Followers

sugardaddy saya

Wednesday, 27 July 2011

Kiamat.. Masih terbukakah pintu taubat?

Tadi aku godek-godek incik fesbuk, dan ternampak seorang hamba Allah bercerita tentang kiamat. Tiba-tiba terdetik perasaan lain dalam hati aku. Betul ke kiamat akan berlaku pada tahun 2012 seperti yang digembar-gemburkan?



Bagi aku, aku takdela nak percaya benda ni. Sebagai islam, kita tahu yang kiamat itu kuasa Allah. Tak ada siapa pon yang tahu bila ia akan terjadi. Kita sebagai makhlukNya hanya perlu bersedia dengan ketentuannya. Mungkin juga esok? tulat? pandang muka ibu ayah anda, renung muka orang yang anda sayang, adik-beradik, sahabat handai, akan adakah hari esok untuk anda menatap wajah mereka semua?



Tanda-tanda kiamat:

1. Penaklukan Baitulmuqaddis. 


Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." 
 Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
 ~ dah jadi dah...

2. Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka    pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
 ~ dah nampak dah...

3. Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". 
Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
 "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" 
Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita" - Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...

4. Menghias masjid & membanggakannya.


 "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa je para ulama' yg tinggal..

7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang cerdik sungguh. & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon....

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
 
10. Bulan sabit kelihatan besar.


 "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...

11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 


"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...
 
12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 

"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad.
~ tengok kes peperangan Iraq...

13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²" - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Dari Abdullah bin 'Amir r.a.,
Rasulullah s.a.w.bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...""

p/s: fikir2kanlah...




sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=471.0

Kiamat itu adalah pasti. Bukan kuasa kita untuk meramal apa yang berlaku pada masa akan datang. Apa yang berlaku selepas ini bukan untuk kita ramalkan, tetapi untuk kita menginsafi dan muhasabah diri adakah sudah cukup amalam yang bakal ditempuh tika hadirnya detik itu.  Semoga pintu taubat masih tebuka untuk kita menginsafi diri. Wallahua'alam.


Dan aku berasa sangat kerdil menjadi mahklukNya. Kecil ketika membuat entry ini. Semoga segala dosa kedua ibu bapaku, keluargaku, aku, rakan-rakan yang aku kenali serta saudara seislamku diampunkan oleh yang Esa.

Amin..

Person i missed soooo very the banyak one infinity berjuta-juta lemon seluas angkasa

Ihsan dari incik fesbuk

Aku rindu zaman kanak-kanak aku dulu. Boleh tak aku jadi kecil balik? tak payah nak buat banyak kerja, tak payah nak pikir banyak. Biar pelat asal happy.

*Jangan pikir banyak pasal asal-usul budak dalam gambar di atas. Ilusi semata-mata.

Tuesday, 26 July 2011

Menghilangkan Ketagihan melampau

Bahasa melayu. Salah satu subjek kegemaran aku selainnnn???



SIVIK!


kepuasan aku adalah ini! 


yee. melampau! nampak sangat pemalas! memang pon. !

Bagi yang tak kenal aku lagi, aku ni memang suka menulis. Kalau tak menulis pon, mesti nak pegang pen. So janganlah letak kertas kosong depan aku sebab kertas tu akan penuh dengan segala ke kreativitian aku !

Aku dulu pun masa sekolah dulu pernah berangan nak jadi penulis novel. Besar sungguh angan-angan tu. Aku suka berangan dapat hero yang macam Adam Mukhriz tu, ! dan itu semua berpunca daripada novel.

Aku suka bila cikgu bm bagi homework suruh buat karangan even kadang-kadang kalau dia masuk kelas pon aku mengantuk dan aku selalu siapkan karangan aku last minute masa pagi lepak dekat dataran padahal lepas perhimpunan terus masa Pn. Mariam, cikgu Bm aku.

Walau ramai orang tak suka BM dan benci buat karangan, lain pulak aku. Aku cinta karangan! sebab aku akan luahkan segala yang terbuku dalam hati dengan menulis apa yang aku suka. Dan aku suka bercerita melalui penulisan.

Masa aku umur 14 tahun, aku pernah juga cuba untuk tulis novel. Berangan apa yang ada dalam fikiran. Tapi cuma sekerat jalan dan bila aku ingat balik apa yang aku cuba tulis, aku rasa kelakar dan penuh ke'poyo'an. Dan kertas itu hilang entah ke mana.

So bagi melepaskan gian untuk menulis, mencurahkan isi hati aku, ini lah tempatnya. Cuma yang beza, dulu aku buat karangan pakai pensil dan kertas, tapi kini hanya taip di keyboard laptop sahaja!

Perubahan teknologi orang kata!

Dan Alhamdulillah. Salah satu subjek yang aku dapat A dalam SPM adalah bm. Dan sekarang aku rasa macam nak balik ke sekolah balik dan menulis. Dah lama tak pegang pen ni -______-

zaman muda! 




Sinar ramadhan.. Rahsia ramadhanku

Lagi beberapa hari je nak puasa dah. Mesti ramai yang mengeluh 'alooo. tak puas lagi enjoy, nak puasa dah. Leceh lah' . Itu kategori iman tak kuat.

