Followers

sugardaddy saya

Tuesday, 29 March 2011

Akibat Tinggalkan Solat .

SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA
 
  1. Allah mengurangkan keberkatan umurnya.
  2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah.
  3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.
  4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
  5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.
SIKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT
 
  1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina.
  2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
  3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebayak tujuh lautan.
SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR 
  1. Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.
  2. Kuburnya akan digelapkan.
  3. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.
SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT
 
  1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat.
  2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
  3. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

NISBAH DOSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG
 
  1. Sembahyang Subuh  - Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam Neraka (bersamaan 60,000 tahun dunia).
  2. Sembahyang Zuhur - Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
  3. Sembahyang Asar - Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
  4. Sembahyang Maghrib - Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (bagi lelaki) atau dengan ayahnya (bagi perempuan).
  5. Sembahyang Isyak - Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar ia mencari bumi lain.



Aku rasa kecik je bila tahu statement ni . Aq pon ada tinggal solat jugak. :( selalunya sebab terlajak waktu tidur. Aku makhluk yang penuh dengan khilaf . .Waalahua'alam . 

Sunday, 20 March 2011

Abang-abang yang baik hati, terima kasihh !!! May Allah Bless u all !!

Bertarikhkan semalam, 19 Mac 2011, pukul 12.00 pm dah ke atas . Memori sepanjang hidup ni lah bagi aku !!!

Aku and family went to uptown seksyen 24 Shah Alam . Saja jalan-jalan . Dah namanya uptown, dah sah-sah lah bukak tengah malam kan . =.=' Masa mula-mula pergi, memang semangat habis ! ( Aku kalau bab jalan-jalan ni memang no 1 lah ! pantang di offer, confirm aku bedal !) tapi enjoy kitorang x lama . :( sob3. . sedih !!!!

Nak dijadikan story . . .  Masa nak balik, kereta ku matii !!! ehh. .  silap-silap . Bukan kereta aku . Kereta my dad ler .Aku xmampu kott nak beli kereta . Setakat hotwells shell tu boleh lah . Tu pun pikir 100 kali nak bayar . ;) Bateri kereta kong derrr !!! cmna ni. . . ?????!!!!

Kitorang dah gelabah dahh. . .  Aku xtahu apa dalam fikiran diorang, tapi aku tengok ayah aku memang dah xtentu arah dah . .  Aku? ahh  . .  kau jangan cakap lah. .  segala rasa ada. (Aku darah gemuruh kott ) =.='' Ayah aku risau bukan sebab apa. Kalau kereta rosak time malam, xganggu waktu orang tido, boleh panggil mekanik delivery (ada ke?? ) . Maksud aku, kawan ayah aku lahh . . . Tapi ini . .  hadoii. . .  waktu orang dah mimpi pegi eropah dah .

tempat kejadian pertama: 
depan uptown

Nasib baik lahh ada hamba Allah yang baik hati tolong.  . . .  Ada yang sanggup bersusah payah cabut battery kereta dia, pergi ke kereta aku . Itu masa dekat uptown lagi . Tapi x sampai berapa minit, mati dekat JALAN BULAT pulak tuhhh !! (round the board). Haruu. . .  !! 

tempat kejadian kedua:
jalan bulat(round the board)

ini memang haru biru ni . Boleh pulak dia mati dekat situ . . . hadoii . .  aku buat apa? tayang muka jelahh. . . apsal korang gelak?! malu?? aku dah xpeduli dah . Aku dah terbayang-bayang rumah aku dah. Nak pergi situ jee!! Ada jugak hamba Allah yang baik hati tolong . Diorang jumping kat kereta . Siap bagi tips xnak bg mati . Toceh abang2 n pacik2 !!! :') susah kott kalau battery problem, kereta auto =.=''

And akhirnya berkat pertolongan Hamba-hamba Allah td, kereta pon bergerak membelah awan nan gelap. .  -___- Dan akhirnya sampai lah ke Traffic light depan Poli Shah alam (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) . .  Kereta pon menjadi senyap !! and tamat riwayat sebentar !! wahh !! lagii !!! bila nak sampai nii !!!!

tempat kejadian ketigaa!!! :
Depan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

dekat sini memang lama !!  dari start pukul 1 pagii . ! traffic light ni .  Memang kau pilih port yang baik punye lah kereta !! huhh ! Tunggu punya tunggu, ada lah sorang abang baik hati ni tolong, dia naik motor je. .  Dia tolong pergi stesen minyak carikan battery, tapi xde . And hantar ayah aku balik ambik kereta satu lagi dekat rumah . Sekali jalan jee abang tu cakap. Time kasih wahai abg manis! jasamu kami kenang !

