, siapa yang terlebih busy?mesti perempuan. Itu tak kena,  ini tak kena. Nampak macam cerewet, tapi dorang just nak pastikan semuanya ikut apa yang dah dirancang, kalau semua elok terletakkan sejuk hati semua.


Ini hanya sebahagian saja mengikut pendapat aku. Ada banyak lagi sebenarnya kalau nak selidik betul-betul. Pendek kata, hidup ni tak lengkap kalau takda WANITA. So, jangan nak memperlekehkan kemampuan seseorang perempuan tu.Ada yang kata, perempuan ni lembap buat keje, tapi pernah tak terpikir anda-anda sekalian, bahawa sempurna ke keje anda tu kalau buat sepantas kilat sekalipon?


Boo.~ entry ni ada macam aku kutuk lelaki ke? sorry ye kalau ada yang panas ke baca, aku tak kutuk pon, cuba baca balik, aku cuma tulis tentang wanita je -.- kalau tak kaum sendiri yang bela nasib sendiri, siapa lagi kan? 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...