Haa, itu pendirian masing-masing lah kan. Tapi bagi aku, 50-50. seronok dan tak seronok. So maknanya goyah jugak kan iman aku? aku pun manusia biasa. Yang seronoknya sebab selama 30 hari ni, aku dapat ketenangan, rasa selamat je. Dan yang tak seronoknya pulak, kalau terpaksa shopping untuk raya masa petang ramadhan, tengok air tak boleh beli. Dan terpaksa lah beli air liur...

Dan bagi orang perempuan, selalunya masa nak dekat puasa ni lah, kelam kabut nak ganti puasa yang pernah tertinggal dulu atas sebab-sebab keuzuran yang utamanya. Memang selalu jadi macam ni. Masa dah nak tercirit baru nak lintang pukang bagai. Dan aku lah salah seorangnya. Hehehe. Tapi dah selamat ganti dah pon.

Hmm, aku ingat lagi masa kecil, ibu ayah memang dah ajar puasa start umur aku 5 tahun. Bayangkan budak kecil umur 5 tahun puasa. Comel comel comel. Teringat upin ipin.

Dan kisah bermula...

########################################

Dulu aku ni nakal jugak.Biasa lah budak-budak. Setiap orang ada cerita sendiri.

kejadian berlaku di sebuah rumah di Selayang. Yaa. rumah pengasuh ku dulu.

sekumpulan budak kecil berlari-lari bermain polis entry.

'polis entry want to jaga, polis mati pencuri jaga!'

"haah! ija jadi!" sahut seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 6 tahun.

Dan aku pon berlari-lari mengejar rakan-rakan sepermainanku.... Dan aku kehausan..

teramat haus... Aku pon berhenti bermain. Rakan-rakan ku yang lain meneruskan permainan sorok-sorok.

Ruang tamu lengang...! dan jeng! jeng! jeng!

Mata aku tertumpu ke arah meja makan! aku nampak ni!!!


Teh o ais!! atas meja!

dan the next step, apa aku buat? baca lagi!

aku nampak ada cawan kosong atas meja! ahh! cantik!! tengok keliling, takde siapa, aku cepat-cepat tuang ke dalam cawan, dan ahhh.. selamat sampai ke tekak!!

dan kawan-kawan aku pelik aku dengan bertenaga dan bersemangatnya nak join dorang main balik. Dan aku ceria menghabiskan permainan tersebut dengan muka yang segar bugar berbanding muka kawan-kawan ku yang macam kena lenyek dengan selipar jepun nenek!

##########################################################################

haa! itu cerita 13 tahun yang lepas! sebenarnya ada lagi adegan-adegan aku cilok-cilok masa puasa. Bukan cilok duit, tapi cilok makan. hahaha! biasa lah budak-budak. Dan aku bahagia bila ingat balik kehidupan aku zaman aku kecil-kecil dulu. Betul lah kata orang, zaman kana-kanak lah paling bahagia. Tak payah nak pikir banyak masalah. Nak cari duit macam mana, kita cuma pikir nak maaaaaaiiinnn je keje nya. Tapi masa kecil, aku selalu tak sabar nak jadi dewasa nak kawen dengan putera raja! hahahaa.

Dan aku rinduu ija kecik!

*Aku dah reveal rahsia aku cilok puasa masa kecil dulu. Korang bila lagi nak reveal? aii, jangan disimpan-simpan. Tak elok. hehehhee. Dan kepada sesiapa yang tengah bertungkus lumus berhempas pulas qada' puasa, selamat berjaya mengahrungi pahit-pahit getir.! haha. tulah, dulu suruh ganti awal-awal, 'lekluuuhhh'! Apa-apa pon, selamat berpuasa semua !

Hiasi ramadhan anda dengan keikhlasan! Sentiasa mengharapkan ini bukan ramadhan terakhir untuk kita .!

put yourself on my shoes!


eie. Busuk-busuk! apalah HD nak suruh aku letak diri aku kat kasut dia. Sangat tak senonoh betul punya perempuan! -.-

Kau skema! sastera kan lah diri kau tu! athooi! itu pun aku nak ajar kah?

Pernah tak anda-anda yang membuka blog saya secara rela, paksa, memasuki blog saya dengan permit halal mahupun haram(yang sememangnya aku cop sebagai PATI) ,terfikir atau terdetik atau tertonggeng terbalik memikirkan yang....


HD ni macam gudgud(good-good) aka bagus-bagus je sebab kebanyakan entry-entry yang dia buat macam lah perfect sangat sebab berbaur motivate to people. 


Ye.. kalau takde siapa terfikir macam tu, tapi aku terfikir dah ni. Sedang memikirkan lah ni. Daripada aku biar diri aku nampak bagus je bagi korang pada masa akan datang, maybe korang akan kutuk aku, so aku ambil langkah pencegahan awal.(cehh ayat macam lah artis bintang paling popular kalah shaheizy sam)


Aku suka buat entry yang lebih ke arah motivate orang sebab aku ni insan biasa yang punya banyak kekurangan, kelemahan. Setiap ayat-ayat motivate yang aku masukkan dekat blog ni, sebenarnya untuk diri aku ambil point jugak. Bukan untuk suka-suka berlagak sana-sini kata aku hebat. Dalam aku motivate orang, dalam masa yang sama juga secara tak langsung, aku motivate diri aku sendiri. So, kira adil lah. Ilmu tu tak harus dipendam seorang. Dan aku bukanlah spesies yang KEDEKUT ILMU macam sesetengah orang di muka bumi yang berbentuk sfera ni.