Ayah aku pon jumping lah kereta Honda Accord version lama vs waja ! (ouhh. .  i really miss my Crv ) :(  And percubaan gagal !! useless !! Masa ayah aku balik ambik kereta, ada abang ni berhenti tanya kereta kenapa. Dia tolong jumping kan kereta jugak .  Wira dengan waja masuk lah kan. Tapi jumper kitorang pulak rosak . Abang tu xbawak jumper ! last2 abang tu bg nombor takaful . And on the same time, sepupu ku datang bawk kereta . Dia lah yang di usung pergi cari btry kereta waja . Tapi xjumpa pon, dah tengah malam kan. And berbekalkan nombor yang diberi, takaful tow waja ! anta ke stesen minyak terdekat . 

Yang kelakarnya, ayah aku jumping kan kereta dia, kereta lagi satu pulak xboleh hidup ! ahh sudah ! dua2 kereta xboleh hidup !! guano ?? and ada hamba Allah lagi tolong. .  Dia kata fius loggar  .  Dah direpair, Alhamdulillah, hidup jugak kereta Accord tu .Terima kasih abang ! :')

And akhirnya 5 pagi aku sampai rumah !! esoknya ahad aku keje pagi pulak tu ! memang menguji kesabaran,keimanan, ketabahan betul taw ! 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada:

depan uptown:
-2 orang mat kelate( tny keadaan kereta. membantu jugak :) )
-abang pomen(sanggup tanggalkan battery kereta dia)
 
round the board:
-abg sarawak kott ( slanga dia) 
-pacik kereta wira yang jumping kan kereta( berjasa sangat sampai ke depan poli)

traffic light depan poli:
-abang rapid( jaket yang dia pakai. tolong hantar ayah balik rumah)
-abang waja ( tergesa-gesa) hmm .   
-abang n kakak spek . (cian tangan abang tu terkepit jumper sebab jumper kitorang rosak .)
- abang ijan ( sepupuku )
-abang mekanik :) ( sampai kereta boleh hidup :D )

eiee. .  masa nak tow kereta tu, ada kereta berhenti kat belakang kereta aku, ingat kan nk tolong ! tapi tolong apa taw?! tolong melabur !! boleh dia buang saham dia dekat tepi tu !! ( xberapa nak tepi lah ! consider as tengah jalan lah jugak !! )eiee. . pengotor gilaaa !!!! geli . then dia buat muka xbersalah terus pergi macam tu . Kalau aku dapat tangkap muka kau, mau aku buat poster tampal seluruh GIANT taw !

And aku belajar something dari kejadian ni ! check betul-betul kereta korang ! servis selalu ! tukar ape yang patut aksesori kereta tu kalau agak-agak dah purbakala tu . Jangan jadi macam aku. =.=''

And esoknya aku pergi kerja dengan mata bengkak . Slumber lah kan.. 

P/S : serius aq was-was nak naik kereta sekarang ni . Takut buat hal lagi . . . hadoii. ..   sabo jele


Friday, 18 March 2011

Merong Mahawangsa salute !!

aii aii captain ! salutee. . . ! yes! yes! excited nak cerita pasal Movie Hikayat Merong Mahawangsa(HMM) ni. Memang cerita dia best . Effect dia, CGI dia, memang gempak habis lah kata orang . Bangga anak watan boleh buat setanding ala-ala filem hollywood. Berbaloi RM9 . And berbaloi jugak masuk panggung pukul 10.45 even esok nye aku kerja =.= (Tok sedor diri ye kau fieza!!)


And the best part of, hero dia Stephen tu memang handsome ! hahaha . Aku dengar dulu dia jadi Hang Tuah dalam teater Puteri Gunung Ledang (PGL). Nak jugak aku tahu cara dia cakap melayu . Fasih ke tidak .And, emm, it's quite ok lah .


posing dulu. itu penting ! 


nak enter frame jugak si ketot ni . !


Perut dah kenyang, jom masuk !


Minah gedik nieyh sempat lagi !


Hikayat Merong Mahawangsa <3


Body guard!


Si gemok !


Kebusy-an melanda


Nak popcorn sedap :D
Setelah berabad lama menunggu, tepat 10.45, movie pon start . Adios ~layan~

Thursday, 17 March 2011

kau dalam perhatian sayang !


My love one.



i'm sooo sooo crazy with ur smile !! 

OMG!!! he was totally great ! <3 <3





<3 Bruno Mars. . .  sedang mendownload semua lagu beliau :) jangan kacau ! 

