Followers

sugardaddy saya

Thursday, 20 December 2012

HTML

"Hyper text Markup Language" . Studying Information Management temukan kembali jodoh HTML ni dengan sayaa T_T . Dulu masa sekolah dah cukup berat kepala otak kiri dan kanan untuk memahamkan cara HTML ni berfungsi.

Dari HTML kita akan dapat WYSIWG (What you see is what you get) . Wow! amazed bila i sendiri dapat recall balik a bit subejct masa sekolah dulu T_T . puii info cinonet ni baby pun boleh paham. Melampau!

We will make our own website. Will look for that. Bagaimana caranya encik Faizal nak mengajar. Tak boleh comment lelebih sebab encik faizal tu gila IT. Semua account dia ada. Sesilap haribulan dia godam nya blog saya, kureng markah esemen naya jeee kalau tahu orang comment dia!! hahhaha! Tapi ennn. hmmm.

CAN'T WAIT

Uitm dip student will enjoy their Xmas and mid sem holiday. So, yeayy! :D

Malam ni pacik Sani sayang akan drive . Ohh. dah lama rasanya tak naik Pacik Sani. Jodoh kita bertemu lagi pacik .

I CAN'T WAIT! CAN'T WAIT!

Rindu ibu masa balik machangster haritu tak peluk ibu sebab takut miss flight lagi :'( Menangis berhari2 tiap kali nak tidur :'((((

Nanti balik nak peluk ibu puas2 :(

Sunday, 28 October 2012

Entry rindu! Family Machangster. iloveyou

Assalamualaikum...

Standard kan bila dah ada depan mata, kita rindu orang yang kat belakang mata. Eh? siapa je yang ada mata dekat belakang? 

Ingat lagi dulu sebelum nak fly ke Machangster United lah sangat tu (bebudak sana yang kata), memang tak mau langsung. Sampai takde selera makan, menangis2 taknak pergi sana. Pikir boleh tak survive dekat sana, without families, orang yang kita kenal, memang tak ada langsung! zero.! Lagi kena pulak dengan diri yang cengeng tak pernah pisah dengan family kan, asyik duduk berkepit bawah ketiak ibu doplohpatjam since lahir, lagi lah mengada-ngada jadinya. Lagipun i'm the only girl in my family, masa mula pun bagitahu parents yang anak dia dapat tawaran machang, ibu berat hati je nak bagi pergi. Yelah, one and only daughter maaa. Sedihh pedihhhh punya ahh kaw2 menangis en, pikir macam dah takde life sangat, macam dah dihujung tanduk je masa tu. 

Tapi kini tidak lagi~ (gaya iklan di tv, tayang gigi penuh yakin) itulah, don't judge something, without you trying kan orang kata. Memang diakui, perkara pertama yang akan dipikir, okay tak dapat kawan2 nanti?types yang macam mana? boleh masuk kepala ke tak. I may seems quite at first (ehemm2.. ada orang kata kita sombong tau. sedih2..) sebab malu kan bila baru kenal. Takkan lah bila kau jumpa kawan baru, nak terus terkinja-kinja kan? amboi teruknya perangai! cover sikit! haipp! Tapi bila dah lama, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah bila dah fiza daud buat gila dia. Eh bukan gila. Gila-gila kot. tehee :D

Well2, for short (tapi terpanjang jugak kot) intro, i will introduce you my family, there, at machang. Ehem, ini pun sebenarnya demand dari family2 ni jugak. Dorang ni demand tinggi, membebel je tahu! tapi sayang punya pasal en! i'll consider babe!


Dalam family ni, weollz kira umur ikut pangkat bulan lahir. Sesaja je nak mengubati rindu kat family, kita act as a families there, we used to call em' kak yaya, kak weng, sometimes lahh. And macam2 nama panggilan lagi lah. Because of? we're happy family at home! eh college! 

Ini Weng, act as kakak sulong sebab terberanak awal dari weollz on february. Sorry atas kesulitan gambar oberpose.

Dulu masa sem 1, we used to called her che we, sebab namanya bukan main tak nak kalah che wan qurattun aini bt che wan jusoh. Hah kau! amek! tak ke semput future husband dia nak menyebutnya tu? Tapi naik sem 2, weollz called her weng. Ingat tak kalau main ponponponpon motor tu, sebut dengan nada itu ye "wengwengwengweng, weng weng!" Panggil weng sebab makcik ni asal terengganu kita, so dari we, kena tambah G kan selalu orang ganu, that's why lah jadi weng teruk sangat tu. Nasib lah nama sendiri ni pendek je. Takpe my future imamku, ayah pikir benda tu kot masa nak letak nama saya tu, kot lah kalau bakal laki anak dia ni ke jenis nafas tak panjang, susah pulak nak sekali lafaz. Thanks ayah btw! hihi.