Apa?? bumi ni sfera ke???


yelaahh. habis kau ingat petak berliku-liku ke?


Haa,  tengok contoh. Aku share dengan korang bagi sesiapa yang tak tahu lagi bumi ni berbentuk sfera walaupun korang dah tahu dan aku nampak macam bodoh je sentuh pasal bumi ni sfera. -_____-






It's really painful to say goodbye to someone that you don't want to let go but its even more painful to ask someone to stay if they never wanted to stay.


Highlight  this!!


Bagi orang yang kecewa bercinta tu, kalau rasa orang yang kita sayang tu dah tak bahagia dengan kita dan dengan cara melepaskan dia boleh buat dia bahagia, lepaskan jelah. Redha je dengan ketentuan. Bukankah dengan membuat orang yang kita sayang senyum, kita akan rasa bahagia? dan jika senyumannya itu boleh didapati di luar, bahagia kan lah dia dengan cara tu.. 


Let 'love' go..


Eee. HD baru habis sekolah nak motivate orang pasal cinta.. macam lah aku nak dengar!


Kau! dengar sini! cinta tu universal! even budak umur  5 tahun pun dah ada makwe. Sangat ke hadapan ye bebudak zaman sekarang! aku masa umur 5 tahun tengah nak main masak-masak lagi bodoh-bodoh tak pandai pon sebut perkataan 'cinta'. Ingat mengingati tu kan amalan mulia. Tak semestinya yang tua je betul dan yang muda tu akan terus dilabel salah di mata dunia! haa. amek kau. Kadang-kadang yang tua ni lah selalu buat salah, dan tak salah yang muda belia ni nak menegur.


Ini sekadar renungan bersama. Tidak ada kena mengena yang hidup ataupun dah tiada. Jangan nak saman aku sudahlah.


### fobia aku. Ramai blogger kena naik turun mahkamah sebab cara penulisan yang melampau. Dan aku harap aku tak :)###

Monday, 25 July 2011

Nak buku lama ke buku baru



Bagi budak sekolah, masa nak dapatkan SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) mesti ada yang berebut-rebut nak dapatkan buku yang baru yang tak pernah orang sentuh lagi. Haa, jangan kata takde pulak. Aku tahu sebab dulu aku dengan geng-geng pon selalu macam tu. Risau je dapat buku yang buruk.

Teruk kan perangai? well, itulah manusia. Sering memandang rendah dalam sesuatu perkara. Contohnya buku ni. Aku nak ambil contoh senang yang dekat dengan kita. Hidup seorang manusia tak lengkap kalau tanpa buku. Tengoklah kalau kita ingat balik zaman kanak-kanak kita, parents kita begitu ghairah membelikan buku untuk kita. Selalunya buku-buku yang ada gambar apple sebesar gedabak. Buku cerita pasal monyet mencuri, dan kebanyakannya buku teladan. Standard lah untuk budak-budak. Bak kata orang, kalau nak melentur buluh tu, biarlah dari rebungnya(pepatah yang wajib ada dalam setiap exam karangan aku).

Okay jangan menyasar dari target, kita balik ke aim utama. Aku bukanlah nak cerita pasal buku sebenarnya. Buku tu aku just selitkan sebagai bahan rangsangan sahaja. Bukan aku mahu korang terangsang ke apa, tapi untuk nak bagi figure pada otak masing-masing.

Cuba refresh balik dalam kehidupan seharian kita, pernah tak kita pandang rendah  pada orang lain yang kurang daripada kita? contohnya orang yang kurang handsome/cantik. Kalau kat sekolah, kita tengok orang tu tak cantik/tak handsome, mesti kita taknak dekat atau paling-paling command pon dalam hati kita berbisik setan jahat, 'eie, nasib baik aku lagi handsome/cantik dari dia'. Cuba kalau kita jumpa orang yang lagi handsome/cantik dari kita, dan orang tu akan buat perkara yang sama macam mana kita buat kat kawan kita yang baru kita kutuk tadi. Apa rasa?

Bukan kita nak pon jadi tak handsome atau tak cantik kan? kalau boleh semua orang nak jadi handsome/cantik. Tapi kalau semua dah handsome/cantik, siapa pulak nak jadi beast? Beauty and the beast. Ataupun ugly duckling. Siapa nak jadi duckling? Tuhan tu maha mengetahui sebab tu lah dia ciptakan makhluk kat muka bumi ni bervariasi. Baru ada warna kehidupan orang kata.

Dan kalau nak pilih pakwe/makwe pon, mesti nak yang cun-cun body tiptop mantaops gitu. Yang menggelebeh/kerempeng macam cicak tak mao. Tolak-tolak! kan3??? kuning betul lah otak korang ni.

Kita amek contoh buku. Bagi aku lah, masa baca buku baru yang kulit pon macam kulit baby punyalah bersih tanpa sebarang cela mahupun habuk, aku rasa macam kosong dan feel tu kurang. Tapi kalau baca buku lama yang dah kuning-kuning warna, banyak conteng-conteng sisa-sisa notes di tepi, aku rasa macam hidup. Feel tu macam aku tahu semua pasal buku yang aku baca tu.