Wednesday, 16 March 2011

Meet my new love ~Our Taro!~

Last saturday kitorang balik kampung. Adik aku boleh bawa balik pulak tikus mondok balik rumah . upps. . :o "bukan tikus lah ! hamster lah ! " si gemuk kata. (Adik aku laa) .Punya lah marah si gemuk tu aku panggil binatang tu tikus. Ok, ok, hamster !!

Dalam diam-diam masa hari ahad 13/3/2011, adik aku pergi pekan dekat depan kampung dengan kakak sepupu aku, beli hamster tu. 8 hinggit sekor. Aku yang xamek port mende-mende macam ni pon jadi interested . Adik aku pun beli pakai duit dia. Melayang 8 hinggit dia. =.='' (kau jangan ikut perangai akak kau dik. Boros ! ingat!! )

Dalam kekalutan tu, (cehh ayat) adik aku suruh sepupu aku bawa balik hamster tu bela dekat rumah dia takut ibu aku marah. Ibu aku memang xminat nak bela-bela binatang ni. Nanti bau katanya. Tak pandai bela . Tapi dah jadi terbalik pulak ceritanya. Makcik aku punya lah marah sepupu aku tu pasai nak bawa balik hamster tu. kekeke. So ibu aku pon menunjukkan kesepotingan beliauu  . .  dengan mengizinkan adik aku bawa balik hamster tu dari johor ke shah alam . 
suka lah kau ye dapat naik kereta dari johor ke shah alam .





(untuk pengetahuan korang, adik2 aku yang perasan comeyl n baguihh tu pernah jugak bela binatang. Anak ikan dengan anak kura-kura  . Pendek je nyawa diorang. kesian . simpati aku . Sedekah Al-fatihah)

Sekali tengok, comeyll jugak tikus ni . upss! hamster. . =.= Aq bagi nama dia Taro. .  Macam Ultraman Taro kan? bukan2.. .  aq suka cerita Hamutaro. .  so Taro~ Taro~ 

Berikut adalah gambar-gambar beliau . . 

suka buat muka comeyll sampai aq pon dah jatuh hati dengan kau !

Meet our Taro~ :D

Semoga kau sihat selalu n panjang umur duduk dengan adik aku ye .
p/s: Taro itu comeyll ^^





Datang lagi ye bang ;D

Di saat aq sedang menjalankan tugasku melayan pelanggan yang hadir xberapa nak berpusu-pusu, aq terpandangkan kelibat wajah seorang yang hampir aq lupa. Samar-samar sahaja dalam ingatanku . Dari kejauhan dia datang dengan penuh keyakinan . Tersenyum simpul . Hatiku berbisik
'ehh. .  apsal dia ni? ahh? hah !!! tidak !! dia ni ke? apsal kau datang? haduii .. . ohh. . aduh.  mcam mana aq nak serve ni .'
 Dia menunggu aq menumpukan perhatian terhadapnya. Di saat itu aq sedang melayani kerenah pelanggan yang lagi dahulu daripadanya . Dann .. .  dan. .  tiba gilirannyaa. . . 

aceyh. . .  perasan konon macam watak dalam novel je. hampeh kau fieza !

aq: ye?
kau: Bagi saya chocolate n margerin (hari tu pon dia order ni) dia minat ni lah kott.
aq: ok. .  satu je? xnak 2, xnak 3?
kau: hai  . .  hehe. .  1 jee. . . 
aq: aii.  arituh 2 . 
kau: heee. .  hehehe

 SENYAP . . . 


kau: emm, nanti yang sy punya tu bg garing-garing sikit eh?
aq: ahh? emm  . . ok,. . . 

aq segera meningkatkan penambahan minit ke atas machine tu.

aq: sedap ke garing-garing ni?
kau: emm? entah . tapi yang hari tuh dia tebal n lembut sangat. xsedap sangat .

oii! tapi dah masuk perut kau gak en? !!

aq: ohh ..  yeke? ok ..  .
kau: emm. . .  bos selalu datang? berapa kali da datang amek sale?
aq: ahh? dalam 2 minggu sekali. jrang dia datang .
kau: ohh  . . . yeke?. ..  
aq: nape? nak kenal dengan bos ke?
kau: ehh? xlah. .  bos laki ke pompuan?
aq: kalau pompuan kenapa?
kau: boleh lah kalau nak kenal. hahahhaa.
aq: kalau laki lak?
kau: eh . xpelah . 
aq: eie. . gatal en? 