Dari ganu, kita pergi ke perak pulak. Next candidates please?! (Angkat tangan gaya nak order teh tarik mamak)

There you go! this is dila, our kakngah lah kiranya, a.k.a abang tough! hero kita.
Hero? sebab apa? adalahh~ family kann? Kena ada sorang abang, so dia yang terpilih antara terpilih. Nurul adila ajimi. Lembut hati makcik ni. Kadang2 geram jugak sebab selalu sangat mengalah and biar je apa orang buat kat dia, selalu marah dia, cakap "jangan baik sangat, kita kena protect diri kita, kang selalu mengalah, orang pijak kepala" cheh, cakap based on experience. haha. Yelah, geram, suka sangat bagi pinjam barang kat orang, sampai diri sendiri yang sepatutnya guna atas sebab2 penting pun, tak terguna. Geram3! Dila, jangan baik sangat, kita kena jadi garang sikit dear, meh adik fiza ajar meh 'Rawrrr' :P


This is my roomates. 
Gaya posing macam retis je kan? aicehh. Kakak ni orang first yang i nampak masa lepas tukar kolej after MDS (Minggu Destini Siswa). Our orientation lah untuk budak Uitm. Tak sangka pulak makcik ni yang akan jadi roomates sebab masa perjumpaan fakulti masa zaman mds dulu, nampak lah jugak dia dok menyegih duduk depan dok tayang gigi, lepas tu rosakkan machine air dekat dewan pro. hahaha! Orang selalu cakap, muka makcik ni macam elfira loy tapi she refused and said "elfira apa, dia lawa, muka sya ni penuh dengan jerawat" haha. and okay senyap -.-" Yang lagi tak sangka, she's from Shah Alam and boleh masuk geng ahh ni. She's a good roomates btw. Selalu je tengok barang dia teratur. Perfectionist kot? haha. oh  lupa, her name is Fatin Syakirah Mohd Khaidzir. Used to call her Syakirah. Dia tak suka orang panggil dia fatin,. Macam ikan paten dia kata. And she's very sensitive to ikan paten. hahaha. Takpe, okaylah tu elfira loy dah ada Jimmy Shanley kan. Jangan lupa fiza pulak! :P


Si kepochi yaya. Kuat gelak, kuat gelakkan orang jugak. Nak tengok dia senyap bila kena bahan and tidur. Full stop.

She's from Kajang. Ingat at first met her in front of class IMD 101(tak ingat nama subject apa). Dia tergopoh-gopoh macam kelam kabut je pandang kiri kanan, lepas tu duduk sorang-sorang. And kalau tak silap, me, go towards her and kenal2 masa tu lah kot and terkejut bila dia cakap dia dari kajang. Sebab tak expect langsung boleh jumpa kawan class asal selangor! It's minority you student luar study sana! plus yaya ni pun muka tak muka KL. Muka Kelantan pulak. Ingat balik, sangat kelakar. Tapi bila dah lama kenal, dia ni jenis yang kabut and suka buat kerja last minute, selalu jugak marah dia! eh aku ni suka sangat marah orang kan?! jahat2! "yaya! kenapa tak buat lagi itu, ini, tahu tak susah nak buat? pergi buat sekarang!" "delete sekarang sebelum nak bagi fiza pendrive ni!" ohmaii, sorry yaya. I'm just, tak suka yaya buat kerja last minute, then effect orang lain and more worse, effect diri yaya sendiri nanti. Nur Aliah Johari.



Ira. Dalam ramai-ramai dia paling senyap. 
Tapi bab-bab gossip artis ke, gossip orang ke, bagi ke dia dulu lah, Dia lah informer weollz. So kalau apa-apa berita, dia dapat dulu, and baru weollz tahu. Haha. Dia ni pun sangat perform kat class. So apa-apa kalau pasal study ke, refer ke dia. Tulah orang kata, diam-diam ubi, berisi.  Tapi dia keding je. hihi. Sahira hussin. One more, nasi dagang mak dia sangat sedap okay! Fuhh. terangkat. She's TerengganuIANS. Jertih marii. Dekat sajeee dengan Machangster United weollz. So no wonder ahh dia selalu balik! kay, me, jealous much!