Dan tak semestinya buku baru tu bagus kualitinya dan buku lama tu tak bagus dan ketinggalan zaman. Kadang-kadang buku baru ada muka surat yang blank. Yang buku lama, dah sah-sah mesti ramai orang yang dah baca sebab tu jadi lunyai sampai macam tu.

hmm, macam nak pilih teman hidup, luaran cantik tak melambangkan apa-apa kalau dalamannya kosong. Jadi, biarlah luarannya nampak biasa tapi dalamannya sangat indah.

Sunday, 24 July 2011

Tulang belakang

ini awak!
Tak kira saya tengah happy, sedih, sakit, jatuh, bangun, duduk, awak sentiasa ada di belakang. Awak akan pastikan saya tak terus jatuh dalam dunia yang saya cipta.

sentiasa ada.
Awak bahagia saya. Macam saya kata:

Setiap kali benda buruk berlaku dalam hidup, kita sering berbisik 'ini yang terakhir'.Dan setiap kali benda bahagia yang hadir dalam hidup, kita selalu berharap 'ini yang pertama'.

Dan saya harap ini yang pertama.
Awak 'bahagia' saya. Selamanya..

Saturday, 23 July 2011

A Balloon...

if a balloon fly away, theres no chance for u to get it back.
You never know what you have until you lose it, and once you lose it, you can never get it back.


Bila manusia dah rasa diri kecundang..

Friday, 22 July 2011

Jangan Sampai..



hati aku dah kosong. Sebab dah terbiasa macam ni. Dan satu kelemahan aku, aku cepat bosan. Dan aku dah mula terasa bosan hidup yang macam ni. Aku tak malu mengaku kelemahan sendiri sebab memang setiap makhluk tuhan tu dicipta ada kelemahan dan ada kelebihan. Dan aku bersyukur menjadi aku.Sekiann.

Thursday, 21 July 2011

Kenapa lelaki tak boleh lari

wish i were a balloon so that i can fly freely without thinking backwards. 
dari sifat gatal..! Kenapa ? even yang dah ada bini pon, kalau nampak pompuan cun sikit, mula lah dok jeling-jeling xsedar bini cun melecun kat sebelah. kenapa? kenapa? bila di tanya jawapan standard yang akan diberi:

1)orang lelaki ni banyak kasih sayang. Sebab tu lah kalau kasih sayang dibahagi-bahagi pon, tak luak pon.
2) eh, lelaki kan kuota boleh kawen 4?!
3)bukan saya yang gatal, pompuan tu yang jeling-jeling dulu. emm, mungkin saya handsome sangat kot. =.=''
4)alah, kalau saya nak tambah lagi 1 pon, saya mampu. (amboii. cakap macam cukup je iman kat dada tu)

Amboi.. senangnye dorang kan. Nak suruh orang pompuan ni share-share sesama sendiri. Nasib baik orang pompuan xboleh kawen banyak. Kalau tak, nak je suruh dorang rasa hidup bermadu. Tengok apa rasa.

Tuesday, 19 July 2011

GEMPAR! VIRUS BAHAYA UNTUK FACEBOOK RANCAK MENULAR




Sekarang ni memang kecoh huru-hara macam nak terbalik dunia masing-masing rancak buat status fb pasal virus dajal ni! aku pon ikut geram. Dah macam-macam cara aku buat mengikut nasihat rakan-rakan tapi still dapat jugak chat bodoh yang berbunyi 'Hi.how are you'. Even dah off chat pon, tapi still boleh appear kat inbox aku. Aku pon tak tahu kenapa lah fb ni semakin bangang dan menyakitkan hati. Agaknya ini salah satu cara nak suruh aku deactivate akaun aku kot. Kot ye pon kalau nak suruh aku deactivate akaun fb pon, tunggulah bila aku umur 60 tahun nanti. Itupun kalau panjang umur lah-.-

Eie... siapa lah hacker yang bijak pandai tapi otak ada masalah kemunduran mahupun kemurungan ala-ala pms ni.Apa kau ingat kau sorang nak hidup cari makan? buat dunia sendiri lah weyh. Makan tidur berak sendiri. Sengal menyusahkan orang. Tulah, dulu masa kecik taknak pergi, dah besar bijak pandai, membodohkan orang pulak. Hidup segan mati tak mahu. Memang tak boleh tahan.

Bayangkan kalau yang kena tu bapak korang yang boleh dikategorikan buta it, tahu buka fb je. Dokumen office melambak dalam pc or lappy. Sekali naik high dia layan chat 'Hi. How are you' , terbang segala dokumen. Kan boleh melingkupkan company kalau macam tu.

So, kesimpulan dari entry ni? emm, aku just nak lepaskan geram je. -.- Apsal lah boleh wujudnya benda bangang lagi menyusahkan ni. Apa puncanya? Dan aku nak cakap je.. aku type di keyboard buat entry ni dengan seribu satu rasa. Geram, marah, meluat, macam-macam. Sebab aku benci dapat massage annoying tu! Bila lah benda ni nak berakhir ! Dan aku tak tahu apa yang aku tulis ni sebenarnya! Kbai -.-

Thursday, 14 July 2011

baby had an accident! babyy???

wah-wah. kesian baby. Siapa baby aka gemok? adik aku lah. Oh tidak sekarang dah tak boleh panggil baby dah. Dia suruh panggil adik. Eksyen -.-. Dia Accident beskal(basikal) . Hekeleh beskal je pon fieza oi. Memang lah basikal je pon. Aku pon tak amek port sangat. Tapi bila aku tengok balik, bibir dia pecah, hidung dia berdarah meleleh-leleh sampai ke seluar bagai, erk! adakah itu darah? waa cabutt!!!