GELAK !

kau: haha. saje je lah . yang ice kimo tuuu. . . mcam abc ke?
aq: dia ice-cream kita kisar . daripada blocks2 . bukan abc
kau: ohh. . . ok2. .  sedap ke ? ape rasa?
aq: sedap laa. .  nape ? nak test ke?
kau: kalau awk belanje boleh lah .
aq: hahhaa. wah2. . banyak ah . awk r belanje burger king dulu.
kau: oh cmtu pulak? eehh. .  awk la belanje sy dulu.
aq: awk ah patut belaje buger king . bos en. .. 
kau: hahha. boleh je. .  datang lahh. .  jomm . .  balik kol bape?
aq: (sungguh ke kau ajak ni? poyo je kau! ) emm. .  5.30 t. 
kau: habis tu? kedai mcam mana? tutup? 
aq: eh. .  xlah . ada orang lain masuk .
kau: ohh . . .  ok. . . ehh, tu dah ke belum? lama sangat tu? xhangus ke?
aq: ehh.  biarlah hangus. awk jugak kan nak garing .
kau: heehehe janganlah. .  
aq: haa. . . tawu pon. 

SIAP!

kau: jangan lupa potong tengah .
aq: ahh? yeye. .  ok. . Allah manjenye lah hai .
kau: bukan ape. nnti susah nk makan . dia cair kat tengah tu .
aq: yelaa. . . isi dia banyak sangat 
kau: ok, bape ringgit ?
aq: sekali servis potong, total 4 ringgit. :) (muka adaa senyum)
kau: really? ade servis charge?
aq: hahaha. yelaa. ..  hehe. xdelah.
kau: heii. .  cakap betul2 bape ni.
aq: 3 ringgit jelahh. . 
kau: haa. .. okeh :)
aq: haa. . . jangan lupa buger king.
kau: hahha. boleh. datang jee. . . nama ape ek?
aq: haa? fieza :)
kau: ohh. .  oke :) terima kasih .
aq: ok. .  sama2. .  

KAN !! AQ DAH POST DEKAT OLDER POST KALAU BOLEH JANGAN LAH DIA INGAT MUKA AQ KALAU AQ PERGI BURGER KING. ALIH2 DIA DATANG PULAK ..  ! ADUYAII. .. 

 sape yang datang fieza oii?
laa! bos burger king tu lah !! 

p/s: aq tengok dia dongak kot. .  bapak tinggi betull lah kau ! 

Tuesday, 15 March 2011

Selit-selit lama-lama jadi bukit .

Pepatah aq mengatakan yang tertulis di entri ye . Kepada reader-reader sekalian, kalau yang masih bersekolah dan sedang or bakal menduduki exam besar macam UPSR, PMR, SPM, STPM dan sewaktu dengannya, anda dinasihati supaya jangan gunakan pepatah saya yang bakal termaktub dalam kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka versi 2103 jika anda mahu 'luloose' .

Ni salah satu tabiat aq . Suka letak barang sepah-sepah . Haa. .  kan dah nampak pemalas nya tu . Ye. .  aq akui aq sememangnya pemalas =.= . dah ! korang xpayah cakap pape dengan aq ! majok2!!!

Salah satu yang spesel nye tentang aq, aq suka letak duit sepah2. .  Haa. .  bg yang agak2 mata duitan sikit tu, dah terbeliak lah kan biji mata korang . Tapi, aq bukannya kaya mana pun nak letak duit sepah2 atas jalan RM 100 sepuluh keping . Wah2. . free2 je lah bagi korang kan . Tidak2. .  Maksud aq, sepah2 letak merata kat rumah. Kadang-kadang bila ada orang bagi duit, aq letak dalam poket seluar lah, Dalam handbag lah, selit2 dalam purse lah and ada beberapa lagi tempat persembunyian aq .

Sebab apa macam tu? Sebab, bila dah sepah2 kalau aq jumpa balik duit yang aq x ingat letak mana dulu, aq jadi excited gilaa. .  Kembang, girang, berbunga, harum, riang, gumbira, even dalam kuantiti RM1 pon . Yela,, kalau aq dah jumpa 20 keping RM1 , xke banyak tu? Boleh 2 round topup maxis taw! xpayah nak tergedik2 buat SoS Topup .

