Followers

sugardaddy saya

Tuesday, 15 March 2011

Selit-selit lama-lama jadi bukit .

Pepatah aq mengatakan yang tertulis di entri ye . Kepada reader-reader sekalian, kalau yang masih bersekolah dan sedang or bakal menduduki exam besar macam UPSR, PMR, SPM, STPM dan sewaktu dengannya, anda dinasihati supaya jangan gunakan pepatah saya yang bakal termaktub dalam kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka versi 2103 jika anda mahu 'luloose' .

Ni salah satu tabiat aq . Suka letak barang sepah-sepah . Haa. .  kan dah nampak pemalas nya tu . Ye. .  aq akui aq sememangnya pemalas =.= . dah ! korang xpayah cakap pape dengan aq ! majok2!!!

Salah satu yang spesel nye tentang aq, aq suka letak duit sepah2. .  Haa. .  bg yang agak2 mata duitan sikit tu, dah terbeliak lah kan biji mata korang . Tapi, aq bukannya kaya mana pun nak letak duit sepah2 atas jalan RM 100 sepuluh keping . Wah2. . free2 je lah bagi korang kan . Tidak2. .  Maksud aq, sepah2 letak merata kat rumah. Kadang-kadang bila ada orang bagi duit, aq letak dalam poket seluar lah, Dalam handbag lah, selit2 dalam purse lah and ada beberapa lagi tempat persembunyian aq .

Sebab apa macam tu? Sebab, bila dah sepah2 kalau aq jumpa balik duit yang aq x ingat letak mana dulu, aq jadi excited gilaa. .  Kembang, girang, berbunga, harum, riang, gumbira, even dalam kuantiti RM1 pon . Yela,, kalau aq dah jumpa 20 keping RM1 , xke banyak tu? Boleh 2 round topup maxis taw! xpayah nak tergedik2 buat SoS Topup .

And Bila aq dah selit2 dalam purse, waktu2 sengkek aq nak pakai duit beli barang, or waktu yang sememangnya urgent sangat dan ketika aq sedang dilanda kesedihan mencari ke mana hilangnya duit kesayanganku yang telah ku bazirkan dulu,(cehh. .  ayat nak mantop je fieza ni kan)  aq raba-raba purse, Tetiba pulak boleh jumpa RM50 , mana lah tawu kan, haa.  . .  kan dah letup hatiku dengan warna-warna pelangi :D (Muka adaa senyum)

Haa. . . Kadang-kadang bagus jugak bila aq ada tabiat macam ni, padanlah dengan aq ni yang kaki boros. Boleh lah kawal sikit nafsu sophing ! aq ni . Tapi aq kadang- kadang terpikir gak, kalau aq xjumpa duit aq sekarang, berapa lama lagi aq akan jumpa duit aq balik? 50 tahun akan datang??? wahh :o boleh letak dekat Muzium Negara. . .

Teka lah berapa ringgit duit dalam gamba ni ?
Macam biasa lah kan
*KLIK gambar untuk GEMUK !
sumber: facebook: hafieza daud
p/s: aq seorang pencinta duit yang tegar !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...