Memang sakit. Eie kalau aku kena macam mana lah. -.- Susah lah aku nak membebel , susahla aku nak makan. hehe. Ok mok, lepas ni kurus lah kau ye.

ini gemok aka baby aka adik , masa sihat .
dalam sakit-sakit tu, boleh pulak eksyen dengan aku, melawan pulak tu. Ada jugak makan penamporrr . hai Gemok-gemok........................

Bibir dia ala-ala Neyo ni. Tang bibir jela. Tang suara tak. Admire gila kat neyo ni 

Wednesday, 13 July 2011

penyekodeng internationale


Tengok gambar, ada visitor dari taipei and 'beliau' memviewkan (rosak bahasa)  maksud cina buta. Mesti dia ingat aku kutuk diri dia kan? sebab taipei kan cina? cina malaysia kott. Kalau tak macam mana dia boleh paham apa yang aku tulis dalam bahasa melayu .owh. google translate kan ada .

Tuesday, 12 July 2011

Vlogger tempatan salutee~

Dah namanya takde keje, aku buat lah keje sendiri. So, dalam dok bosan menternak lemak tu, aku layan video-video dari dorang ni. Memang happening gila~
Ini mohd luthfi. Known as mathluthfi. Dia ni ranking pertama dalam list vlogger tempatan

Noor anwar hadi. Known as InianwarHadi. He's in ranking 2.

Maria Elena Zarul. Ranking 3. Adore her. sangat chunn.






it start from here

Entri ni aku just nak sembang pasal trip aku hari tu. Jangan terkejut kalau aku kata, selama aku hidup ni, ini first time aku jejak kaki ke Kelantan. Kesian kan? hehehe. So, agak batak lah nak pergi negeri laki ku tuh (KFCM) .  Ok perasan lagiik .

Semua tahu, perjalanan nak pergi kelantan ni, memang amik masa yang lama. Kematu punggung duduk lama-lama. Sebab tu bagi yang tak biasa macam aku ni, tawakal jelah.Nasib baik naik bas boleh tidurr. Yuhuu. Kalau time mengandung nak pergi Kelantan, aku tak tahu nak cakap macam mana. Nasibla ...
Gambar gedik sebelum pergi! -.-''
Kami set time, pukul 8.30 malam dah gerak keluar Shah Alam. And pukul 9 malam dah sampai Selayang untuk ambik orang kat sana pulak. Tapi memang dugaan betul perjalanan kali ni, ada pulak BERSIH bagai . Sebelum ni, aku tak amek port sangat sebab mungkin impak besar tak kena kat aku, tapi bila dah perjalanan yang sepatutnya pukul 8.30 malam, tapi kitorang terpaksa gerak pukul 12 malam , ape cherr? menangis tak berlagu kat situ. Aku sempat ulang alik buang air taw! memang bengang tahap tak hengat !  Apa yang dorang dapat dengan buat demonstrasi macam tu? sampai gaduh-gaduh bagai. Yang ni salahkan ni, yang nun salahkan sinun. Macam ni ke contoh yang baik untuk generasi muda yang akan datang yang bakal memimpin negara nanti? Kata nak bagi teladan dan contoh yang baik untuk anak muda, Cintailah sungai kita, budi bahasa budaya kita, hormati orang tua, semua dah di ajar, dah belambak iklan kat tv. Tapi yang buat iklan tu pun kita tengok gaduh live, macam mana kita nak contohi mereka?

erghh. okay, aku emosi kejap. Sebab aku geram sangat ! semua jalan tutup nak keluar dari Shah Alam pun susah! -.-'' 8.30 - 12.00 , aku boleh tidur lagi patutnya.! oh silap bukan pukul 12, tapi 12.30! (lepas tengok notes dekat fon) hehehe... dan perjalanan pon bermula dengan masing-masing membawa hati yang sebal. T_T

Pukul 6.30 pagi kami sampai di Gua Musang. RnR lah kot. Ntah lah aku pon tak sure tempat apa sebab aku bangun tidur, yang aku tahu dah sampai, bas berhenti, aku turun lah. hehe. (Agak kalau kena jual pon aku tak tahu). Kami solat subuh, dan perjalanan diteruskan.

Lebih kurang dalam pukul 9, kami sampai di Rantau Panjang untuk shopping apa pon aku tak tahu macam tak ingat dunia. Sebenarnya aku pon tak tahu kat Kelantan ni apa barang yang best untuk dibeli. Aku ikut je ibu aku nak beli apa.
Ini yang dikatakan dunia dah maju. Nak ingat nombor plat bas, tangkap je gambar senang. Tak payah nak ingat-ingat bagai


Ini SEBAHAGIAN jee yang diborong ibu. Nasib baik ayah tak ikut. :P
Pukul 1petang kami check in hotel di Kota Bharu. Ridel Hotel kalau tak silap. Dan ahh... akhirnya aku jumpa juga katil dan apa lagi? tidoooo -.-

Pukul 6 petang pulak ibu aku kerah aku teman dia pergi pasar Siti Khadijah. Jalan kaki je. Dalam 10 minit sampai. Dan benda pertama  yang aku nampak kat pasar tu yang aku suruh ibu aku beli, Sotong bakar. hahaha Aku ni memang hantu sotong. Bagi lah aku sotong apa pon, memang selamat mendarat dalam perut. Dan aku agak batak makan sotong bakar tu. 2 kali aku beli. wahh. and sekarang nak lagi ! Kat Shah Alam mana ada. Kat Kelate je adaa.
Ini sebelum pegi pasar tu!