And Bila aq dah selit2 dalam purse, waktu2 sengkek aq nak pakai duit beli barang, or waktu yang sememangnya urgent sangat dan ketika aq sedang dilanda kesedihan mencari ke mana hilangnya duit kesayanganku yang telah ku bazirkan dulu,(cehh. .  ayat nak mantop je fieza ni kan)  aq raba-raba purse, Tetiba pulak boleh jumpa RM50 , mana lah tawu kan, haa.  . .  kan dah letup hatiku dengan warna-warna pelangi :D (Muka adaa senyum)

Haa. . . Kadang-kadang bagus jugak bila aq ada tabiat macam ni, padanlah dengan aq ni yang kaki boros. Boleh lah kawal sikit nafsu sophing ! aq ni . Tapi aq kadang- kadang terpikir gak, kalau aq xjumpa duit aq sekarang, berapa lama lagi aq akan jumpa duit aq balik? 50 tahun akan datang??? wahh :o boleh letak dekat Muzium Negara. . .

Teka lah berapa ringgit duit dalam gamba ni ?
Macam biasa lah kan
*KLIK gambar untuk GEMUK !
sumber: facebook: hafieza daud
p/s: aq seorang pencinta duit yang tegar !

Friday, 11 March 2011

Bila aku dilamar . !

Kawan2 ! laki2! pompuan2 ! bakal husband ! ibu! ayah! makcik2! pacik2! atok2! nenek2! sedara mara! (hah. .lagi sapa aq xsebut bgtawu ) Jangan terkejut baca statement ni . Memang betul pon aq di lamar .Kepada orang-orang yang bercinta dan sedang menuju ke arah perkahwinan, saya paham perasaan anda bila di lamar . Best kan ? Bahagia nyaa. . . 

*Rilex2. . .  aq xde lah extreme sangat nak ke arah perkahwinan ni . Wooahh . . Aq masih sayang lagi hidup bujang aq :D . . Umur baru 17 kott . .  Belum masuk bday lagi . (18) jangan mara haa. . . 

HAFIZAH DAUD DILAMAR ????? :O WOOOAHHH !! GEMPAK !!!

The story begins:
Ada sorang laki ni . .  dia lalu depan kedai aq. ..  aq main handphone masa tu . Dengar lagu. . Lepas tu dia patah balik drop kat kedai aq . And. . . ..  
Lelaki   : Kak, kat sini kedai fotostat kat mana ek? (oke, aq memang membara kat dalam hati aq bila aq    dipanggil "akak" oleh "abang2" n "kakak2" yang xsedor diri beliau, mereka2 dah tua)
Aq       : (aq sempat kutuk diri dia dalam hati) Err. . . entah lah . xtawulah pulak . Setahu sy xde kott . 
Lelaki  :emm, ok xpelah . aa. .  bg sy waffle 2 . . bla. . .bla. . . 
aq       : ok.. .  :)
Lelaki  : Lama x? berapa minit ekk?
aq        : emm, 4 minit .
Lelaki  : ok, jap eah, sy pegi sana jap .
Aq      :ok . 
(beberapa saat lepas tu)
Lelaki  : stiudent ke?
Aq       : ehh, xlah . tengah tunggu result ( aq sungguh2 nk bgtawu umur aq supaya dia xpanggil aq akak lagi !! bila masa ibu aq bersalin kan dia =.=)
Lelak   : result ape? skola? 
aq        : ha'ah :)
Lelaki  : ouhh. . . kerja sini gaji berapa?
Aq       : *terkejut* Basic *** kalau ot sejam*** Nape? berminat nak keje sini?
Lelaki  : ehh, xlah , tny je . Sy keje kat Burger King sana tuh .
Aq       : sana mana? extreme park?
Lelaki  : ha'ah . ..  
Aq       : ouhh. . .  Ada kerja kosong ke kat sana?
Lelaki  : adaa. ..   sana gaji **** kalau awak nk lebih, sy boleh bg . Makan kita bg sekali . Sebab ada ramai yang minx keje ngn sy, tp student kan, sy xamek. Sy nak amek org yang free macm awk ni la . Tengah tunggu result xde wat ape . 
aq       :Ouuhh ,. .  yeke. . . laa. . . awk bos ke. . .? (malu gila dia bos sedangkan baru je bberapa minit aq tny dia nk keje kat tempat aq ke. jauh panggang dari api !)
Lelaki  : ha'ah . Awak g keje naik ape?
Aq      : parents anta. .. 
Lelaki  :Ouh. .  duduk mana?
Aq      : Puncak perdana..  . 
Lelaki : ouh ..  jauhnye? nape xkeje kat sana je? 
Aq     : hah? kat sana? ade ape je kat sana? hutan je kat sana =.= 
Lelaki : ehh, yeke? 
Aq     : yela . . awk dok mana? :o
Lelaki : sy dok bukit jelutong . Puncak pdana atas sikit dari bj tu kan? xde pape ke kat sana?
aq      : ye . .  xde pape. utan je bnyak . =.=
Lelaki :ohh ..  kk2  ..  . xpelah, kalau awk dtang burger king, cari lah sy . kalau awk minx gaji lebih pon sy boleh bg . Kalau sy xde, assistant sy ade  . 
Aq     : hahh? haih . . aa. .  ok2 ...  :) 
(Waffle siap)*dia dah pegang beg plastik n bersedia nk jalan .  aq pon was2. .  dia dah bayar ke belum .. 
Lelaki : dia cakap ape tah aq lupa dah .
Aq     : 6 ringgit . . :)
Lelaki : ehh, xbayar lagi ekk? lupa pulak . sorry2. . tu la cakap dengan awak lupa pulak
(aiseyh . ..  kau dah malu kan???? ) hehehhee 
Aq     : haa. ..  tu lahh. . . hahahaha. . . . ok thanx. . 
Lelaki : ok . ..  (berlalu dengan senyuman)
*Setelah aq berfikir2 balik, aq nak stay keje tempat lama jelah .Lagipun result nak kuar, xlama je lagi aq boleh keje. sO, jangan tamak .  Kalu aq datng makan kat burger king, harap2 dia xingat muka aq. . . =.= 