Ini baru hello brother orang panggil!
Bahya! bahya! stail hindustan panggil abang  enn. Fiza sorang je boleh panggil dia abang sebab date of birth paling lambat sekali en. Tapi, tak payah nak abang-abang sangat ahh dengan gua! Ini weollz baru angkut dia masuk dalam family. Kira anak angkat baru lah. Bukan anak ikan ehh. haha. Muhd Hezry Muhd Anis. Anak derhaka Mak Kiah Kipap.! He's from Klang but he always said that 'oi, orang asal Shah Alam lah'. Haha, mungkin ahh, Klang banyak 'mat wempitzz' en? Dia ni tak tahu ahh fleksible dengan semua orang dia masuk. Multi purposes pun ye jugak. Banyak sangat halo2, sekejap je dapat kalau nak pinjam apa-apa dari member. Bomoh mana dia pakai tak tahu lah. Tehee. jk hezry! jangan touching lagi pulak sudah ahh.! Dulu masa sem 1, selalu gaduh dengan dia, yang si mamat ni pun selalu je tak puas hati! yelah, masa tu dia ada geng en, sekarang geng dia dah takde, masuk class lain, cengeng jee selalu! Weollz start rapat dengan dia since naik sem 2 ni lah sebab banyak buat group assignment sama dengan dia. Boleh diharap lah even degil and kena jerit jugak baru nak buat kerja! Suka bangun lambat! tidur petang, jaga malam! That' why i called him KELAWOR! Hantu rugby "i last main bola padang time djah 3" Tapi yang paling best, dia selalu je belikan weollz makanang!! "Hezry! tak terasa lapar nak makan ke?" "haha. helehh. cakap jelah nak makan apa, dah tahu sangat lah perangai awak tu, kejap lagi sampai." okay, sangat senang kena mandrem! Kebetulan, my name sama dengan his mother's name, hafizah. Dia selalu compare kan kitorang, fiza daud garang, tapi tak boleh challenge fiza aksan lah apa lah. And dia kata "macik, kami baru je nikah dekat thailand macik." I once pernah tease him kata yang "fiza dah takde" lepas tu dia melayan kata konon cakap dengan ibu macam tu. And once he said "lahh. kalau fiza dah tade, saya kena cari yang baru lah macik, kalau tak rugilah saya macik. Tapi kalau fiza ada lagi takpe" Kwangasam! bongok tak bongok?! Orang suka kenen-kenenkan saya dengan dia. Terpaksa redha. Sebabnya nak lariskan filem 15 juta en masa tu. Lagipun, mulut tempayan boleh lah kita nak tutup, kalau mulut orang, kena penampor dulu kalau nak sentuh. T_T hahaha luga hezry luga! :D

We share our sad, joy together,,,

















Eh tengok, kan dah kata, nak short2, ini lah short nya. Sebab yang mampu i survived, dapat hidup dekat negeri orang tanpa ada sesiapa tu, sebab adanya theyollz ni lah yang selalu bagi support, share suka duka, bahagia, tawa, tangis, actually bukan dalam gambar ni je. Kawan lain pun main juga peranan masing-masing. But personally, iloveyou, imissyou. Semoga ukhuwah yang terjalin tak terhenti setakat ini je. :') Glad to have them.


Sincerely, i do miss you guys, love you :* :*

Sebab

Assalamuaalaikum...

Sekarang pukul 6.22 pagi. See? terjaga lagi? tidur terganggu lagi. Nak tidur tapi tak boleh. How come ah? Been wondering, why this, and why that. Kalau ada power, boleh demand apa kita nak kan best. I wish i have one. Tapi kalau tak ikhlas pun tak boleh jugak ye idok? Mana boleh main paksa2 orang ni? Ingat lembu?

Banyak yang nak di share tapi too private kot. Tahan jelah labuuuuu.

Saturday, 27 October 2012

Raya haji 2012

Assalamualaikum..

I just reached home back from kampung when i make this entries. What a tired journey. I don't know what's wrong with my body. Mungkin dah lama tak demam kot. Makan pun tak lalu. Raya ni pun makan cuma gitu-gitu je. Rasa-rasa gitu, tak pelahap macam selalu. Uhh? takut gemuk? eh.

Mungkin faktor banyak fikir sangat kot. Hai lah otak-otak. Boleh tak stop pikir yang merepek2 yang tak patut di pikir? kan bagus kalau cakap je macam tu, dia dengan sendirinya paham apa instinct tuan dia dan dia dah tak pikir apa dah, ikut je cakap tuan dia. Ini masalahnya dia degil macam tuan dia. Hmm, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciriran. :\


Ohmai, imissyou. 

Sunday, 21 October 2012

Clearance.