Pukul 6 kami keluar bilik, balik pukul 7.30, solat apa semua, then pukul 8 malam kena turun balik berkumpul. Pergi wakaf che yeh(cik yah dalam loghat biasa) pulak. Aku ingatkan dekat, rupanya jauh jugak kena naik bas. And aku tersangatlah seksa sebab tak cukup rehat, so rasa takde feel pon pergi situ.Kami balik hotel dalam pukul 12malam.

Dan aku pon meneruskan misi aku. Membongkang lah apa lagi . zzzzzzzz.....(Jangan kacau!)

Esoknya pulak, bangun pukul 6 pagi, wahh. teringat pulak zaman sekolah dulu. Bersiap untuk breakfast and pasar lagi sekali. Aku cekalkan hati . waaaa....

Bersama kawan ibu!
pukul 11 dah balik hotel dan bersiap untuk check out pulak pukul 12.30 . yeye~ nak balik! alaa~ sotong bakar :(

Nampak tak?! itu plastik? guess what dalam tu T_T macam-macam ado.

Muka fresh plastik. Kaki ku sakiitt!
pukul 3 gerak balik. yeba-yeba~

lapor tunggu orang, dari makan orang, baik makan nasi

oh ibu! hee
So, babai Kelate. Entri ni macam merepek je kan . Padahal pergi kelantan je pon. -.-. Tapi it request from a person actually. So, aku buat jela memandangkan aku masih lagi dalam mood menganggur.

And lagi satu, aku excited pergi kelantan sebab macam-macam makanan yang aku tak penah makan aku jumpa. Sotong bakar, aiskrim campur(kot nama dia. ada jelly-jelly), ketam ubi bakar, eieh macam-macam lah . Dan aku terpaksa setopp(stop) sebab dah terliur . so babai olls .


Monday, 11 July 2011

Hide my picture


Sorry i've hiding my picture on fb. Ini cara terbaik buat masa ni. Kesulitan amat dikesali. hehe.

Friday, 8 July 2011

i'm off for 3 days yaww!



i'm joining a trip of my mom's office to kelate chek siti wea kembe (loghat kelate) at this 9 pm. So, babai uolls and take care~ so, jangan tercari-cari lah ye kat fb tu mana HD! :D

Ada ke yang nak rindu? okayy later on when i'm back, say hye to me and say together that 'aww HD! i miss u!' haha and i'll be glad. And i'm just kidding -.-''

okayy tipu and penuh perasaan perasann-______________________- +gedikksss yang teramat. ok chiaww bye~

LOL~ Fieza <3 (lots of love okayy) not (lu orang loser) -.-

Thursday, 7 July 2011

if i can get this


The world of the teddy bear is an innocent one, a world that gives delight and hurts not, a world that appeals to all generations and all nationalities.




ILOVEYOU, dear love

Kenali Wanita Melalui cara berjalan

Berginjat
Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dipercayai tidak jujur. Ketika berbual, perkataan yang sering keluar dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain.
Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego. Namun jangan risau, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana memiliki wajah yang menarik.
Menoleh ke kiri dan ke kanan
Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak jujur dan sombong tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hati mereka. Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.
Menunduk
Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memiliki sifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja.
Wanita seperti ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebabnya, wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
Kepala menegak
Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.
Badan bergoyang
Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan, tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, ia akan dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Sifatnya yang suka ambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.
Badan menegak
Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menariknya, wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat-sifat yang manja.
Seperti zirafah
Jika berjalan seperti zirafah, maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini memiliki perasaan sensitif. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Wednesday, 6 July 2011

Disebalik kuasa seorang wanita

     Behind every great man there's a great woman


Wanita sering diperendahkan. Sering diperlekehkan. Macam yang terjadi di negara bregolak? ada wanita yang tak diberi peluang untuk bekerja, untuk keluar rumah, bahkan nak pergi sekolah pon, diHARAMkan. Apa kejadahnya? bukan ke menuntut ilmu tu wajib dan xterkecuali untuk wanita.


Kalau kat Malaysia ni pulak, masa tengah drive waktu-waktu puncak yang masing-masing memang nak cepat sampai tak hengat dunia, tiba-tiba pulak time tu ada kereta depan ni bawak alahaii slow motion nya macam bawak beskal. Mula lah nak pi hon-hon bagai, siap dah sedia nak potong ni, kalau tu je takpe, siap sumpah seranah lagi bila dorang dapat tahu, laa. pompuan. Selalu dorang akan cakap macam ni "laa. pompuan! patutlah! lembap nak mampos!"


Memang hot! memang hot! dorang tak sedar agaknya, cuba bayangkan kalau mak korang kena macam tu, mak korang bawak kereta punya lah slow ikut had laju ditetapkan, tetiba ada mamat ni dok nak potong-potong agaknya nak terkencing lah agaknya lepas tu siap bukak tingkap, maki-maki mak korang, siapa tak hangen? Marah tak? sedih tak? Ada rasa macam nak sondol tak kereta mamat tu? Terkebil-kebil mak korang buat muka comel dia.