SO, MEMANG AQ DILAMAR .  DILAMAR OLEH SEORANG LELAKI ! TAPI UNTUK BEKERJA JE :)

aq stay sini je !! 
Uih, kalau aq pegy macam tu je, kesian bos aq terkontang-kanting nak cari pekerja baru  . ..  hadoi . ! haru !

Wednesday, 9 March 2011

Hatiku Hatimu jua Bawangku :D

Akhirnya aq jumpa kembali  my mr.Bawang :D hoyeahh. . .

Mr. Bawang tu hape? 

Bawang lah ! kau ape tahu . Tengok gosip artis je sampai xkenal bawang tu mcm mana . (Hantuk kepala kat dinding kalau xtahu rupa bwang tu mcm mana)

Tengah2 feeling layan lagu sedih tengah hari tdi msa kerja then aq dikejutkan dengan kedatangan bos ku . Terkejut beruk aq. Tapi terkejut2 pon, Muka tetap slumber . Aq pon buat lah muke toye aq . =.= Well, aq baru ada krisis ngn bos aq sebenarnya. Apelah kau ni  fiza! dengan bos pon kau boleh jadi ye .! Muahahaaha. jangan jeles okeyh ! 

Muka *GEDIX jumpa 'bos'!
Papepon, hari yang bahagia bg aq hari ni setelah beberapa hari sakit . Bukan senang dapat jumpa bos kan . Waa. . . ILOVEYOU LAH BOS!! :D

Ni hah bos aq kalau korang nak tengok !

hehe. *SILAP. ni Gambar C GEMOK merangkap adek aq . 
Sorry la . Aq xnak bos aq kena tempias populariti aq. Biar lah aq sorang je yang glamour (dlam blog ni) . Sebab dia seorang yang privasi.

*STATEMENT DI ATAS ADALAH SEPERTI DIALOG PERBUALAN ANTARA ARTIS DENGAN WARTAWAN . AQ COPY PASTE JE. BETAPA HIPO NYE LAH KAN DUNIA DORANG. =.=

haih.. kesian pulak kat adek aq gambar dia aq edit mcm ni . hehe. Tapi don't worry lah gemok ! kau tetap comeyll doee. .  Sebab dah kakak kau comeyll, kau pon kena tempias sikit jugak lah . hehehhe


Tuesday, 8 March 2011

On the way g keje

Aq: ibu, ibu pakai gear 3 ke? xtukar gear ke? (keta auto)
ibu: Eh, kau xnampak ke, kan dekat D tu .
Aq: eh? yeke?
(aq bersusah payah menjenguk ke tempat gear)
Aq: ha'ah laa. .. Tapi asal mcam bising je.
Ibu: Yela . . Ibu bwak laju. . (110 km/j) Nak selamatkan office .
Aq: hekeleyh . Ayatt. ape ntah . . xboleh blaaa. . . nape lak?
Ibu: yelaa. . . xnak masuk lambat .
aq:=.=''



*Dialog di atas adalah pertengkaran yang xberapa nak kecil n yang xberapa nak besar dengan ibu aq. Yang sedang2 sajaaa. . :)


Petang dalam pukul 1 lebih ibu aq amik kat umah nak anta aq g kerja . Standard la umah aq berbukit. Dah nama puncak en? Kereta auto pon kena tukar gear nye .Kalau x, siksa lah kaki yang membawaknye . Kalau kaki seksa xpe lagi. Tapi kalau dah dengan jiwa2 sekali ikut seksa, xdapt den nolong eihh .