There's been a lot of story that i've missed to tell and make an entries. So dah lapuk takkan nak cerita kan unless kalau ada support and hati pun rasa tak berat nanang then i'll consider. MAYBE. I've got a problem which is i can't upload any picture in fb. Tak tahu apa masalah. Dah lama dah benda ni jadi tak tahu lah whether my lappy was problem or else, ahh i just don't know.

Saja je nak test gaya update an entries kan. Dah lama takde feel tu so agak kekok sikit. Rasanya macam hambar sikit kot sebab macam takde feel lagi actually. Malas! tehee :D Entry merepek ni just layankan je lah ye. Ini masa nak clearance before going back to KL on 19th haritu.

Clearance dalam kamus dewan, Tipu! kamus Dewan untuk MALAY je! membawa maksud MEMBERSIHKAN. ye anak-anak? Memang setiap kali semester tamat, memang kena buat clearance untuk budak baru yang akan masuk bilik tu. Kalau tak buat clearance alamatnya say bye2 to college lah ye untuk next sem.

Jadinya, makanya, natijahnya, konklusinya, in conclusion, Without hesitation, setelah berpenat lelah membanting tulang bertukang mengemas kini, segala bagai harta karun dalam wardrobe tu, maka terjumpalah segala bagai harta karun yang tak pernah terjumpa sebelum ni. Kalau binatang masuk tanpa kebenaran tuan punya wardrobe, confirm tak jumpa jalan pulang. Try lah kalau bran!

So.... tadaaaa! even diri sendiri pun terkejut tengok barang yang banyak macam ni bila dah diletakkan satu tempat. Itu pun ada yang tak termasuk lagi dalam gambar. :P


Shawl and bawal. Shawl cuma berapa kali je pakai. Boleh kira kot! nyesal tak nyesal lah bawak en. 

Other half. Bawal only.
I am totally cannot stick to the only one things! cepat bosan. I do love variation. Colour blocking! It's awesome :D

Rak kasut memang tak muat.

Shoes collection. 
Err. Kasut ni memang sejak azali lagi memang tak boleh dipisahkan dengan diri. Lagi sesejak dah masuk study ni, lagi bertambah nafsu dia. Kalau boleh setiap satu kasut nak specific untuk 1 set of clothes! tapi tahu kolej tu bukan kita punya sorang! So space pun beragak ah kan. Jadinya ini je yang mampu terlayan. Itu belum kira yang tak terlayan lagi tu. 

Bag cuma ni je. 

Incik teddy lemas dalam ni. Tunggu lagi sebulan nanti fiza ambik ye! duduk elok2 dekat nursery tu eh! good boy ;)

Barang sya, my roomate cuma beg guni, baldi and luggage. Yang lain tu paham2 lah siapa punya.

And.. this iz all mine. Except for the clothes rack tu, special sikit sebab iollz share dengan sya. tehee :D
Dulu sebelum masuk belajar nak packing barang, ibu membebel bukan main sebab beratur beg nak  diangkut. Itu belum termasuk ayah punya bising lagi. Yang paling tak boleh blaa, sehari sebelum bertolak, ibu kat office Ibu siap text lagi and i still remembered her text :

"baju jangan bawak banyak sangat. Seminggu boleh rotate. Kau ingat kau artis hari2 nak tukar baju?"

Then dah kena sound tepek gitu baru i reduced kan quantity baju tu. Tu pun jenuh jugak lah 4 kali turun naik tangga masa MDS nak transfer college and paling tragis, i angkut sorang okay! memula je ada kawan sorang tolong angkat barang. Sedih tak sedih? itulah padah budak degil! 

Saturday, 20 October 2012

Hallo! Malu nak tegur!

Hello! terkejut tak tengok kita update entry? it's been a long time since my late entries. Okay, memang dah lama sangat. Daripada naik sem sampai lah sekarang dah habis sem!

Just nak inform! saya sudah bebas! bebas! bebas!

Saya sudah bebas dari segele-gelenya! teheee :D

Bebas sebab dah berjaya tamatkan semester 2 sebagai seorang student UITM dengan jayanya :)

Back to the topic, malu nak tegur sebab kita jenis yang bila dah lama tak jumpa orang tu, kita malu nak tegur. Tapi ada je yang cakap kita sombong, Bukan sombong ya uollz, iollz nak bagitahu, iollz segan bila lama dah tak tegur. Tak tahu nak start macam mana. Tapi bila dah duduk lama2, okay.

So main pointnya, sama macam blog ni jugak. Bila dah lama tak bukak, segan nak tulis, segan nak update entries. Pemalu tak kita? :P

Okay gediks!

Sekarang fokus misi! hmm, nak buat apa cuti sem ni?----> Question.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...