Hmm. kalau kita ingat balik, pengorbanan perempuan ni besar sebenarnya. Senaraikan HD:


1. Mengandung
    Lelaki boleh mengandung? Jadi penderma je boleh la. Tapi kalau setakat menderma tapi penerima takde, macam mana pulak? Ambik point ye di situ.


2. Perempuan sifat sabar dia lebih berbanding lelaki.
   Kalau anak menangis, anak menggelejat guling-guling macam tenggiling kena bakar atas lantai shopping mall nakkan teddybear besar gedabak,mak senyum je kat orang sekeliling cover cun. Tengok muka bapak pulak? adooii. singa laporr~


3. Melahirkan
    Sanggup bertarung nyawa nak bagi korang tengok dunia, nak bagi korang rasa nikmat hidup tu macam mana.


4. Menyusukan
   Haa. ni lelaki memang tak boleh buat.


5. Lembut hati
    Perempuan ni lembut hati. Kalau tak percaya, cuba try ayat perempuan dengan ayat 'kaw-kaw' punya. kompom-kompom(confirm) cair.


6. Penyayang
    Kalau korang menangis kena marah dengan ayah, siapa yang korang cari? mak! masa tu lah mak akan pujuk, masakkan makanan sedap-sedap.


7. Peka
    Lebih peka akan alam sekeliling berebanding lelaki. Semua benda kalau boleh dia nak amek tahu, kalau lelaki? dah-dah jalan!


8. Teliti
    Masa korang nak buat persiapan kawen, siapa yang terlebih busy?mesti perempuan. Itu tak kena,  ini tak kena. Nampak macam cerewet, tapi dorang just nak pastikan semuanya ikut apa yang dah dirancang, kalau semua elok terletakkan sejuk hati semua.


Ini hanya sebahagian saja mengikut pendapat aku. Ada banyak lagi sebenarnya kalau nak selidik betul-betul. Pendek kata, hidup ni tak lengkap kalau takda WANITA. So, jangan nak memperlekehkan kemampuan seseorang perempuan tu.Ada yang kata, perempuan ni lembap buat keje, tapi pernah tak terpikir anda-anda sekalian, bahawa sempurna ke keje anda tu kalau buat sepantas kilat sekalipon?


Boo.~ entry ni ada macam aku kutuk lelaki ke? sorry ye kalau ada yang panas ke baca, aku tak kutuk pon, cuba baca balik, aku cuma tulis tentang wanita je -.- kalau tak kaum sendiri yang bela nasib sendiri, siapa lagi kan? 







Warning Untuk Facebook!

"FB has changed again without any notification. Take a look at your URL (top box on your screen.) If you see "http" or just "www" instead of "https" you DO NOT have a secure session & can be hacked. Go to Account Settings - Account Security - click 'Change'. Check box (secure browsing), click Save. FB has automatically set it on the non-secure setting! Do everyone a huge favour"


Macam statement kat atas ni, kita tahu, nak buat FB ni free, tak payah nak kena bayar bagai. Macam korang kena bayar mahal untuk nak dapatkan secawan kopi kat Coffee Bean. Dah kata benda percuma, benda yang tak memerlukan kos. Kalau korang kerja, tapi korang tahu korang takkan dibayar gaji, ada korang nak buat kerja tu elok-elok macam pekerja yang dibayar gaji riban-riban? takde kan? melainkanlah kalau hati korang tu betul-betul suci murni macam minyak masak tu. Tu pun kalau wujud ramai lagi lah orang yang berhati macam tu.


So, aku just nak share lah. FB ni dah xselamat! Hari tu aku baru baca paper, FB pon boleh kena hack. Bukan setakat FB je, web-web lain pon kalau dah namanya hacker tu, dengan berbesar hati dan besar kepala lah dorang boleh hack korang punye akaun ikut dorang punya suka. dorang pon boleh dapatkan maklumat peribadi kita dengan hanya amek nombor telefon atau nombor akaun kita yang kita tulis kat fb. Selalu jadi kat online sellers and buyers. Dan jangan terkejut kalau aktiviti dorang ni tersangatlah menguntungkan. Beriban-riban dorang boleh dapat dengan aktiviti ni. Cuma dorang kena jawab lah kalau SKKM dapat tangkap. Sendiri mau ingat.


So the precaution is, korang kena buat macam yang aku cakap kat atas tu. Check balik security akaun korang kat account setting. This is for your own good. Kalau korang xnak buat, sukahati lah. Jangan nanti dah tersungkur baru nak tergadah.Kalau  jenis yang malas baca, tak boleh tengok huruf lah konon, ahh, lantak kau lah. Ada aku kesah? setakat baca ayat pendek pon malas, buang air takde lah pulak kata malas. piirahh. alasan budak tadika.!


Selamat Berjaya!

Sucinya Putih

tengok atas! tengok atas! (muka excited buat-buat mata besar) hehe. Nak bagitahu je, HD dah tukar header baru. Background pon dah tukar. Simple je. Amek design yang dah disediakan oleh blogger.com. Warna pilihan hati, putih. Nampak simple sangat and tak serabut.Nak baca pon senang. Tak stress tengok macam-macam kaler ada. Buat masa sekarang ni, biarlah design ni di kekalkan dulu. Kalau nak tukar pon mungkin amek masa ikut mood. Agak-agak dah kebosanan tahap melampau, aku akan sedar kan diri aku to change the design -.-

Adios~

Maksud Cina Buta.!