Cute x ibu aq? hehehe . Aq xsangka pulak dia cakap mcm tu . Ayat macam org kerek je en . hehhee 


Tapi pape pon, ilapulahmom! hehehe . . .




Ibu . Peneman setia suka dan duka . Muuaahhh1000x
*Klik gambar kalau nak tengok ibu aq yang CUN!
ANAK dia apatah lagi en .:P





Ibu n anak dara tunggal beliau :D oii! aq lah tu !!  :D (bangga muka masuk blog buruk)


Sunday, 6 March 2011

Kerinduan membatasi segala .

"Bila rindu .  Terkenang mu sayang terasa sayu
Syahdunya jiwaku bila malam makin kelam 
jauh terbang diriku melayang 
Aku rindu . . . "

Jiwang x aq? Haha, mana ada jiwang dowhh.. . Romantis jee (wekk. .  gelii)

Ok2 . Lumrah lah en kalau dalam diri setiap insan tu ada rindu. .  X kisah lah en rindu kat sape. Contohnya diri aq ni . Aq kalau xjumpa ibu aq sehari, mesti boleh nanges punya. Kalau tido xtengok muka ibu aq kompom2 sebelum tido nanges. Bukan anak manja ehh . Sayang Mak lebih kata orang . kui3. . Aq xtipu ooo . . .  Aq bukan menggedik ke ape ke nak nangis . Ingat aq suka2 ke nak nangis? aq susah  nak nangis. Tapi kalau ibu aq, memang xboleh lahh en. Mak kita, Sapa xsayang mak oii . . .Romantik kan aq? hehehe . .. 

Rinduu. .    Selalunya ungkapan rinduu ni, untuk orang yang jauh lah untuk nak kita micu2 ( miss u)  ni  . Tu lah, bila dekat, kita persiakan , dah jauh baru nak rindu2. 

Bila dekat kita xpeduli, dah jauh baru tergedik2 perasaan rindu tu kan . 

Aq bukan maksudkan aq je ehh, ia juga ditujukan khas untuk manusia2 sekalian di luar sana tu yee. harap maklum :) 

ye. . . aq mencari seorang yang hilang . Dimata, dijiwa, dihati ( di jiwa , dihati tu xkan hilang. InsyaAllah ) Mana panggilan rindu awak untuk hari ni ? :|

Yang 'betina' tu aq punya :) rindu kat 'jantan' nya . 

Siapakah ini? :o DANGEROUS!!
*Klik gambar kalau nak GEMUK!

Perkahwinan air kelapa .
*Pak Klepak Gedebung-Gedebung-Gedebung !
P/S: Jangan nak buat spekulasi yang tidak berkenaan. Harap Maklum . Kerjasama anda amatlah dihargai .

Saturday, 5 March 2011

Saya Budak Baru Belajar :)

yee. .  Aq merendah diri . Aq baru nak aktif balik merapu meraban dekat blog so beradasarkan pemerhatian dan perasaan aq dan jiwa aq yang tengah kacau dan jantung dan limpa dan paru-paru dan . ..  bla  . ..  dan blaa. . .  berapa banyak dan lah kan . . =.='' ok, sebenarnya aq dah kekok nak tulis and aq rasa bila aq tulis, ada perkataan or ayat yang akan tunggang terbalik, so kalau ada sesiapa yang sudi membaca blog buruk aq ni, terbaca ke, mengintip ke, hoi! hah ! kau !yela kau ! yang g pandang orang lain tu watpe?! kaulah ! jangan mengintip yee. aq xsuka . tumbuk nak?  aq mintak maaf lah ye sebab aq ni kadang-kadang ting tong sikit .

Aq ni jenis yang memang xpandai nak bercerita sangat . Buat ayat pon tunggang terbalik. Macam tu la dalam exam . Tapi dapat "A" tuuu. . .Banggaa. . Bangga. ..  Macam mana aq boleh lulus? mana lah aq tahu en. Dah cikgu aq sayang lebih, dia bagi lah aq lulus A kot. . hehe .

Tapi bila aq buat ayat, xde la sampai macam ni kan . Hinanya lah =.= Agak-agak lah .

Hadoii . .  Aq baca pon naik teleng kepala aq.
  *Klik gambar untuk GEMUK

kesian cikgu aq kalau aq yang wat karangan ni .

Sebab tu la aq xnak jadi cikgu =.=''
Karangan aq gempak lagi lah . Jangan aq kata karangan aq ayat tunggang terbalik korang pikir memang dah tahap boleh jatuh gaung dah . oii. . . Ayat aq power kott. . huhu . . .

Hadoii . .  aq tengah mencari sesiapa lah yang bermurah hati, jiwa dan raga beliau untuk ajar aq atau berkongsi idea dan pengetahuan dalam dunia blog ni . Nak mencantikkan blog aq yang kusam masam ni . Oii.  tuan dia wangi k . 

P/S: hehe. chill la babe :)























Song + Sang = Songsang

Hari YeeSang aq . Macam-macam perasaan ada. yelaa aq bandingkan dengan yee sang sebab dalam menu yee sang tu macam-macam ada. Nak bandingkan dengan Yee Mee, mee fabret aq yang hanya ada ayam and kuah dia yang sedapp gilaa tu . Memang xboleh blah la en .
Ni bagi sesiapa yang xtahu 'body figure' yee mee . Hadoii terliur betul =.=''


Hah ! dah ! tutup sikit mulut tu tengok gamba yee mee aq ! tembak laju-laju nakk? 
Ni pulak Yee Sang . Tengok! macam-macam ada kan? tapi aq xtahu la yee sang ni untuk makan ke? Sorry la kalau bab-bab sayur-sayur ni, korang jauhkan lah dari aq yee..
Cantik kan yee sang? hee . . :D

ok ! Back to the story !

Nak dijadikan cerita, tadi aq dari pagi aq touching dengan someone . Dari semalm actually . Salah aq, tapi aq pulak yang marah. bengong kan aq? yee. aq tahu aq macam tu. So, tutup mulut! x payah nk kutuk over2 oke!
Petang around 6.40 macam tu kat tempat keje aq, aq diarahkan untuk berjumpa dengan someone . Siapa aq jumpa? bos aq laaa :D  

Location: tempat letak motor ************

Aq jumpa bos aq ada hal yang perlu di settle kan . Kebetulan pulak depan tu ada perhentian Teksi . Ada 2 orang mamat ni. Aq ingat dorang buat ape je. sembang macam kawan2. oke no hal lah kan. Tapi lama2 yang aq peliknya, lepas sembang boleh baring2, peluk2, aduhyaii romantik nyee lah mengalahkan ibu ngn ayah aq je . Tegak Bulu roma aq tengok . Nak muntah pon ada . Aduh tahan2. .  
Takkan dorang nk kawen n hidup selama-lamanya sampai ke anak cucu? tu pon kalau wujudlah anak tu kan =.=''


Sayangnya, muka handsome, comel, tapi tulah . Tak terluah aq. Yang pastinyaaa, MELAYU  oii . Macam mana lah hidup diorang akan datang yee. Aq pikir tu je . Entahlaa. no comment .
 

Yang pastii, lepas tuh around pukul 7.20, bila dah habis discuss ngn bos aq, kitorang bersuraii . And aq meneruskan perjalananku yang masih panjang nk shopiing barang keperluann . . :)

 

Friday, 4 March 2011

Hidup Baru, Hati Baru, Jiwa Baru

Yeah. Kini aq baru ada kesedaran  nk update blog . Setelah ada someone tny .

Si A: u watpe?
Aku: hah? on9. .  jalan2 tengok blog org . 
Si A: Tengok je? xde blog ke?
Aku: hah?? err. . . tadee . :)
Si A: nape xwat blog?
Aku: hah? emm.. xde cerita lah yang nk story kan dalam blog tuh.
Si A: Ape pulak . Banyak lah story yang awak boleh cerita. tentang keje ke . 
Aku: =.='' . .. . . . . 

Well, sebenarnya ini blog kedua aq . Dulu aq ada jugak blog, tapi mcm hampehh je . Putus di tengah jalan laa kata orang. Masa mula2 buat, semangat mcam tinggi pokok kelapa last2 semangat aq kecik macam semut je . Itu ok lagi . Dan xberapa lama lepas tuh, terus tidak menampakkan dirinya semangat ku itu . 

Sebab apa aq hilang semangat aq? Dulu masa baru2 excited kenal blog, nk masukkan gambar, Punyalah excited ni nk masukkan gambar, jenuh aq nak tunggu dia abes upload, last2 xboleh upload langsung . Mungkin gara2 kekasih lamaku dulu, incik celcom kot. Sekarang aq dah ada kekasih baru . Incik Unifi :D 

Kekasih lama ku incik celcom. Selamat tinggal baby. .  :(




Boyfriend baru ku, incik unifi, don't break my heart sayang :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...