Entry kali ni bukanlah nak berkisar tentang sifat-sifat perkauman atau lebih mesra, racism. Cuma terbuka hati nak share something pasal hukum-hakam islam. Bukanlah nak tunjuk pandai konon alim ke hape. Aku sedar memang banyak khilaf yang aku buat ,Wallahu'alam. Sebab tu aku nak share benda ni untuk jadi renungan dan pengajaran selain untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang islam agamaku. Tak salah rasanya.


Istilah 'cina buta'hanya terkenal didalam masyarakat Melayu.Dalam istilah fekah disebut 'muhallil' 
Erti 'muhallil' ialah yang menyebabkan halal kahwin.Mengikut hukum Fekah seorang yang sudah menceraikan isterinya tiga kali sama ada sekali gus atau satu demi satu tidak boleh merujuk kembali kepada isterinya itu.Ini adalah satu hukuman berat yang sebaiknya diambil perhatian oleh para suami.

Jika suami itu nak berbalik semula kepada bekas isterinya maka dia hendaklah berkahwin dengan orang lain terlebih dahulu. Jika suami baru itu menceraikannya barulah bekas suaminya dahulu boleh berkahwin dengannya semula.Proses inilah dinamakan sebagai cina buta.Proses ini mesti menurut beberapa syarat iaitu:
1.Janda itu sudah habis iddah dengan suami pertama.
2.Janda itu kemudian berkahwin dengan suami baru.
3.Janda itu diceraikan oleh suami baru itu dengan kehendaknya sendiri.
4.Janda itu habis iddah dengan suami baru.

Selagi tidak memenuhi lima syarat ini tidak bolehlah suami lama berkahwin semula dengan bekas isterinya itu. Dalam hal ini kalau bakal suami baru itu dibayar upah untuk berkahwin kemudian bercerai secara paksa adalah tidak sah. Begitu juga seorang lelaki tua(yang sudah tiada nafsu dengan perempuan)tidak sah dijadikan muhallil.


Kahwin seperti ini adalah satu perbuatan yg dilaknak oleh Allah,

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Allah melaknat muhallil (yang kahwin cina buta) dan muhallalnya (bekas suami yang menyuruh orang menjadi muhalil) (Riwayah Ahmad)

Hukum menjadi Cina Buta adalah tergolong dalam senarai dosa-dosa besar.

Si suami yg telah menceraikan dgn talak ba'in itu boleh merujuk si isteri yg asal tadi apabila telah diceraikan oleh lelaki itu dengan atas niatnya sendiri bukan kerana menjadi Cina Buta. 



Gambar Hiasan semata
Contoh kes:

Talak1-Rujuk semula dlm edah(tak perlu nikah)
Talak2-Rujuk semula dlm edah(tak perlu nikah)
Talak3---Tak Boleh rujuk dan tak boleh nikah.

Jika pertama kali suami mengucapkan talak tanpa disebutkan nombor cth "Aku ceraikan kau" maka jatuh talak satu.
kemudian rujuk
lepas tu suami mengucapkan talak lagi tanpa disebutkan nombor cth "Aku ceraikan kau" maka jatuh talak dua.
kemudian rujuk
lepas tu suami mengucapkan talak lagi tanpa disebutkan nombor cth "Aku ceraikan kau" maka jatuh talak tiga.
Maka habislah ikatan suami isteri tu tadi.
-------------
Jika pertama kali suami mengucapkan talak, terus talak 3, maka sama seperti telah mengucapkan 3 kali talak.
"Aku ceraikan kau talak3"

Hanya boleh nikah semula jika dan hanya jika ex wife telah nikah dgn lelaki lain dan telah bersama, serta telah diceraikan oleh suami kedua tadi dan telah habis edahnya.

setelah habis edahnya maka bolehlah perempuan tadi bernikah dgn suami pertama. Dan talak yg ada untuk pernikahan kedua ini adalah sama spt mula2 berkahwin. 3 talak.



oohh. baru aku tahu and paham apa itu cina buta yang dimaksudkan. Bagus betul dan xsia-sia aku mengabdikan diri aku berpeluh-peluh baca novel Rindu Di Awan Biru yang Meen Zulaikha tulis masa rumah aku tengah blackout. Bayangkan 8 jam aku berpanasan dan aku terpaksa berkampung dekat sliding door rumah aku semata-mata nak dapatkan port sejuk yang selesa nak habiskan baca novel ni. Even terpaksa bergelap pon aku capai jugak lilin nak baca! sungguh kau ye fiza! sape Meen Zulaikha? ala, yang penulis novel Nora Elena tu. ish, Kesian Kapten Akmal Hakim! 


Jadi kesimpulannya, senang. Jangan bertindak melulu ikutkan sangat hati yang panas. Bak kata orang, Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kang hati tah ke mana , bini tah kemana, menyesal seumur hidup. Hidup ni senang je nak faham hukum dia, sebab bila dah takde depan mata, masa tu lah mengigau cari, masa ada depan mata buat tak nampak je.
Gambar hiasan semata!




Aku tahu, setiap orang inginkan perkahwinan dorang berkekalan hingga hujung nyawa. Jadi, hargailah apa yang ada depan mata.


*Kenapa Cina Buta? entahlah. aku pon tak tahu macam mana boleh timbul nama ni. 















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...